Tuesday, June 11

Noor chicken rice low yat plaza

Hai semua.... Ari tu teman mrz pergi low yat beli projector bila dah pusing-pusing
perut lapar lah kan...Jadi mencari lah kedai makan... Mula-mula tu kaki dah nak
menuju ke Old town tapi terpandang pulak kedai nasi ayam, tapi mula-mula mrz
cakap kedai cina lah tak halal... tapi bila tengok dalam kedai ada ayat quran tergantung
dan pekerja semua pakai tudung (tapi separuh + kebaya ketat) jadi  terus ssseeerrrrbbbuuuuuu............................












Jadi Insyallah kedai nie halal kedai cina muslim... harga untuk sepinggan nasi ayam 
agak mahal sikit tapi berbaloi sebab sedap... Jadi cuba jangan tak cuba....

Tuesday, May 21

Cerita semasa pantang dan lepas pantang

Berpantang kali nie agak lain macam sikit... Lepas aje bersalin aku terus balik ke rumah orang tua (rumah  ayah mak) Mak amik cuti tanpa gaji untuk jaga aku dalam pantang.. Lepas 2 minggu aku berpantang aku balik berpantang dekat rumah sendiri. Alhamdulillah so far semua ok tapi bila hari jumaat aku pindah balik semula ke rumah orang tua.. Hidup berpindah randah.. Bila masuk minggu ke 2 aku berpantang dekat rumah sendiri ada gangguan bunyi dekat area rumah aku.. Bunyi orang drill dinding sangat bising berbunyi dari 9 pagi sampai lah petang.. Bila baby tak boleh tido 1 kerja pon tak jalan.. Bila aku call mengadu dengan mrz dia suruh sabar sebab die sendiri belum pernah dengar macam mana bunyi bising tu.. Jadi 1 pagi tu aku minta die pergi kerja leawat sikit untuk bagi die sendiri dengar macam mana azabnye telinga aku 3 beranak tahan dengan bunyi bising dari dari tingkat bawah...

Bila dah dengar dengan telinga sendiri baru tau.... Aku terus kemas kain baju aku buat keputusan pindah balik ke rumah orang tua plan duduk hingga hujung minggu, tapi yang kelakarnya aku duduk bukan sampai hujung minggu tu jer tapi sampai 2 bulan.. semlm 20 may 2013 baru dengan rasminya aku balik ke rumah sebelum nie pon ada balik jugak tapi balik kejap-kejap untuk amil barang jer.. 

Bila balik jer rumah semalam habuk jangan cakap lah, macam dah tinggal rumah bertahun.. Semua perlu di sental, dah alang-alang mengelap semua barang-barang dekat dapur pon bertukar tempatlah.. hehe

Berbalik semula cerita berpantang dekat rumah orang tua nie seronok sebenarnya, sebab banyak kerja yang kita kene buat sorang-sorang di take over oleh mak... hahaha mandi kan anak bab masak memang 100% mak yang buat bangun jer pagi mak tanya nak makan apa hari nie... bab-bab makan tak payah nak pikir semua mak yang sediakan... kerja aku membelik anak jerlah.. tu pon bila aku rasa nak keluar malam dan tak nak bawak zaffriel mak tolong tengok-tengok kan.... dan pencapaian yang paling membanggakan masa aku cuti pantang 2 bulan ini aku dah berjaya train ziqrie untuk buang air samaada yang besar atau yang kecik dekat toilet.. dan kalau tanya ziqrie kencing kat mana.. di jawab kencing kat TOIYET..... haha.... 

Dan seperti biasalah bila setiap kali balik kerumah sendiri mesti mak dan ayah aku akan rasa sedih.. iyelah mungkin bila ada kami anak beranak rumah tu akan jadi riuh dengan perangai ziqrie dan nangis zaffriel... 
aku jugak sedih sebenarnya tapi tulah hakikat kehidupan bila dah ada tempat naungan sendiri suami harus didahulukan..... 

