Tuesday, April 3

Legoland Day 2


Hai Korang.

Selamat Pagi, sambung cerita Legoland hari ke 2. Cerita di mulakan dengan gambar tuan belog. Tu kira dah paling habis sweet dah tu, amik gamba kepala lentok-lentok cam tu. Orang tu ini bukan jenis yang romentik eh, die tak reti amik gambar nak peluk ker haper. Berdiri tegak cam tiang lampu.


Nak keluar menuju ke Legoland sesat kat area Pulai Spring jalan besar entah macam mana terjumpa kedai mamak ini. Singgah makan dulu lah. Mamak ini punya lah sengal die hantar roti canai 10 keping, dengan tosey dengan roti prata. Tulah lain kali jangan berlagak cam boleh ingat semua tak nak tulis.


Sebabkan ini jer cara yang rasa paling romantik jadi amik gambar cam gini jerlah.


Pukul 9.45 pintu gate dah bukak masuk duduk dekat depan ini dulu nak tengok Opening parade. 
Mengalu galukan sangat kehadiran korang. Haruslah beri ucapan selamat datang. Mahal kan.



Seronok aku pon rasa nak menari sama.





Aku sama seronok dengan anak anak bila jumpa maskot Lego. 


 Gambar bersepah sepah korang sebab ada banyak nau camera kan. Semua hantar dalam group whatsapp. Semua aku save. Semua dah caca merba. Nak susun balik ikut flow aku tak berapa nak rajin lah.



Ini orang paling seronok bila dapat naik bot ini. Kalau boleh nak beratur lagi naik sekali lagi. Ramai orang beratur ini pon dekat 20 minit.


Ziqrie bawak wani habis semua die sengaja main langar langar, die tak tau tu yang die bawak tu perempuan mengandung. Bob tak naik mula mula beratur sama dah lepas tu tak jadi die segan. Ha ha



Cuaca punya lah panas, berbeza sungguh dangan time aku pergi hari tu.


3D movie kot best sangat dapat duduk dalam ini, Aircond siap basah siap kena siram dengan buih sabun.


Apa lagi yang akan buat kita happy bila dapat tengok mak kita happy.


Apa yang ziqrie suka sengat naik benda alah ini pon aku tak paham. Mula die naik dengan babah die, pastu naik dengan ayah bob die 2 kali. Pastu die naik sorang. Aku tak boleh pusing pusing setempat ini. Pening.




Mula aku cakap kat mak patung ini berdengkur. Terus pergi dekat nak denga. Pastu amik gambar mak kak. Ha ha



Ini semua naik Ninja Go


Ini kalah paling last. Tenaga aku dengan mak sangat lemah. Sampai aku minta tolong adik tu tolak. Haha




Uish berterabur sangguh gambar ini. Nak buat macam mana akak malas.


Mak berhati macam bawak kereta, takut nau terlanggar kayu kat tepi-tepi tu.


Ehhhh kak cam mana nak berhenti ini????





Jumpa pulak, masa ini aku control diri ini kalau ikut hati aku nak peluk.






Si kecik ini kalau bergambar sekarang kemain. Siap silang kaki ko yer.
Kalau pakai pon sekarang nak hansem-hansem jer.


Tenghari semua dah lapar pergi makan.




 Harga makanan semakin mahal. Dengan ucapan dalam resit tu. Please come again.
Cukuplah kot dah 2 kali ke sini ada rezeki nak bawak anak anak ke maps Ipoh pulak.

Begitulah seharian dalam legoland ini. Kali ini pergi cuaca panas melampau. Pukul 4 petang semua dah lembik. Teruk sangat dah rupa masing masing aku pon tak mampu nak amik gamba sendiri walaupon guna camera 360, terlalu seram. Apa pon semua Happy.

Ok nanti sambung Day 3 yer. Hari nak balik dah.

Ok bai.






Friday, March 30

Legoland Dec 2017 - Day 1

Wah ada 1 lagi yang wajib di up kan dalam blog sebelum cerita tuk birthday yang berikutnya.

Exam akhir tahun dah janji dengan ziqrie kalau dapat bagi apa yang mama nak, mama bawak pegi holiday.

Jadi keputusan exam tak delah bagus sangat pon tapi ok mama puas hati, jadi tanya nak pergi mana? Die ajak pergi Legoland lagi, sebab katanya hari tu pergi tak puas main dan ada banyak lagi tempat tak pergi sebab adik demam.

Jadi pergilah sekali lagi tapi kali ini semua sekali pergi.


Pagi jumaat aku mrz mak ayah ziqrie zaffriel bertolak dulu ke Johor dalam pukul 10 pagi cam tu, bob dengan wani datang kemudian lepas kerja.

Ucapan tuk Ayah, Tolong lah beli kereta besar dah tak muat.


Jalan punya lah Jem, tak tau lah pasal ape, mungkin sebab aku pergi dekat nak cuti Xmas, orang dah mula balik kampung kot. Aku bangun tidur, bangun tidur tak jugak sampai sampai.
Perut dah lapar tapi rnr orang punya lah ramai. Jadi mak kata jom kita keluar dari highway masuk kawasan kampung nak cari nasi briyani. Jadi google baca review kata makan sedap jadi kesinilah kita di Batu Pahat.


