Monday, January 30

Charger / USB Cable


Semangat berkobar kobar nak update blog semperna beday ziqrie semlm... Tp cari Usb cable tak jumpa..
dah lah Camera samsung nie 2in1.. eemmmmm beteri pon dah habis.. card reader pon tak de.. tuuuu duit tuuuu... bala..bala...



Friday, January 27

Ampang Point ----> Popular ----> Novel

Huhuhuhu baik punya gecek... Dapat novel free...
bob sgt bermurah hari bg RM50 untuk beli novel, tq bob..
Dah lama giler kot tak beli novel baru..
pergi popular dengan En hubby dan hero kecik (ziqrie) dapat rembat 3 buah novel..
Ingat pergi nak beli novel Gemersik kalbu tp dah sold out...
cite tu sekarang tengah tayang sekarang kt TV3 tu yang sibuk semua orang  nak beli tu..


Jadi di sebabkan novel yang dicari tak ada.. beli lah novel lain..


1. 7 hari mencintaiku - Novel ini sebenarnya dah baca tapi pinjam kawan punya, dulu penah terpikir nak beli tapi mahal sangat RM32++ tp hari tu popular bagi diskaun untuk member dapat RM24++ so rembatlah sbb nak colection tak mustahil mungin novel nie pulak kelayar perak.. jalan cerita menarik..

2.  Kau tetap Di sisi - yang nie belum baca lagi - tp nak kongsi sikit sinopsis novel nie yer..
Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.

3. Jangan Ganggu Lenaku - Novel nie bari baca half way menarik gak novel nie - JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa? 

So En Hubby dah bagi tau td.. esok die bzy dangan kerja2 sendiri... so apabila hero kecik tido kita boleh baca novel lah.. :)

ok bye!




Thursday, January 26

Manjaku Ziqrie


Bulan ini ziqrie akan berganjak ke usia 2 tahun
Cepat benar rasanya masa berlalu
Baru benar rasanya mama dan papa berkahwin
Setiap hari kami berdoa pada yang Maha Esa
Agar kami dikurniakan zuriat
Syukur Allah mendengar suara hati kami
setelah 7 bulan mama dan papa menanti
Akhirnya ada seorang insan yang membesar di dalam rahim mama...

Rasanya baru seperti semlm mendengar ziqrie pandai ketawa
Ziqrie merangkak, Ziqrie bertahtih jatuh dan bangun semula
Mama dan babah tidak pernah jemu mengajar Ziqrie berjalan..

Setiap hari wajah ziqrie ada dimana mana
Di skrn telefon, di  atas meja, di skrn computer, di dalam facebook
Ziqrie sentiasa dihati dan didalam  fikiran mama
Apa saja yang mama lakukan pasti wajah bersih ziqrie ada dimana mana...

Mama rase sedih bila setiap pagi terpaksa tinggalkan ziqrie
Setiap kali itulah air mata mama akan mengalir
Akan terasa sebak didalam hati
Bila ziqrie salam dan melambai mama
Jika boleh mama tak mahu ziqrie terjaga dari tidur
Mama rasa bersalah kerana terpaksa tinggalkan ziqrie..

Mama cemburu apabila orang lain melihat perkembangan ziqrie 
biasanya mama akan menjadi orang yang terakhir yang dapat tahu
semua orang bercerita ziqrie dah pandai itu, 
ziqrie dah pandai ini.
Tapi mama bersyukur kerana wan yang menjaga ziqrie
pastinnya ziqrie diberi perlindungan dan pastinya dalam jagaan penuh kasih sayang
mungkin mama tidak akan setenang bergini jika mama menghantar ziqie ke pangasuh..

Gelagat ziqrie sentiasa menceriakan orang yang berada di sekeliling ziqrie
Dari lahir lagi ziqrie anak yang baik
Tidak pandai meragam walau demam panas sekali pon
Tidak pernah merengek walau batuk dan selsema
Mama tidak pernah merasa beban dengan ada nya ziqrie dalam hidup mama..

Kadangkala mama akan marah ziqri bila ziqrie buat salah 
Mama juga akan sama menangis bila mama tenung wajah ziqrie sewaktu tidur
Mama rasa bersalah kerana marahkan ziqrie
Maafkan mama sayang kerana membuatkan ziqrie menangis..

Hanya hujung minggu mama boleh habiskan masa bersama ziqrie
Mama boleh mandikan ziqrie
Mama boleh suapkan makanan ke mulut ziqrie
Mama boleh menonton cartoon bersama ziqrie
Mama boleh menari bersama ziqrie..

Setiap hari hanya beberapa jam mama dan babah boleh habiskan masa bersama ziqrie
Bila ziqrie dah penat sebab seharian bermain 
Ziqrie akan minta mama tidurkan ziqrie
Bila ziqrie tidur 
Mama tak pernah puas menggengam jari jemari kecik ziqrie
Mama tak pernah rasa puas menatap wajah comel ziqrie
Wajah yang sentiasa menceriakan hari hari mama
Wajah yang sentiasa membuatkan mama dan babah ketawa..