Apa pon aku bersyukur aku punya mak dan ayah yang penyayang... Akak pon sayang mak dan ayah :)




Tuesday, May 14

Zaffriel Vs jaundice

Assalam... Cerita agak dah lama tapi nak cerita supaya nanti masa dah tua boleh baca dan
imbau semula kenangan... Kadang-kadang kita manusia ini kalau tidak dicoretkan mudah
lupa.. Manusiakan mudah alpa..

Dulu ziqrie masa lahir pon kene jugak jaundice atau pon dalam bahasa senang pahamnye orang
selalu cakap kene kuning.. di panggil kuning memang sebab kalau kuning tu dah semakin teruk
mata putih pon boleh bertukar jadi warna kuning. Boleh dikatakan semua baby yang baru lahir
mesti ada kuning cuma tinggi atau rendah jer... Antara yang senang sangat untuk dapat jangkitan
kuning ini kalau blood group parents jenis O memang high chance untuk dapat kuning.

Macam ziqrie dapat tengok die kuning masa lepas 3..4 hari balik ke rumah..
Bila nurse datang ke rumah die bagi tau anak kuning macam tinggi jadi kene bawak ke hospital
bacaannye memang sangat tinggi 17 dan dalam masa 1/2 jam naik lagi 21... Jadi duduk di ampang puteri lebih kurang 5 hari hanya ziqrie sahaja duduk di hospital aku dan mr z ulang alik 3 kali sehari
kerana di pantau sepenuhnya oleh doctor dan nurse...



Kisah yang sama jugak terjadi pada Zaffriel, tapi zaffriel dapat detect masa hari ke dua lahir masa
di hospital lagi, baru masa tu feeling happy-happy sebab dah nak balik rumah.. Pagi dalam pukul
10 doctor datang check die cakap anak awak nie macam kuning sikitlah lah... Jadi kenelah pergi
amik darah... Yup memang ada kuning jadi tak boleh balik dan baby kena admit di Neonatal 
Incentive Care Unit (NICU) wad penjagaan khas untuk bayi-bayi yang baru lahir... Jadi malang nye
masa tu katil untuk ibu penuh jadi aku balik ke rumah tanpa baby.. uish perasaan masa tu tak dapat 
nak cakap.. ko berkain batik, berstokin bagai baru lepas bersalin tapi anak tak ikut sama......
memang seksa..... Kalau ikutkan hati memang tak nak anak masuk  wad tapi kene relakan 
sebab kecian tak sampai hati nanti mesti hari-hari kene amik darah... tangan penuh dengan jarum..

Jadi selama 2 hari aku berulang alik dengan mr z ke hospital... Perasaan masa ini jangan cakaplah
semua ada bercampur baur... Bila baru sekejap nak pegang baby nurse suruh letak balik.....
Bayangkan perasaan sedih anak yang kita kandung 40 minggu membesar dalam rahim kita
kita nak pegang sekejap pon tak boleh.... Tapi apa boleh buat nak anak cepat sembuhkan
kene bersabar jerlah....


Masuk hari ke4 (selas) ada katil kosong untuk aku.. masa tu pon zaffriel dah keluar dari Nicu 
dah boleh di pindah ke wad biasa untuk pemerhatian... Jadi masuk di hospital kerajaan anak
mama kene jaga  sendiri.... Banyak sangat pahit manis masa di hospital semalam 3 hari 2 malam.. 
Hati pon berbelah bahagi nak tidur di hospital bila kenangkan ziqrie... Selama 3 hari aku di hospital
langsung aku tak jumpa ziqrie.. Walaupon dah keluar dari nicu tak boleh ada pelawat hanya 
ibubapa bayi sahaja yang boleh masuk.... jadi mr z datang ke hospital hanya pada waktu melawat.. 
3 hari tak jumpa anak perasaan sangat sedih masa tu.. bila teringat ziqrie aku menangis 
sampaikan aku tak nak bercakapon the phone dengan ziqrie sebab lagi buat aku bertambah sedih...

Malam pertama selepas kelular dari nicu zaffriel tak perlu duduk lagi bawah lampu tapi cuma
doctor pantau sahaja... Duduk di hospital kerajaan ini yang aku perasaan memang ada seorang 
doctor pakar yang akan jaga seorang pesakit tapi setiap kali doctor datang, doctornya akan 
bertukar-tukar bukan doctor yang sama.. Jadi setiap kali datang doctor pakar anak dengan
keterangan dari doctor bawahan die tentang perkembangan baby... Aku sangat stress!!!!

