Bahan-bahan :
500gm Tepung roti
100gm gula halus
11gm instant yeast
2 biji telur
200 ml air
100gm butter / magerine
secubit garam
3 sudu susu tepung
Cara membuatnya :
1. Bancuh yis dengan air suam
2. Ayak tepung dan campurkan dengan yis garam telur dan gaul rata
3. Masukan butter dan kacau sehingga sebati
4. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada mangkuk
5. Rehatkan doh 20-30 minit sehingga kembang
Sebelum
Selepas
6. Kempiskan doh (tumbuk -tumbuk, tampa-tampa kalau perlu korang karate... untuk keluarkan angin) canai dan terap bentuk donut (aku beli acuan doh dekat kedai kek, senang)
7. Rehatkan doh lagi 20 minit
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. angkat dan tos kan. Biar sejuk
9. Salutkan donut dengan gula.
Senang jer kan. buat lah compem anak-anak suka, ziqrie puji aku melambung tinggi setiap kali makan dok ulang sedap mama, pandai mama buat donut, aku pon ape lagi rasa macam nak buat donut tak nak berhenti hahhaa tu aku tipu.. Dapur aku penuh dengan tepung, belum niaga lagi tu, aku rasa kalau aku niaga mungkin muka aku pon penuh tepung silap-silap laki tak kenal aku...
haha.. Bye!
2 comments:
sedapnya donut homemade
Razfira : puas hati dapat makan, sedap makan masa panas2..
Post a Comment