Hati semakin tersentuh bila ziqrie dah pandai berkata kata
'' Mama nak tutu''
Itu sudah cukup mambuatkan mama bersyukur dan gembira diatas kurniaanya pada mama
Ziqrie permata mama yang tidak ternilai harganya..

Banyak lagi yang perlu ziqrie tempuh
Ziqrie baru hendak mulakan perjalanan
InsyALLAH mama akan terus memerhatikan ziqrie
InsyALLAH mama akan terus mendampingi ziqrie

Tapi ingat yer sayang 
Walau sejauh mana pon ziqire berlari
Walau setinggi mana pon ziqrie cuba untuk terbang mengapai awan
Jangan sekali kali ziqrie lupa
Bumi yang kita jejaki..

Sekiranya mama dapat mencapai awan dan pelangi 
Pastinya mama akan serahkan pada ziqrie
Supaya berbagai warna warni akan sentiasa mewarnai hidup ziqrie..

Ziqrie Sayang
Walau apa pon yang terjadi dan bakal terjadi 
Kasih mama dan papa tidak berbelah bagi
pasti juga tiada penghujungnya
Ziqrie adalah amanah dari ALLAH yang tidak terhingga
Sayangilah mama seperti mana mama menyayangi ziqrie
Kasih lah mama seperti mana mama kasihkan ziqrie
Tidak dapat mama bayangkan hidup mama tanpa ziqrie..

Selamat ulang tahun yang ke-2
Mama sentiasa doakan ziqrie akan sentiasa dilindungi 
Semoga ziqrie akan menjadi anak yang soleh
Anak yang berjasa pada keluarga
Bangsa dan juga agama..

Amin..Amin..Amin...




















Ziqrie Red 1st Birthday

z29 January 2011, ziqrie sambut birthday yg pertama..  pejam celik..pejam celik kejap jer rasa ziqrie dah setahun.. tp disebabkan ayah tak de masa beday ziqrie.. beday ziqrie ditunda ke 4 February 2011.. Setelah berpikir2  dah made decision theme untuk beday ziqrie warna merah.. Disebabkan banyak masa untuk buat preparation 2 minggu sebelum beday ziqrie aku ngan En hubby pergi beli sikit barang barang persediaan untuk beday ziqrie.. 





Kami beli barang alat tulis untk acara game utk 1st 2nd & 3rd price, lucky name, best red costume.. memandangkan masa tu mmg baru start sekolah jadi barang alat tulis memang tengah banyak.. idea nie datang secara tiba2 sbb kami mengagak budak2 mesti happy klu dapat hadiah!

So barang dah settle, kek dah tempah,Clown pon dh bayar deposit, venue utk majlis pon dah bayar deposit, DJ pon dah compem,banner utk beday pon dah mintak tolong ayah tempahkan dn bayarkan :) Cuma tinggal nk beli candy jer..




Sehari sebelum g bandar baru ampang kedai permborong gula2..


Hari yang tunggu dah tiba... sibuk buat preparation birthday anak cam nak buat majlis kawin pulak rasanya..hahaa.. Aku ngan En hubby pergi ke bora awal sikit dalam pukul 6.30 ptg hanya untuk pastikan semuanya tersusun dan mengikut seperti apa yang dah dirancang..

Masa kami sampai tgk pekerja bora ombak dah mula setup
every thing!
hujan ker tak...hujan ker tak????


Masa tengah duduk perhatikan perkerja bora buat kerja... Petir tak benti2.. manager kt bora kata kite tukar plan buat dekat dalam... Oh nonono... klu buat dekat dalam tak seronok lah.. tak boleh nk buat game.. tempat sempit sikit.. laz2 tawakal jer.. sebab petir jer langit cerah lagi.. petir dilangit belum tentu hujan nak turunkan..hehehee... Alhamdullilah tak hujan pon sepanjang majlis berlangsung..

Selepas Isyak tetamu dah mula datang.. Wahhhhhhh semua merah!!!










Lepas  tetamu  semua dah datang majlis dimulakan dengan bacaan doa, potong kek.. karaoke!!!



































Masa untuk potong kek!!!







Seselai potong kek.. tetamu semua sambung makan dan ada aktiviti untuk anak anak..(aduh aku dah pangkat emak2 nie)

















Selepas main game.. anak anak nk tunjuk bakat menyanyi pulak..


Tq semua!!!

Majlis selesai lebih kurang jam 12.00tgh malam terima kasih semua yang sudi hadir memeriahkan majlis hari lahir hero saya...Minta maaf sekiraya terkurang dari segi layanan dan apa yang terkurang.. InsyALLAH ada rezeki kite akan jumpa lagi :) Ayah thanks agains!!!









Popular Posts