Hari ke5 (rabu) di hospital waktu doctor melawat waktu pagi die cakap nak amik darah lagi pagi 
nie.. nak tengok banyak turun atau tidak....Nasib baik setiap kali dorang nak amik darah dorang 
akan datang amik baby dan bawak kebilik lain untuk amik darah.. kalau dorang amik depan aku
mau aku meraung tengok anak aku menangis sebab sakit kene jarum.... Dan setiap kali lepas amik
darah dan hantar semula dekat aku mesti baby tengah menangis, tangan habis lebam-lebam kesan
kene amik darah .. Adoi sayunya hati aku.. kalau boleh aku gantikan tempat zaffriel rasanya biarlah 
aku yang sakit.... Aku rasa bukan aku sahaja yang rasa macam tu mesti semua ibu pona akan rasa
benda yang sama...

Petang doctor datang semula die cakap kuning zaffriel dah stable cuma jenis kulit zaffriel yang 
jenis merah kuning buatkan warna kulit die kurang cantik dan macam ada jaundice lagi... Jadi
untuk membolehkan aku dan affriel balik pada  hari jumaat doctor suggest kan zaffriel duduk 
semula bawah lampu..... Malam tu bermulalah episod yang sangat mencabar perasaan aku sebagai
seorang yang bergelar ibu... zaffriel hanya di benarkan pakai pampers tanpa baju dan seluar...
Dengan keadaan bilik yang ber aircond dan sangat sejuk zaffriel menangis mungkin sebab sejuk
dengan badan bertukar jadi purple sambil mengigil.... Bila aku angkat die diam... dan bila nurse
datang die suruh letak baby jangan angkat.... takut kuning lambat turun... 

Aku sangat stress! banyangkan dari pukul 7 petang hidup aku hanya seakan berdua dengan zaffriel,
aku kene redha tengok anak aku menangis dalam kesejukkan, langsung tak ada entertainment aku 
kene berpantang cara cowboy dekat hospital, teringat ziqrie dekat rumah, dengan tido tak cukup......
argh memang sangat stress!!!! Setaip minit aku berdoa mintak allah cepatkan pusingan jam tak 
sabar nak tunggu hari siang...

Hari ke 6(jumaat) hari yang aku tunggu-tunggu pagi dalam pukul 10 doctor pakar datang round
katil.. doctor kata zaffriel dah ok,dah boleh balik, dah tak perlu duduk bawah lampu.... 
Syukur alhamdulillah..... petang tu aku keluar dari hospital lebih kurang jam 6 petang... 
Selepas seminggu baru zaffriel boleh balik ke rumah... Apa pon setiap dugaan Allah pada
hambanya mesti ada hikmah di sebaliknya.... dan hikmahnya yang aku dapat.....
Aku lebih sayangkan anak, suami dan keluarga aku dari sebelumnya... 
Aku lebih menghargai setiap kali suami ku ada di sisi dan yang paling penting mungkin sukar 
untuk aku teruskan hidup jika aku sendiri tanpa suami anak dan mak ayah dan bob... 
Mungkin sebelum ini aku kurang menghargai kehadiran mereka dalam hidup aku.. kini aku 
tau bahawa meraka semua adalah kehidupan aku dan separuh dari hidup mereka ada dalam 
dalam diri aku mungkin sebab itu aku rasa kosong tanpa mereka...... Dan kini tambah seorang
lagi aku ada Zaffriel... Syukur Ya Allah...

