Thursday, May 22

Kedai Lampu murah Puchong

Nak kongsi pasal kedai lampu murah tahap melampau-melampau dekat puchong sebelum tu ada jugak lah aku dengan mrz pergi masuk jenguk-jenguk dekat kedai dekat area rumah, langsung tak berkenan sebab mahal..

Aku pergi 1st time hari berkerja orang tak berapa nak ramai, jadi pilih lampu agak aman berbahagia...
minggu lepas pergi lagi sekali hari sabtu, sebab ada lagi lampu yang tak cukup.. Punyalah ramai orang, bila berjalan habis berlaga bontot..



Ko tengok punya lah ramai orang nak beli lampu selalu aku tengok kedai lampu selalu lengang jer kan...


Gamba-gamba ini aku amik masa aku pergi hari kerja, kalau korang pergi time cuti aku rasa tak dapat lah kot nak amik gamba dengan tenang bergini.. Pandang semua orang semua mendongak jer tengok lampu..


Lampu yang mungkin berharga beribu-ribu dekat kedai main dekat sini mungkin dalam ratus-ratus jer, tapi mungkin lain dari segi kualitilah tu aku kurang pasti, tapi mungkin yang sama aku beli lampu kalimantang  LED yang 4 kaki RM50 kedai lain RM65-80 bezakan


Kipas pon murah dekat sini, aku lupa nak amik gamba ada orang beli kipas dekat 10 biji.. mungkin murah sangat agaknya semua dekat rumah ganti yang baru..


1 set 3 biji lampu berjuntai-juntai tu baru RM170


Bukan ini jer ada macam-macam bentuk lampu dekat sini



Lampu down light pon murah dari harga RM4.00


Kalau datang sini compem tengkok lengok sebab asyik mendongak jer..

Konsep dekat kedai ini..

1. Pilih barang (biasanya ada sorang pekerja yang akan layan korang, ikut jer bontot korang)
2. Test barang
3. Bayar barang.. tuk bayar korang akan diberi no giliran.
4. Pekerja akan check barang sekali lagi dah akan terus pekerja tu masukkan dalam kereta..


Selamat menyopping lampu lampan!



Kedai Tiles Murah

Pada korang yang tengah mencari dekat mana nak shopping tiles murah, korang boleh pergi dekat
Jalan ipohberhadapan dengan Balai Polis Sentul... Sederet tu memang jual tiles, singki segala barang-barang kelengkapan rumah semua ada.. Mula-mula ingat nak beli dekat ampang jer, tapi bila tanya kena order dulu lepas 3 hari baru dapat dan tak boleh beli per pieces... Disebabkan rasa seronok sangat dan tak menyaba dan teruja seumur hidup 1st time nak pergi beli tiles... aku goggle lah ramai pulak yang cakap dekat jalan ipoh murah, teruslah menuju ke jalan ipoh..

Aku tak ingat nama kedai tiles ni, kedai nie betul-betul depan bas stop..


Melilau biji mata mencari tiles yang macam aku berkenan yang aku tengok dekat ampang.. Tapi harganye kurang RM1.90 dari ampang.. Kalau korang kira sekeping memanglah rasa '' alah baik beli dekat ampang duit minyak pergi jalan ipoh lagi' tapi tu kalau korang beli sekeping, tile nak buat rumah kena beli berkeping-kepingkan kalau korang beli 1000 keping tak korang save RM1900 kan.....


Pilih jer mana yang berkenan di hati, semuanya ready stock


Semua tiles Peace Yo!


Punyalah ramai orang dalam kedai tiles ini.



Murah kan....

Selamat menyopping tiles!

Wednesday, May 14

Samak Rumah...

Assalammualaikum lama gile tak update blog sebab?

Tak ada sebab pon sebenarnya cuma jiwa raga agak merundum,sedih kecewa,sedih,jauh hati.......
tak per lupakan...

