Tuesday, December 3

Cuti Cuti Langkawi Day 1 & 2


26 Oct 2019 hari tu sambut annivesary yang ke 11 tahun Alhamdulillah.

Sebab tahun ini Ziqrie tak ada exam memang plan nak pergi bercuti awal sikit nak bawa anak pergi holiday sebelum cuti sekolah bermula. Sebab bila time cuti sekolah kan semuanya jadi mahal dengan orang ramai lagi.

Jadi bila tanya anak nak pergi mana? Ziqrie kata dia tak pernah nak Ferry Penang. Dia ada tengok dalam drama, tapi penang kita orang baru je pergi 2..3 tahun lepas. Jadi berpikir pikir lagi lah mana nak pergi sebab nak ke Pantai Timur memang tak boleh dah mula musim tengkujuh.

Jadinya ada sorang kawan tanya dalam group whatsapp dia offer hotel dekat Langkawi date 1-3Nov 2019. Dia tak dapat pergi sebab ada urusan yang lain. Aku tanyalah dekat dia tapi malangnya aku terlambat ada biras dia dah tanya dulu, tapi sebab biras dia tu kerja hospital jadi kena tunggu dulu sama ada cuti dia approve ke tidak. Lepas dah 2 minggu kawan aku bagi tau cuti biras dia approve.
Oklah bukan rezeki. Masih lagi mencari tempat nak bercuti. 

Punya bincang kita orang pilih nak ke Pulau Pangkor, Mrz kata lama tak pergi Pangkor.

Aku pon mula lah misi mencari hotel, tapi bila dah namanya rezeki tu Allah dah tentukan tu rezeki kau yang punya. Kawan aku tu bagi tau biras dia tak jadi pergi sebab tarikh tu biras dia Operation besar jadi tak boleh ambil cuti. Syukur rezeki anak, terima kasih kawan.

..................................................................................................................................................

1 Nov 2019. Plan nak keluar rumah pukul 3.00 pagi tapi terbabas pukul 4.00 pagi baru keluar rumah. risau jugak lambat sebab kena sampai sebelum pukul 10.00 pagi sebabnya aku dah siap beli tiket tuk ferry, tengok waze anggaran sampai pukul 9.30 pagi. Ok lega.

Sepanjang perjalanan anak anak tidur mana taknya atas highway hujan. Jadi aku dah cakap dengan Mrz bawa slow je tak payah nak kejar ferry kalau terlepas nanti beli yang lain. 
Bahaya  time hujan kalau laju lori besar pon banyak atas highway dengan yang berhenti tepi lagi.


Sampai Penang pon masih hujan lebat masa ini dah pukul 9.00 pagi cam tu, perjalanan jauh lagi hati ini berdebar jugak boleh sampai ke tak ini, mulut je cakap terlepas ferry tak apa tapi berdoa jugak minta boleh sampai sebelum pukul 11.00 pagi.


Pendang kampung adik Ipar.


Alhamdulillah kita orang sampai dekat jeti Kuala Perlis pukul 10.30 pagi. Masuk je area situ ada ramai yang naik motor tanya nak parking ke tak. Parking 3 hari RM30 tuk parking tak ada bumbung. Masa tu parking ada bumbung tak habis. Masa sampai punyalah ramai manusia. Penuh dedat orang dari luar ke dalam. Kaunter tiket semua beratur panjang, nasiblah dah beli online kalau tak mungkin aku dapat ferry yang paling last kot. Kalau sampai lambat mungkin hari esoknya baru dapat naik ferry ke Langkawi. Sebab tu kalau korang rancang nak keluar rumah pukul 3.00 pagi, korang cakaplah suami korang nak keluar pukul 2.00 pagi.



Orang punyalah ramai, dengan yang bawa basikal naik ferry. Ironman Langkawi dah lepas masa aku pergi tu. 

Macam ini lah boarding pass naik ferry sila lah print siap siap. Kalau minta kaunter printkan nanti kena bayar 1 tiket RM1 rasanya. Tiket tuk balik pon aku dah siap beli online.