  



Thursday, May 9

PRU 13

Gamba-gamba sepanjang PRU 13. Tak kisahlah korang sokong parti apa pon..
Partikan pilihan masing-masing jadi janganlah sampai jiran tak nak bertegur sapa..
member dekat office pon korang dah tak kenal adik beradik dan kawan sampai putus
tali persaudaraan, sampai memutuskan silaturrahim,tak hormat orang lain, ilang cara
 berkomunikasi dengan baik.. yang penting kita hormat parti apa yang orang pilih..
jangan lah korang nak bercerita pasal kebaikan parti yang korang sokong dan cerita
 keburukan parti yang korang tak sokong dengan orang yang tak sokong parti korang..
tu memang lah akan jadi perbalahan memang lah orang akan cakap parti yang korang
sokong betul.. Jadi harap-harap demam pilihanraya ini cepat lah habis.. bosan jugak setiap
pelusuk orang bercerita pasal pilihanraya dan yang pastinya banyak cerita semuanya untuk
orang berbalah.. tak salah menyuarakan pendapat tapi cam aku cakap tadi korang jangan
cerita tentang keburukan parti yang korang tak sokong pada orang yang sokong parti tu..
Cukup-cukup lah wakil rakyat jer yang buat kerja untuk cari pengundi jangan korang
yang nak jadi wakil rakyat korang bukan dapat duit pon.. dah lah duit tak dapat  ilang
kawan ialang saudara mara... member datang office bermasam muka... member dalam
facebook pon habis kene kick....Jadi tak kisah korang parti apa janji kene hormat
keputusan dan pilihan orang lain....tak mo gadoh2 okey..


P/s : bila ada lagi pelawanan bola sepak harimau melaya @ harimau muda???? seronok masa tu semua rakyat malaysia bersatu padu.. Bola sepak boleh menyatu padukan rakyat malaysia...kn......!














Korang pon dah terang-terang tau parti apa yang aku pilihkan... Jadi jangan hilangkan nilai-nilai
kemanusiaan kerana politik kita kena hormat pendapat dan pilihan orang lain... Terima Kasih.....





Monday, April 29

Pengalam bersalin - Arieff Zaffriel

Haha.... Rindu nak menulis tapi internet dekat rumah tak macam nak tak nak.... berpantang sendiri nak tunggu connect dengan internet buat aku menangis dan bila nak pegang jer keyboard anak dah terkuek-kuek jadi lupakan sahaja....

So far mengandung anak ke 2 ni memang amat berbeza dengan anak yang pertama... lain dari semua segi... permakanan, pembawakkan, semualah..... anak kedua aku lebih suka minum milo dan makan roti di malam hari... tiap-tiap bulan kene marah dengan nurse sebab naik berat badan 3kg sebulan.. haha
Kali ini mengandung jugak kene kencing kotor, tapi lepas makan ubat ok balik... dan ada sekali pergi checkup ada gula dalam air kencing... jadi lepas tu aku lebih berhati-hati kurangkan gula...

Minggu terakhir sebelum bersalin.. jika diikutkan EDD aku jatuh pada 20 feb 2013 tapi aku masih berkerja tu pon kadang-kadang on off... ikut sesuka hati aku... datang office pon aku tidur sebab aku memang dah tak larat sebenarnya nasib baik kawan-kawan dekat office memahami.. kaki bengkak jangan cakap lah.. sampaikan selipar pon aku tak muat... Jadi sejak dari mengandung dari minggu 36 aku dah mengaharap supaya aku cepat bersalin....  Ramai yang kata aku bersalin awal, mungkin sebab dorang pon dah tak sanggup tengok perut aku... jadi sebelum raya cina aku pindah ke rumah mak ayah aku iyalah sebabkan rumah aku tinggi tingkat 19 jadi mr z risau kalau-kalau aku sakit nak bersalin tiba-tiba liff rosak, mau terberanak dekat tangga pulakkan... disebabkan masih tak ada tanda-tanda nak bersalin jadi aktiviti merayap dan berjalan di hujung minggu masih di teruskan.. tapi jalan pon dekat-dekat jerlah...Duduk rumah menuggu bila nak bersalin stress ok...