Ini cerita 19 april 2014 aku samak rumah syukur alhamdulillah aku dah dapat kunci rumah... aku beli bukan rumah baru pon rumah subsale jer.. kecik jer.. selesalah untuk 4 beranak berteduh nampak statement cam artis tak??? Aku nie 1st time samak rumah, aku beli rumah ini dari pada cina jadi memang haruslah aku samak rumah tu walaupon aku dah tanya dari tuan rumah tu dia memang tak pernah bela anjing tapi aku tetap nak samak, tapi aku ada terbaca lah kalau korang beli rumah baru sekali pon eloklah kiranya korang samak rumah tu... bukan ape takut masa rumah korang tu dalam pembinaan jadi pot anjing lepak ker kan.. aku baca dari internet baca forum pasal samak rumah, ada member tanya aku kalau samak rumah kene ker samak sampai syiling? aku pon jawab.... Kalau ko rasa anjing boleh panjat @ menjilat sampai syiling ko kene samak lah syiling tu.... Islam kan mudah, islam tak akan susahkan umat nye...

Cerita pasal rumah lama aku, Ampang damai condo pada aku ini betul-betul rezeki anak.. aku beli rumah ini masa ziqrie umur 1tahun 6bulan kalau tak silap aku.. Dari mula kawin duduk dengan family dan bila ada rezeki dapat beli rumah sendiri rasa bersyukur sangat langsung tak pernah pikir mampu beli rumah sendiri..
tapi masa nak beli tu berpikir-pikir jugak ok ker duduk rumah tinggi nie (tingkat 19) cadangnya nak duduk 10 tahun lah kot dekat rumah condo.. sebab tak mampu nak beli rumah yang bertanah rumah dekat kawasan ampang mahal melampau-lampau.. rupanya Allah tu nak bagi rezeki awal duduk cuma 2tahun 5bulan jer..

Sebagai kenang-kenangan ini lah rumah aku yang pertama......






Perasaan masa nak jual sangat berbelah bahagi semua orang aku tanya patut ker tak aku jual rumah condo tu...Ramai yang kata jual.... jual rumah condo ini aku guna agent hartanah senang sikit die carikan orang senang sikit dan cepat jugak.. Tapi sedihlah iyerlah aku kalau ada banyak duit aku tak jual kot rumah condo tu.. Rumah tu kira macam titik permulaan kehidupan selepas berkahwin walaupon lambat sikit lah..

Berbalik pada cerita samak rumah... pagi sabtu tu aku pagi-pagi dah keluar pergi cari tanah dekat kedai jual pokok bunga, aku turun sorang sebab tak ada parking..

Aku : Tanah untuk samak rumah ada tak?
Pekerja : Ada.. nak berapa banyak?
Aku : U jual macam mana?
Pekerja : 1 guni RM 12

Sambil tu aku berpikir-pikir cukup kot 1 guni.. setengah guni atas setengah lagi tuk bawah... tapi pergi dekat kereta tanya mrz dulu..

Aku : B 1 guni gula tu cukup tak? RM12
Mrz : cukup ker?
Aku : Kenapa tak cukup ker?
Mrz : kene beli 2 guni kot?
Aku : Emmmmm kita try 1 guni dulu lah, kalau tak cukup nanti beli lagi..

Jadi aku pon beli lah 1 guni, tamak haloba rupanya guna tak sampai pon suku guni tu... Jadi korang kalau nak samak rumah beli 2..3 bag yang RM2 tu pon dah cukup... Sudahnya tanah tu aku letak jer belakang rumah..


Samak rumah ari tu bertiga aku mrz dengan anak buah mrz sorang.. 1 hari jugaklah kita orang main air tanah dan air sabun alhamdulillah settle basuh dan samak rumah tu...
Perasaan sebelum dan selepas samak rumah.... Sebelum samak rumah tu, perasaan aku rasa lah macam rumah tu aku rasa kotor sangat mungkin sebab mindset dah berkata-kata bekas cina.. ada anjing pernah masak babi tapi selepas samak jer aku rasa rumah aku sangat bersih kalau boleh nak berguling-guling...

Sekarang ini pon aku belum pindah lagi pon rumah tu... Tengah buat renovation sikit, insyallah nanti kita storymory yer.... Tata... 





Wednesday, March 19

Susu untuk anak cirit birit

Assalamualaikum.....