Ish tertelan telan air liur aku tengok gambar ini.  Masuk dalam kedai penuh semua meja, Nasib baik ada yang dah sudah makan teruslah pergi duduk walau meja masih bersepah dengan pinggan kosong.



Makan tuk semua dengan air RM70. Murah lah kan. Korang boleh lah singgah makan dekat sini memang sedap.


Masuk je kereta si kecik nak tido bergaduhlah dengan ziqrie. Pening oi kepala dah lah bontot sakit sebab sempit + kena pangku zaffriel, kira ko duduk dalam kereta berjam dan ko langsung tak boleh nak bergerak. Aku rasa kalau tulang bontot aku ada mulut mungkin suara tulang bontot aku naik sama dengan suara 2 beradik ini menjerit jerit.










Aku sewa homestay dalam Pulai Spring Resort dekat Airbnb. Aku cakap dengan tuan rumah ini aku aku keluar rumah pukul 10 jadi die agak agak aku sampai JB dalam pukul 3 camtu, Aku iyerkan ajalah kan. Jadi pukul 3 die dah sampai tunggu aku sebab die duduk singapore last last aku sampai pukul 7.30 kooooo, masa aku sampai aku call die dah tertido. ha ha masa die amik aku dekat parking die macam mamai iyerlah tengah tido kan. Tulah sape suruh tido time maghrib kan dah mamai.. ha ha

Rumah ini sewa RM250 semalam, ada banyak homestay dalam airbnb dan semua nya cantik dan murah korang tengoklah dan kalau tak silap tuk 1 booking korang kene bayar Extra RM50 tuk service. Tapi oklah kalau pergi ramai save duit dari nak sewa hotel.

Lepas dah angkut bag naik atas duduk kejap keluar balik pergi makan. Lepas tu terus balik tido penat oi 1 hari dalam kereta. Bob sampai pukul 1 pagi rasanya. Aku denga jer dorang sampai tapi aku buat buat tak denga sebab tengah syok tido.

Sekian tuk Day 1. Nanti Day 2 menyusul yer.





Happy Birthday Emak

Assalammualaikum. Senang wai sekali arung 2 cerita. Ha Ha..
Senang konon padahal aku pemalas nak update.

Banyak jer benda nak kongsi tapi malas cam mana?

Tapi kalau benda yang penting penting cam ini Insyallah akan cuba jugak masukkan dalam blog,
sebab tuk kenang kenangan tuk anak dan hari tu. Gitu.
Sekurangnya nanti anak anak tau cam mana mama dorang sayang kat dorang. Dorang tau macam mana cara dorang membesar dan dibesarkan.

Aku kadang kadang bila ada orang up topik atau tanya apa apa aku lagi senang bukak blog semula cari pasal topik tu atau cari gambar. Tapi tuk topik yang aku selalu update dulu lah. Kalau yang terbaru tuk setahun dua ni yang ado jerlah.

Uiisshh jauh perjalan cerita, nak cerita pasal birthday kot.


Birthday Mak 12 Jan 2018. Makan dekat Restoran Terra Pong Batu 18 Hulu Langat.


Tempat memang cantik Ala Resort. Kira kalau first time datang mesti akan cakap tempat ini cantik.


Dalam kolam penuh ikan. Katanya ada kolam besar tapi tak nampak kat belah mana kolam nya sebab datan malam kan gelap jer. Lampu pon samar samar jer.


Masa baru sampai, kejap jer dah nak masuk 3 bulan berlalu pergi makan ini, Wani pon dah nak bersalin dah awal bulan 5 nanti. Ker cepat akhir bulan 4 dah bersalin kot.


Gambar lauk 1 ini jer ada, aku pon tak tau kenapa aku amik gambar ikan jer. Aku rasa mungkin sebab ikan ini mahal lah.  Padahal ikan siakap biasa ja tapi harga sekilo RM90 siap masak. Mahal melampau. Rasa biasa biasa ja macam korang makan ikan 3 rasa kat kedai kedai lain.
Harga makanan agak mahal kalau Order cam ini, tapi kalau makan biasa cam goreng goreng aku tak pasti pulak harga nya. Jadi ko bayar mahal untuk permandangan.


Kek wani beli kedat kedai hussin, nampak kek corak cam tak selera je tp rasa sedap melampau.
harga pon murah wani kata.


Budak kecik ini, Die ikut abob pergi amik kek, aku datang 1 kereta dengan mak ayah dan datang lambat sikit. Bob die datang dan bawa kek. Jadi mak memang dah tau lah aku tak bawa kek pon masa datang. Jadi kek bob minta tolong orang kedai tu simpan kan siap siap. Jadi dah sudah makan nak potong kek bob lah yang kene pergi amik, budak kecik ini aku lah bob pergi amik cke dari orang kedai, tapi die datang awal beberapa langkah dari ayah bob die pergi ramah tamah cerita dengan opah yang bob datang bawa kek tuk opah. Die ini memang selalu jd punca suprise tak jadi.



Birthday girl nak bergambar


Semua sudut kedai ini memang cantik kalau nak bergambar.


Depan ini ada stage mungkin boleh buat pentas tuk karaoke kalau korang buat apa apa jamuan kot.



Sekian cerita tuk birthday Mak. We all love you.



Popular Posts