14 feb2013
Jadi aku duduk dekat rumah mak ayah sampailah cuti raya cina bila habis jer cuti raya cina aku balik semula kerumah aku sebab aku kene pegi kerja seperti biasa... susahlah nak angkut semua kain baju kerja aku.. 
Jadi aku menjalani checkup di klinik kesihatan juga seperti biasa, dalam hati merungut jugak sampai bila lah aku kene datang sini lagi... sampai lah pada minggu sebelum nak bersalin aku memang dah tak larat sangat rasanya nak pergi kerja lagi.. Jadi masa pergi checkup khamis  aku dah dah minta doctor tu tuliskan surat aku nak cuti awal... Ada jugak terpikir buatnya aku aku tak bersalin jugak on due date kene tunggu lagi 9 hari.. doctor tu dah siap-siap kasi date nak induce aku 4 march 2013 lama jugak aku kene korban kan cuti aku tapi aku memang betul-betul dah tak larat nak pergi office... jadi berserah dan tawakal sahaja... 

22 Feb 2013 
Hari jumaat aku mc aku melepak jer dekat ruma dengan ziqrie masih sama langsung tak ada tanda-tanda nak bersalin.. Petang jumaat tu aku terpikir nak rendam bunga fatimah @ akar fatimah @ sanggul fatimah... aku pon tak tau apa yang sebenar-benarnya nama nye haha.... Jadi aku pon rendam lah ada member office aku kasi dia kata jangan minum air nya kalau tak rasa sakit.... aku memang tak de niat pon nak minum saja menggatal suka-suka nak tengok bunga tu kembang....
Memang bunga tu kembang dengan jayanya... Malam tu lebih kurang lepas maghrib aku cakap dengan mr z aku nak pergi makan chicken chop.. Jadi kami bersiap-siap pergilah makan.. habis jer makan terus pergi rumah mak ayah... saja pergi hanya menyinggah lepas borak-borak lebih kurang pukul 12tgh malam aku pon balik lah ke rumah.. lebih kurang dalam pukul 1 baru nak baring meluruskan pinggang, perut rasa macam tak best..Tapi yang aku tau tu bukan rasa nak buang air besar.. pergi toilet nak tengok-tengok kalaulah ada tanda nak bersalin ker apa.... emmmmm tak de pon... Lebih kurang pukul 2 pagi perut semakin sakit.. 
Aku berdoa mohon pada Allah jika rasa sakit nie, rasa sakit aku nak bersalin biarlan sakit sehingga pagi..
Ha memang Allah makbulkan doa aku sampai subuh aku tak tido...

23 Feb 2013
Start pukul 7 pagi aku dah tak boleh duduk dah... aku kejut mr z.. aku cakap aku nak kemas kain baju dan nak pergi rumah mak.. Aku bagi tau mr z aku dah nak bersalin tapi aku ok lagi.. boleh kemas baju dan kemas rumah lagi..

Lebih kurang pukul 10 ayah call saja nak tanya aku ok ker tak.. aku bagi tau yang aku dah mula rasa sakit.. ayah suruh packing baju pergi rumah mak sekarang.. sakit perut dah tangkap hingga pinggang berpeluh menahan sakit jangan cakap lah macam lari tanpa henti...

Dalam pukul 11 pagi dah ada dekat rumah mak ayah... aku tak terus ke hospital sebab masih tertanya-tanya betul ker aku nak bersalin atau sakit main-main sebab masih tak ada tanda.. Dekat rumah mak aku baring dan tertido sampai pukul 1 tengahari... Mak kejut ajak makan. aku makan jugak nasi buat alas perut manalah tau kot-kot aku bersalin walaupon masa tu langsung tak ada selera nak makan sebenarnya..

Lepas makan aku sambung baring sampailah pukul 4 petang aku ajak mr z ke hospital... sakit semakin kerap lebih kurang 20 minit sekali...

Sampai di hospital macam kene tukar pakai kain hospital sebelum nak melakukan perkara yang menyakitkan doctor tu tanya kenapa anak no berapa... Dah ada tanda ker, alamat rumah, kerja dekat mana dan macam-macam lagilah dia tanya lepas tu macam  biasalah memang kene seluklah nak tau berapa bukaan rahim.. doctor kata bukaan baru 2cm.. pastu doctor tu sambung interview aku lagi lepas die berborak dengan sorang lagi doctor..

