Thursday, November 10

Birthday 2016



Lama nau tak update blog. Mood jatuh merundum menjunam junam ko.

Banyak oi cite cite best tak update rugi rasanya dari ilang langsung pasal semua cerita 2016 nak 
aku masukkan cerita birthday start dari birthday bob.

12 May 2016
The Garage KL


Macam biasa tak kisah lah birthday siapa pon, dia yang harus tiup lilin.


Pendik lagi rambut adik masa ni. Rasa nak potong jugak tapi rasa sayang pulak tapi hari hari lah kena shampoo kalau tak bau peluh masam ok.


Potong cake pon dia mesti kene turut serta, mesti kene pegang pisau sama-sama dengan dia.

Happy Birthday Ayah bob 26 tahun.

31 Julai 2016
Red Box The Curve


Kak Baskin Robbins sponsored by Fatin


Tengok dah standby nak tiup lilin


Ziqrie nyanyi lagu Birthday untuk Atok. Adik sibuk nak pisau.


Ok sikit lagi lagu nak habis


Habis jer lagu terus tiup tanpa ajak atok. ha ha.

Happy Birthday Ayah / Atok doa kami semua untuk ayah moga ayah di berikan kesihatan yg berpanjangan dan dilimpahi rezeki yang mencurah curah dan dipermudahkan semua urusan ayah. Insyallah.

26 August 2016
Red Box The Curve

Solan : Kenapa kalau birthday mesti pergi karaoke? Kenapa mesti pergi Red Box Curve?

Jawapan : Sebab Suka



Cake Ayah tempah. 


Macam biasalah, bunyi jer lagu birthday adalah 2 beradik nie.


Ziqrie ok lagi, adik memang tak lepaskan peluang langsung lah



Happy Birthday B. Semoga B di berikan kesihatan di murahkan rezeki, Insyallah doa dan kasih sayang dari kami sentiasa mengiringi setiap langkah perjalan B.


3 Oct 2016
Manhattan Fish Market









Happy Birthday Wanie


Nangis sebab birthday girl tak ajak sama tiup lilin. Kita orang pon tak perasan tiba tiba denga adik nangis. Ha Ha Ha


Nyalakan lah balik lilin. Siap dia suruh nyanyi lagu birthday tuk adik.


Happy face lepas dapat tiup lilin.


Sekian sahaja sambutan birthday untuk tahun ini. Insyallah moga di berikan kerajinan untuk update next entry. 











Friday, March 18

Dc Comics Superheroes Cafe @ Sunway Putra Mall


Suka sangat gamba bertiga ini.

Cerita 3 minggu lepas, dah duduk dekat Sunway putra mall, cari makan pon dalam ini aja lah memang dah lama nak bawa anak anak try makan dekat cafe ini tapi selalu tak jadi jer.

Lepas pergi tengok cerita Zootopia mari lah kita sapedek..




Beriya abang


Adik tak nak amik gamba adik takut. Apa lah tak power rangers lah cam ini.



Mari pilih nak makan apa. Dekat sini nak order kena pergi counter. Tapi nanti dorang hantar ke meja. 



Tapi nak order macam susah sikit lah sebab bukan semua ada gamba, jadi main order aja.


Batsy - Oreo Milkshake RM19.00
Sedap budak budak dengan mak budak pon suka


Wonder Mocha Wallop! RM19.00 
Sedap jugak tak pahit sangat.



Bat Signal Pepperoni Pizza RM33.00
Okey okey aja


Superman Beef Punch Burger RM23.00
Ini pon okey okey aja, tapi burger kena kongsi 2 orang, mungkin sebab daging dia padat jadi cepat kenyang.





So far makanan okey okey aja. Tapi untuk kelainan sesekali apa salah nya kan, janji anak anak happy,











Tuesday, March 15

Wednesday, March 9

Izzan Birthday 2016

23hb sambut birthday anak. 25hb birthday sendiri.. Selalu kalau birthday family aku lah yang sibuk tanya nak makan dekat mana, nak makan apa, dekat mana nak sambut, dan aku siap create grop whatsapp khas untuk cerita pasal nak sambut birthday aja, Tapi orang yang nak di raikan tu tak adalah dalam grop tu. Dan semua cerita dalam grop adalah rahsia, kene buat macam tak ada apa apa. 

Tapi bila birthday aku, tak kan aku yang nak create grop jugak kan, jadi aku hanya diam aja lah, tengok apa yang akan berlaku.

 Hari birthday tu macam biasa, balik kerja amik anak dari rumah mak, mrz terus ajak balik, sebab dia kata nak pergi jumpa kawan lepas maghrib, dia kata aku bawak kereta sebab dia nak bawak moto, senang nanti nak keluar jumpa kawan tak nak bawak kereta. ok fine.

Keluar dari rumah mak sama sama tapi aku dah sampai rumah mrz tak sampai lagi, aku msg tanya dia dekat mana? dia kata tak jadi balik rumah, terus pergi jumpa kawan. Tapi suruh aku siap sebab lepas jumpa kawan nanti dia balik nak ajak aku keluar pergi office dia sekejap lepas tu nak pergi makan, tak payah masak. yezzzzzaaaa....

Mrz balik dalam pukul 8. dia kata nak keluar pukul 8.30malam, aku cakap boleh tak kalau tak nak ikut, aku suruh dia pergi office sendiri, aku penat malas nak keluar, mrz kata tak tak boleh.

Tapi dia drive terus jalan menghala nak pergi rumah mak..

Bila sampai mrz kata jom lah singgah kejap, ayah dah balik.

Bila masuk ziqrie dah jerit, mama cepat ada belon lah... ha ha penuh rumah dia gantung dengan 
belon.




Mak masak mee rebus, satay bob beli.


Kek mak tempah dengan kawan mengaji dia.


Ziqrie ngan zaffriel macam biasalah kek birthday di kongsi tiup bersama.

Lepas tu rumah penuh dengan pak cik ngan mak cik, mak jemput semua datang, rasa malu pon ada umur dah 32 sambut beriya iya, kira macam buat birthday party. 



Hadiah tuk hari tu jam, perfume & Duit raya.



 Ini pulak sambut birthday dengan member office dekat restoran Rebung.

Alhamdulillah, I am so grateful to be surrounded such wonderful & lovely people.

Terima kasih semua......

Popular Posts