Showing posts with label Izzack. Show all posts
Showing posts with label Izzack. Show all posts

Tuesday, October 30

Melaka - Mahkota Hotel Melaka

Alhamdulillah ulangtahun perkahwinan yang ke-4, tahun ini kekurangan ongkos jadi kami
sambut di melaka sahaja lah, janji dapat pergi jalan-jalan...

Kami bermalam di Mahkota Hotel, amik apartment 2 bilik...
Bertolak dari KL pukul 9.30 pagi tu pon lepas bawak ziqrie pergi klinik
mata die bengkak mungkin kene gigit dengan semuat.. Tp Mr Z cakap jangan
tuduh semut sebab tak nampak... kecian kat semut kalau bukan die yang gigit....
Jadi oklah mata ziqrie mungkin di gigit oleh serangga kecik yang tidak di kenal pasti :)

Sumber : Mahkota Hotel Melaka website

Kami sampai di melaka lebih kurang tengahari tak ingat pukul berapa,
punyalah tension lepas jer tol Ayer Keroh punya lah jem... sampailah depan Dataran Pahlawan
pon jalan jem... Tension kepala otak..


Memandangkan hotel betul-betul belakang area dataran pahlawan hendak tak hendak
kene jugak lah mengadap jem... Hampir dekat 45 minit jugak lah mengadap jem...





Akhirnya setelah menempuh jem, sampai jugak dekat hotel.. Cuaca dekat sini adooiiii sangat
panas.. mungkin sebab dekat dengan laut kot tapi angin kuat...



















Hotel sangat cantik... bersih cuma view hotel jer munkin dulu hotel nie sea view tapi sekarang pantai
sedang ditambak dengan pasir... jadi view dari bilik hotel cuma padang pasir yang luas air laut nye dah tak nampak...















Wednesday, October 24

Doakan kami hingga ke syurga ~ 4th Anniversary

Syukur Alhamdullilah....... Hari ini 24 Oct 2012 genap lah 4 tahun ulangtahun perkahwinan
aku dengan Mr Z....

7 March 1998 ~ Di kenalkan oleh seorang rakan..
25 Feb 2007 ~  Bertunang
24 Oct 2008 ~ Berkahwin

Kami mendirikan rumahtangga selepas hampir 10 tahun berkawan, Alhamdulillah
jodoh kami sangat kuat walau pon ada dugaan selama tempoh berkawan dan bertunang..
Selama 4 tahun melayari alam rumahtangga kami semakin mengenali hati budi masing-masing
dengan lebih rapat lagi..

Adat rumahtangga tidak selalunya tersenyum dan ketawa kadang kala ada juga geloranya
tetapi alhamdulillah kami cuba untuk menanganinya..

4 tahun di kurniakan seorang cahaya mata dan insyallah tahun hadapan akan menerima
anugerah dari Allah cahayamata yang ke-2.. Semoga dengan hadirnya insan baru dalam
hidup kami akan bertambah sinar kebahagian untuk selama-lamanya.... Insyallah...

Amin... Untuk yang teristimewa suamiku terima Kasih untuk segalanya...




Popular Posts