Korang mesti runsing bila anak cirit biritkan.... Aku pon samalah.. Semua aku rasa serba salah nak bagi makan takut sakit perut lagi, tak bagi makan karang lapar pulak.. 1st time nie pengalaman anak kene cirit birit sebab seingat aku masa ziqrie kecik dulu tak delah teruk sangat kalau kene cirit birit pon dalam sehari 2 jer sehari dua jer tapi zaffriel kene dekat 2 minggu.. sekali pergi klinik doctor kasi ubat sakit perut dengan smecta yang kene bancuh dengan air tu tapi still sama jugak..

Ini yang aku baca lah hasil dari menggoogle.. Cirit birit adalah satu keadaan diamana kanak-kanak membuang air besar dengan lebih kerap dari biasa dan najisnya cair, punca mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti mengambil makanan atau minuman yang telah tercemar...

Aku rasalah kan punca asal dari makan dekat majlis kahwin, sehari sebelum tu ada pergi wedding member esok tu aku mrz dan member-member yang pergi wedding tu pon semua cirit birit..
tapi mungkin sebab orang tua cam aku ini cepatlah sembuhnya.. Kecian zaffriel berlarutan tak nak berhenti..

Dah 4 hari masih tak ok jugak kena lah bawak pergi pakar... Sama jugak doctor tu kasi ubat yang campur dengan air tu jugak dan antibiotic .. Aku risau jugak kalau kene tahan wad, tau jerlah hospital swasta ini, tapi doctor tak boleh nak tahan zaffriel sebab zaffriel hanya cirit birit tak ada muntah.. Makan dan susu pon die ok, cuma doc doctor suruh kurangkan susu kira di cairkan sikit.. Dan kalau lepas 5 hari makan antibiotic tu still cirit birit jugak datang balik...

Lepas habis 5 hari nampak nya zaffriel still cirit birit.... :(
bawak semula ke hospital kali ini doc suruh try susu ini...


Mula-mula risau gak kalau tiba-tiba zaffriel tak nak, bila bukak jer tutup tin nie kuat betul bau pisang, bila baca susu nie dari rumusan pisang dan apple.. Maknanya bila cirit birit  makan pisang.. pisang bagus untuk memberhentikan cirit birit.




Warna dia agak lain sikit dari susu biasa, warna die nak cholat cair dan bila dah bancuh lagi pekat warna dia.. Alhamdulillah dalam 2 hari minum susu ini, zaffriel dah tak cirit birit dah..dah back to normal dan susu ini digunakan untuk sementara sahaja bila dah ok boleh tukar semula susu biasa...



Tuesday, March 18

White Room Studio - ThePhotolicious

1 March 2014

Masa birthday anak-anak hari tu langsung tak ada amik gamba berempat sebelum majlis tu sibuk.. Masa majlis zaffriel tido.. dah sudah potong kek ziqrie pulak tido.. Bila orang semua dah balik dah tukar baju
barulah teringat tak ada gamba berempat.. Cerita dengan fatin, nasib baik fatin bagi tau The Photolicious ada buat promotion untuk white room studio murah RM70 jer untuk 45 minit..

Tema sama jugak macam birthday hari tu.. cowboy, berpeluh jugak aku pikul kuda tu naik tangga.. tingkat 3 pulak tu....

Sebelum keluar rumah dah kasi zaffriel tido siap-siap, si kecik tu bukan boleh tak cukup tido nanti menangis mengamuk..

Sampai-sampai jer tak ada orang, Jadi amik mood kejap moh kita bergambo..

Mula-mula amik gamba seronok anak-anak semua in mood...


Ziqrie senang jer nak suruh bergambar.. Sebab die dah paham apa yang kita suruh buat..


Zaffriel agak susah sikit nak bergambar, orang tengah sibuk nak merangkak.. mana boleh duduk diam.. Asyik kejar die jer...

 Macam-macam nak bagi zaffriel diam.. dengan phone lah, bukak lagu lah, bagi cars lah.. die buat hal die jer..

Tolong jangan muntah... sesekali bagi lah  mak bapak cowboy nak bergamba manja-manja sikit..


 Ziqrie & Zaffriel

45 Minit cukup untuk berpeluh depan lampu... Lepas 30 minit anak-anak dah penat gamaknya nak senyum pon dah tak ada mood...

Ayat ziqrie : Iky tired lah mama.. iky nak amik gamba dekat rumah jerlah...










Popular Posts