Doctor : rumah jauh tak puan?
Aku : tak jauh dalam 10 minit, knp yer?
Doctor : puan nak balik dulu tak?
Aku : kenapa yer? 
Doctor : Sebab baru 2cm rasa macam lama lagi nak bersalin..
Aku : Iya ker?
Doctor : ahah.. puan balik dulu nanti kalau dah ada tanda puan datang balik boleh tak?
Aku : Mana doctor tau saya lama lagi nak bersalin? Anak pertama saya sakit datang hospital pukul 7 pagi bukaan 2 cm pukul 11 pagi saya bersalin..
Doctor : Alamak iya ker.. Kejap yer saya tanya doctor saya... Puan boleh tunggu dekat luar dulu lah..

Emm dalam masa 10 minit aku menunggu dekat luar doctor pakar panggil aku.. die scan nak tengok baby besar mana.. mungkin sebab die tengok perut aku besar agaknya... Jadi bila scan doctor anggarkan besar baby dalam 3.5kg dan sekali lagi aku kene seluk bukaan dah 3 cm.. Jadi doctor pakar kata aku admit tapi ke wad dulu... Lepas jer kene seluk sakit semakin terasa setiap 10 minit... Terus aku kene tukar baju dan dihartar ke wad.. Dalam hati tertanya-tanya lagi aku nie dah nak bersalin ker.... 

Aku masuk wad lebih kurang pukul 4.30 petang masa tu sakit masih lagi setiap 10 minit.. tapi aku dah tak boleh nak baring.. habis 1 wad tu aku tawaf.. Lebih kurang pukul 5 petang MIL,SIL dan mak cik aku datang melawat.. Aku memang tak kasi mak aku datang alasan aku, aku tak kasi bawak ziqrie datang hospital sebab takut nanti bising ada budak.. padahal aku tak nak dorang tengok aku sakit sebab aku tau nanti mak aku sedih... sebelum aku nak keluar rumah nak pergi hospital masa aku salam mak aku pon dia dah menangis.. 

SIL aku belikan aku mcd.. Aku sempat jamah sikit french fries jer dalam 2 batang tu pon MIL aku suapkan, aku memang langsung tak de selera nak makan.. perut semakin sakit... berjalan tanpa berhenti.. bila aku tengok jam sakit semakin kerap setiap 2 minit... MIL aku tak henti-henti urut pinggang aku bila sakit tu datang.. SIL aku terus panggil doctor die bagi tau doctor tu aku sakit sangat..

Sekali lagi aku kene seluk...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kali ini sakit memang tak mempu nak di ungkap dengan kata-kata...sakit mengila lepas tu doctor masukkan ubat buang air besar... doctor kata tunggu labour room penuh nanti dah ada kosong dorang bagi tau.. perut semakin memulas aku tak tau sakit nak buang air besar @ sakit contraction aku rasa sama jer... 

Saat paling sedih bersalin dekat hospital kerajaan bila pukul 7 semua pelawat kene keluar waktu melawat dah habis termasuklah suami kene keluar perkara yang paling aku takut sakit sorang-sorang dalam wad... terjadi jugak dekat aku tapi suami boleh tunggu dekat luar wad.... sakit semakin menjadi... tak henti-henti aku baca ayat yang aku tau... 

Lebih kurang pukul 8.00 malam aku call mr z minta pergi belikan aku air aku dahaga sangat.. dalam pukul 8.10 nurse datang dia cakap nak tolak aku ke labour room.. perut semakin sakit hati pulak makin berdebar-bebar aku call mr z dia cakap die dekat luar tengah beli air yang aku minta tadi bila aku cakap aku dah di tolak ke labour room aku dapat dengan suara dia pon macam panic.. 

Sampai jer aku di labour room kene interview lagi sekali... adoi bercakap dalam keadaan sakit....rasa macam tak nak jawab jer dan macam aku cakap dekat doctor tu ko boleh tolong diam tak... haha tapi aku jawab jugak lah dah kerja diakan lagi pon die nak tolong aku..