No seat tu memang siap diberi masa beli online tu tak ada lah cam naik flight boleh pilih nak duduk mana. Jadinya no D116 - D119 menang sederet tapi dua seat kita orang di pisahkan dengan tempat letak bag, terpaksalah 2 sana 2 sini.


Zaffriel ini dia memang nak mama je. 




Masa perjalanan dalam ferry dalam 1 Jam 30 Minit. Sempat lah aku terlelap kejap.





Alhamdulillah dah sampai di bumi Langkawi


Keluar je pintu jetty Langkawi  ada kfc, orang yang aku sewa kereta tu belum sampai lagi, dia kata ada excident jalan jem mungkin lagi 30 minit cam tu baru sampai. Budak ini nampak kfc terus lapar. Pergilah makan kfc dulu. Rupanya dekat 40 minit ke 1 Jam jugak baru orang sewa kereta tu sampai. 


Dapat je kereta terus ke Hotel, Mrz kata mata dia dah barai sangat. Dia nak tidur kejap.


Ini lah hotel yang kawan aku bagi tu The Villa Langkawi.



Bilik asal Duluxe Room tapi aku upgrade to family room.




Bilik best, selesa. Toilet pon cantik yang paling penting bersih.

Budak kan memang pantang tengok swimming pool, tak senang aku nak baring. Jom lah pergi mandi. jomlah mama. 


Lepas mandi pool, aku keluar dari toilet semua dah tidur. Plan asal lepas mandi pool nak kuluar jalan ke pantai cenang. Nak kejut kesian pulak. Pukul 6 baru lah keluar dari hotel.

Terus tuju ke Pantai Cenang, Dalam 3 minit drive dari hotel.




Ish update blog ini, rindu pulak nak pergi jalan. Seronok bila ada rezeki dapat bawa anak pergi jalan cam ini. Part yang rasa luruhnya hati bila zaffriel asyik cakap terima kasih sebab bawa dia pergi jalan.






Pantai cenang seronok meriah, time petang macam ini orang dah mula susun kerusi, susun bean bag kat tepi pantai. Korang boleh sewa tuk buat duduk lepak.




Sini ada juga jaul makanan tapi dari segi menu terhad. Kita orang beli nasi goreng sepinggan dan kongsi. 



Duduk sini sampai matahari terbenam.






Dari pantai cenang terus ke Ayer Hangat sebab nak pergi pasar malam, Mrz ini kalau dekat ampang tak ada pon nak pergi pasar malam ke apa. Tapi dia memang kalau pergi holiday memang suka sangat cari makanan dekat pasar malam. Sebab dia kata lain tempat lain cara orang dan makanan. Bila kita pergi pasar malam baru lah kita tau apa yang biasanya orang tempatan selalu makan. Barulak kita dapat belajar budaya orang.


Macam macam juga makanan yang kita orang beli tapi tak ambil gambar pon, dari segi harga aku rasa tak banyak beza pon dari KL harga makanan lebih kurang sama je.

Makanan yang beli tu semua makan dalam bilik hotel sambil tengok tv.

Settle hari pertama di Langkawi.

..........................................................................................................................................................

Hari Ke 2 di Langkawi, hari ini dah plan nak pusing pusing pulau dengan naik bot. Tapi malam tu  hujan lebat sampai lah ke pagi pukul 9.00 lebih barulah berhenti. 



Pagi tu sarapan dulu, janji dengan agent pukul 10.00 pagi.


Agent tu minta drive sendiri ke Pantai Rekreasi Kastam, Bayaran semua buat dekat sini.




Pakej Mangrove yang aku ambil ini 2 Jam - RM200 / Boat
- Eagle watch
- Kilim Georforest Park
- Crocodile Cave
- Sungai Paya Bakau
- Bat Cave
- Sea Tour
- Fish Farm

Pakej tuk boat ini korang kena cari dan kena tawar manawar, harga lain lain.

Lepas buat bayaran pada agent, dia cakap ikut kereta ini yer kita hantar pergi jeti. Mati mati aku ingat naik dari sini.  Kita orang tak tau mana nak dihala ikut jerlah dari belakang.



