Tuesday, December 9

Resipi Pizza

Ok blog emak-emak sangat asyik cerita pasal resipi jer.. Kali ini nak kongsi resipi pizza..
Ziqrie suka sangat makan pizza seminggu dua 3 pon tak per makan pizza, tapi selalu beli yang
 kecik jerlah tapi yang kecik pon kalau dekat pizza hut pon dah RM11 kali seminggu dah
dua 3 kali boleh kering jugak poketkan..


Sampai kecik-kecik mata bila pizza depan mata


Kurusnya ziqrie masa ini..


Fatin pon dah tau feberet ziqrie, pizza tu fatin bawak masa melawat ziqrie kat hospital hari tu.

 Jom buat pizza.


Bahan-Bahan

1. 250gm tepung gandum
2. 1/2 paket yis mauripan
3. 1 sudu gula
4. 1 sudu teh garam
5. 1 cawan air suam
6. suku cawan olive oil
7. Cheese Mozzarella
8. Hirisan Capsicum
9. Isi Ayam
10 . Sosej
11. Sos prego

Cara-cara
1. Satukan gula bersama yis bancuh sedikit dengan air suam biar sampai yis berbuih
2. Ayakkan tepung dan masukkan olive oil, yis, garam dan air (masukkan sikit demi sedikit)


3. Uli tepung hingga semua sebati.


5. Tutup adunan selama 30 minit dengan kain basah sehingga adunan naik 2 kali ganda.


6. Bila aduanan dah naik 2 kali ganda, tumbuk kan adunan untuk mengeluarkan angin.


7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (boleh buat 2 biji pizza). dan uli adunan pada ketebalan yang     korang nak dan boleh  letak atas tempat pembakar. Aku guna loyang aje. Sapu sedikit butter pada       loyang.


8. Bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit. Selepas 20 minit seluarkan doh dari tempat pembakar 
   dan boleh sapukan sos prego, aku beli yang dah siap dekat kedai. Senang..


9. Lepas sapu sos boleh lah letak bahan-bahan untuk topping.


10. Taburkan cheese mozzarella


11. Bakar lagi lebih kurang 10 minit.


12. Dah siap untuk dimakan



Selamat mencuba!






























Murtabak Maggie

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia.. Kita bertemu lagi dalam kelas masakan bersama saya chef izzan.. Hahaaahaa

Bangun pagi tak tau nak buat sarapan ape tuk family, aku rasa dah dekat setahun lebih aku tak sarapan dekat kedai mamak.. Lagi puas hati masak sendiri bagi laki ngan anak-anak makan, walaupon tak delah macam dekat kedai mamak ko order semua ada tapi ok lah kan janji kenyang.

Sorry lah tak ada gamba dari awal.. Akak lupa dah separuh jalan baru teringat nak amik gamba maggie.

Bahan-bahan

1. 2 peket maggie kari
2. 6 Biji telur 
3. Daun sup
4. Bawang besar
5. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Rebus maggie separuh kembang
2. Hiris halus daun sup & bawang
3. Pukulkan telur dengan rampah kari (kalau maggie 2 paket, perencah 1 paket dah cukup, ikut 
    masing-masing
4. Masukkan maggie yang dah rebus tadi ke dalam telur










5. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau ratakan


6. Panaskan kuali dangan sedikit minyak dan masukkan maggie, bila maggie agak kering baru       
    terbalikkan tunggu hingga masak. dan boleh makan :)






Monday, December 8

Resipi French Fries sehebat KFC

Hahahaa... tajuk tak nak kalah.. Nie petang minggu lepas punya cerita, ziqrie sekarang lapa jer.
Tengah die duduk tengok tv ''mama iky lapa nak french fries'' sudah dah lah masa tu tak ada stock kat rumah. tapi kentang ada, try lah buat sendiri..


Mula-mula potong lah kentang nie panjang cam gini, rebus setengah masak dan tos kan.


 Gaulkan dengan tepung beras


 Panaskan minyak dan goreng


Angkat bila dah kekuningan dan taburkan sikit garam.. Oklah tak delah sedap sangat mcm kfc.


Tapi bila habis jer pon dah buat mama happy kalau tak habis sentap seminggu tak nak masak..

Bye

Cucur Manis

Cucur manis untuk sarapan atau minum petang, Try buat cucur manis nie tuk anak-anak.. Rupanya bapak anak-anak pon layan..hahaa

Bahan-bahan :

3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Satukan tepung garam dan susu pekat manis
Tuangkan air panas (tuang sikit demi sedikit). dan kacau guna sudu kay karang memecur pulak tangan..

Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas, api sederhana jer..

Basahkan tangan dengan air, ambil adunan sebesar guli, nanti doh akan kembung bila masuk dalam kuali.

Balik-balikkan cucur dalam kuali supaya masak rata. Bila dah kuning keemasan boleh angkat dan hidang..





Friday, December 5

Roti Telur Cheese

Masa beli barang dapur aku belilah cheese konon-konon nak suruh anak jadi orang putih makan cheese kan..rupanya anak melayu sangat ziqrie ngan zaffriel tak nak.. cheese harga bukan murah jadi dari cheese tu terbiar aku buatlah roti telur cheese..

Bahan-Bahan

1. Roti
2. Cheese
3. Telur
4. Secubit garam (tak nak letak pon tak pe, cheese dan butter dah masin)
5. Minyak / butter

Cara-caranya

1. Pecahkan telur, masukan garam..
2. Korang kalau rajin buanglah kulit roti , biar cantik


3. Letak Cheese atas roti dan letak 1 keping lagi (apitkan cheese tu tengah-tengah)

4. Lepas tu korang potong bahagi 2


5. Rendam kan dala telur yang dah dipukul tadi. Bagi semua bahagian salut dengan telur.


6. Panaskan Pan dan masukkan minyak / butter masukan roti. 


7. Taddaaaa.... dah siap.






Meleleh leleh cheese dia.. bila gigit milk sangat, tapi aku bukan peminat cheese aku rasa sekali jer, tapi memang sedap lah.. hahaha puji diri sendiri.. try ok!

Popular Posts