Lepas habis sesi soal jawab terus nurse masukkan water drip... aku dapat rasa air tu mengalir dari tangan aku rasa sejuk jer.. doctor yang seluk aku tadi datang balik.. dia cakap bukaan 5cm jangkaan aku besalin lebih kurang pukul 1pagi dan die bagi tau nak pecahkan air ketuban.. 1st time aku tengok alat yang nak percahkan airi ketuban tu sebab masa ziqrie air ketuban pecah sendiri.. Adoi alat tu bila tengok pon ngeri.
Masa doctor tu masuk ker alat tu ya allah sakit tak terkata.. yang aku sedar badan aku dah macam melonjak ke belakang sampai doctor suruh nurse 2 orang pegang aku.. 

From google
Lepas die pecahkan air ketuban sakit semakin menjadi-jadi nurse tu bagi aku sedut gas.. untuk kurangkan sakit.. memang ada kuranglah tapi masih sakit sepanjang aku duduk dalam labour room tu dorang pasang surah yassin adooiii sayunya hati aku ada jugak aku terpikir mungkin juga aku akan menemui ajal semasa melahirkan nanti terus aku suruh nurse panggil mr z... Mr z masuk jer aku terus cium tangan dia... iyalah kan aku sedang bertaruh dengan ajal.. dalam masa aku sakit tu denga sayup-sayup suara dari bilik sebelah tengah meneran sempat juga aku berdoa dalam hati semoga Allah mempermudahkan urusan jiran ku yang sedang bertarung nyawa... tapi aku masih berlawan dengan sakit... Lebih kurang pukul 9.30 malam sakit semakin kuat... aku cakap dengan mr z panggil nurse aku nak buang air besar nie.. bila nurse masuk die kelam kabut sediakan peralatan.. aku menjerit dekat nurse ''saya tak tahan nak buang air nie'' terpikir jugak masa tu macam mana nak bangun pergi toilet nie dan terpikir nie mungkin kesan ubat yang doctor tadi masukkan.. 
Aku : Cepatlah saya tak tahan nak buang air nie..
Nuruse : puan kalau nak buang air angkat kaki jangan kepit..
Aku : Angkat kaki buat apa? 

Sebenarnya aku dah tak terdaya nak angkat kaki.. Sakit saku terlalu sakit...

Nurse : Puan nak buang air.. buang jer tak per teran jer...

Aku dah tak tahan nak buang air.. aku terus teran lepas tu aku dengan suara baby menangis rupanya sakit nak buang air tu baby nak keluar.. langsung tak terlintas dalam kepala aku anak aku nak keluar sebab doctor kata aku bersalin lebih kurang pukul 1 pagi. Pada jam 10.12 malam lahirlah sorang lagi hero mama..
Terus nurse tu letak baby atas dada aku...Alhamdulillah anak sihat lepas aku bagi salam nurse tanya baby apa.. lebih kurang 10 minit sesi untuk ibu dan anak nurse amik semula baby sebab dorang nak bersihkan...Ilang sudah sakit contraction dan sakit meneran nurse nak keluarkan uri lepas keluar je uri sakit satu lagi yang kene tempuh nak kene jahit... Tapi aku amat-amat bersyukur bila nurse tu cakap. 

Nurse : puan langsung tak koyak dan rasanya tak perlu dijahit.....

Uish masa tu rasa nak melompat bintang tapi tiba-tiba nurse tu cakap..

Nurse : Tapi nanti saya panggil doctor yer, tanya die perlu jahit ker tidak...
Doctor : Puan tak koyak dan perlu jahit tapi saya kene spray sikit dengan ubat yer untuk elak jangkitan kuman, tapi pedih sikit...

Lepas jer doctor tu spray bukan pedih sikit pedih banyak tapi sekejap jerlah rasa pedih tu...
Lepas siap semua tukar baju aku dan baby di tolak ke wad lebih kurang jam 1.30 pagi..

Alhmdulullah betullah kata orang setiap kali mengandung dan melahirkan anak semuanya tidak sama..
setiap anak yang di lahirkan pasti ada pengalaman yang berbeza... Ku bersyukur pada mu Ya Allah atas kurniaan yang tidak terhingga ini... Amin...





Nama : Arieff Zaffriel
Berat : 3.3 kg
Panjang : 50cm









Popular Posts