Kami di bawa ke sini Jeti Tanjung Rhu. Agent tu kenalkan dengan Abg Bot nama dia Jimmy. Abg Jimmy suruh pergi parking kereta dulu. 


Ini aku tak pasti tapi korang boleh cuba, terus je datang ke sini tanya terus pada tokey boat mungkin harga boleh dapat lebih murah, tambahan lagi musim cuti sekolah. Kalau dengan agent mesti harga jadi double.



Sis is suka permandangan cam ini, jiwa akan jadi tenang dan mendamaikan.



Belakang tu ada kedai minum kedai runcit, abg Jimmy kata kalau bolehlah beli kacang nanti kita singgah tempat monyet boleh bagi makan. Aku pon belikah sepeket kacang. 






Abg Jimmy pergi ambil bot. Kita bergambarlah dulu. Masa ini lebih kurang pukul 10.30 pagi cuaca cerah tapi mendung, risau jugak macam nak hujan lagi.



Sayu pulak hati tengok gambar ini, kejap betul anak besar. 


Kalau pergi mana mana Mrz memang akan ambil gambar je kerja dia. Simpan tuk kenangan
sekurangnya bila kita dah tak ada, ada gambar tuk lepaskan rindu.







Perjalanan di mulakan menyusuri paya bakau. Zaffriel tanya ''Dekat bawah ini ada buaya tak?''


Eagle Watch. Abg jimmy kata bahaya kalau kita tengok terlalu dekat sebab helang ini semua jenis liar. Ok abg saya pon tak nak tengok dekat dekat.

  
Abg Jimmy kata duduklah di depan mari saya ambilkan gambar sama helang, tu ha ada helang seekor je.


Perjalanan di terusakan ke tempat monyet. 



Banyak boat dekat kawasan ini.





Abg jimmy tanya ''Kamu pernah tengok monyer berenang?''


Kan tadi sebelum naik boat abg Jimmy suruh beli kacang. Seronok dia bagi makan kat monyet tapi  nampak tu kepala monyet dah ada dekat sebelah Mrz, abg Jimmy siap cakap ha jaga jaga dia sudah naik ya. 






Aku pon cuak jugak tapi sempat amik video, risau gak tak dapat kacang karang phone aku dia amik. Ha ha


Relax je dia duduk makan habiskan kacang, lepas habis dia turun.

Sebelum tu ada jugak 2 ekor nak masuk jugak dalam boat tapi Mrz campak semua kacang dalam air semua turun. Mungkin boat kami tak ramai orang sebab tu dia berani masuk bawa geng.

Abg Jimmy kata monyet dekat sini hanya makan anak siput, kawasan paya bakau mana ada pokok buah buahan sebab tu bila ada orang bawa makanan kadang kadang monyet ini jadi agresif, kalau aku tau lah cam ini tak nak aku beli kacang biar seumur hidup ko makan anak siput.




Perjalanan di teruskan ke Gua Buaya. Cuak monyet tak hilang lagi dah sebut buaya rupanya bentuk gua tu je macam buaya, abg Jimmy kata dekat langkawai tak ada buaya jangan risau. 



Ni Gunung King Kong. Nampakkan ada iras 


Jap aku rasa sepatutnya king kong ini awal sebelum helang. Ha ha maaf lah gambar ada 8 juta aku pon tak tau mana yang dulu.


Dah besar Ziqrie. 



Ha tulah Gua buaya. Ang Jimmy cakap orang sini panggil buaya sebab mulut gua tu macam buaya tengah nganga. 


Abg Jimmy kata ini awal, kalau lewat air dah pasang tak boleh lalu, kadang kadang pintu buaya ini pon tak nampak, atau pon kalau air dah tinggi masuk nanti bumbung boat tersangkut terus tak boleh keluar. Aku tanya dekat abg Jimmy air pasangkan cepat kadang kita tak persanan pon bila air pasang. Macam mana kalau kita dekat dalam tiba tiba air pasang?

Krik... krik... krikk... abg Jimyy diam seribu bahasa.



Berginilah keadaan dalam gua buaya. 








Next kita ke Gua kelawar






Kami lalu je tak masuk singgah pon aku cakap dekat Mrz tak best apa pon dalam tu.
Mrz tanya mana tau. Aku jawab taulah dah google. Aku takut sebenarnya dan geli. 



Dekat sini boat lagi banyak macam pesti boat












Sini tempat sangkar ikan. Abg Jimmy kata sini dulu terkena sikit tempias tsunami, habis semua ikan terlepas dari sangkar.


Jeti Kilim 


Cantik kan view ini. 


Abg Jimmy kata duduk depan saya ambilakan gambar. Di sini tempat pertemuan air tawar sama air masin. Lepas ambil gambar kena pakai life jacket ya. masuk laut kena pakai untuk keselamatan.

Abg Jimmy kata senang bila ambil private boat boleh berhenti ambil gambar. Sebab kalau berkongsi dengan orang lain dia jarang offer untuk ambilkan gambar, nanti banyak cerita.


 Masa borak abg Jimmy cuba cuba nak bercakap lograt utara, tapi aku tanya abg orang sabah ya??
Dia kata iya, isteri dia orang Langkawi.




Ambil gambar lagi tapi sayang kabur pulak.












Kami singgah di sini tengok ikan. Ada kedai boleh makan dekat sini tapi aku order air saja. 1 gelas air tembikai ais RM10











Ini adalah destinasi yang terakhir tuk Mangrove tour ini. Cukup puas hati dan seronok ini baru betul cuci mata melihat keindahan alam. Rasa dalam banyak kali ke Langkawi ini percutian Langkawi yang paling seronok.


Sampai jeti memang makan time. Anak mak bapak pon semua dah lapar dengan panasnya.


Ini kedai wajib kalau ke Langkawi


Lepas makan terus ke pekan kuah nak cari chocolate sikit untuk di bawa balik. 



Next kita ke Laman Padi, 1st time aku tengok pokok padi in real, 1st time dapat pegang padi yang dah masak. Seronok betul. 

Sayangkan tempat ini cam tak dijaga, dalam ini jugak ada restoran dan masih beroperasi.
















Ha ha tak sempat nak lari.


Cuba lagi sekali.




Ha ha dia tiru patung kat belakang tu.





Zaffriel merajuk kena marah dengan babah dia, sebab berlari dekat kawasan sawah tu kejar ayam tu yang duduk mencangkung bawah pokok kelapa tu.




Korang yang tak pernah tengok pokok padi secara dekat, nak rasa suasana ada dekat tengah tengah sawah padi bolehlah datang sini.





Ziqrie nak makan Laksa, Mrz nak cendol. Kami makan di laksa power bersebelahan dengan Airport



Aku ingat lepas makan cendol ini nak balik hotel, dah penat  oi badan aku, rupanya Mrz singgah dataran helang. Aku malas betul nak turun sebab dah pernah datang sini.




Bila jalan pandang kat helang tu, uih jauh betul kena jalan, sis seret kaki.

















Ada pulak mata kat belakang tu.


Amik lagi sekali



Balik dari sini aku ingat dia nak terus balik hotel, masa ini dah nk maghrib dah dia boleh nak singgah 1 lagi pasar malam dekat pekan kuah, Aku ada baca pasar malam dekat pekan kuah  kiranya paling besar kat Langkawi ini. Pasar malam ini setiap Rabu dan Sabtu.

Kalau guna waze korang cari Baron Hotel kuah, pasar malam tu berdepan je dengan hotel ini sebelah dengan jambatan, tapi hari tu nasib aku baik parking penuh dapat parking tapi kena jalan jauh kemain. Jadi tak pergi lah pasar malam tu. Kaki aku dah macam nak tercabut.



Balik hotel relax kejap, keluar balik pergi makan dan dobi.
Basuh semua baju kotor esok dah nak balik dan plan nak singgah ke Pulau Pinang





Sebab 1 hari berjalan kaki dan badan pon minta di urut. Kerusi urut ini memang ada dekat lobby hotel tu.



Masuk je bilik terus tidur penat + mengantuk dah tak boleh bincang dah :)

Sekian cerita tuk 2 hari. insyallah next entry sambung hari ke 3 dan 4 yer.





















































No comments:

Popular Posts