sebelum cerita pasal 1st day ziqrie ke sekolah nak kongsi sikit bayaran yuran persekolah untuk tahun 2015.
Student Registration - RM1200.00
Payment 1st semester - RM1600.00
Payment untuk uniform dan buku - RM483.50
Student Registration RM1200.00
1st semester RM1600.00
2nd semester RM1600.00
Uniform dan buku RM483.50
TOTAL RM 4883.50
Lepas dah try baju dan bayar segala yuran, Jangan ingat aku listdown kan harga nie semua cakap aku poyo tau, saja nak share jer, sebab aku pon masa mencari sekolah tuk ziqrie hari tu benda yang paling aku nak tengok berapa yuran tahunan yang kena bayar..
Jadi bermula lah cerita ziqrie ke sekolah, aku memang siap-siap amik cuti nak hantar anak pergi sekolah.
Anak yang nak sekolah aku yang berdebar, aku yang excited nak buat persiapan untuk anak, nak berikan yang terbaik untuk anak..memang semua mak cam aku eh?
Bag sekolah ziqrie Avengers Assemble, die yang pilih sendiri aku layan kan aje, janji anak happy..
Adik dah try abang punya kupiyah..
Kasut sekolah abang pon adik yang rasmikan dulu..
Muka senyum paksa bila mama nak amik gamba, masa aku kejut ziqrie bangun, die cakap tak nak pergi school hari ini, boleh tak pergi esok?
Masa sampai orang memang dah ramai.. macam-macam perangai ada yang berlari yang menangis pon ramai. Aku risau gak sebenarnya dengan ziqrie takut jugak kalau die menangis.
Bila masuk jer cikgu tanya nama terus dapat tag, Lupa pulak nak amik gamba tag tu.. Ada nama dengan kelas. Ziqrie kelas 5 Al-Buruj aku siap google nak tau buruj tu ape, Al-Buruj tu nama suruh :)
Kelas dekat sini dibahagikan ikut umur, untuk umur 5 tahun macam ziqrie ada 3 kelas.
Syukur alhamdulillah anak mama good boy, pandai berkawan. ok ziqrie kata mama boleh balik.
Pukul 12 semua dah keluar dari kelas, aku tunggu mana ziqrie ini, tak nampak hati dah berdebar-debar dah ini, rupanye elok jer die dalam kelas sebelah sibuk main cehhh....
Kupiyah ziqrie selepas 4 jam, teruk sangat dah rupa anak aku ini..hahaaa
Bila aku ajak balik, ziqrie kata tak nak balik nak main...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ke 2 sekolah, bangun pagi senang, muka ada senyum..
Tuk hari ke 2 ni aku saja biarkan die sendiri, perhati dari jauh nak tengok boleh tak ziqrie berdikari.. Alhamdulillah teacher-teacher dekat sini semuanya baik-baik.
Bila perhatikan ziqrie dari jauh sayu benar rasa hati ini, Cepat betul masa berlalu, rasa macam tak puas lagi manjakan ziqrie, dah besar anak mama ...hhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Cikgu kelas ziqie, teacher Nabila
Aku perhatikan dari jauh nak tengok ziqrie ingat tak kelas die yang mana 1..
Lepas 5 minit cam tu aku naik ke kelas ziqrie, bzy tengah main dengan kawan-kawan...
Belajar pandai-pandai yer ziqrie. Moga ziqrie menjadi anak yang baik, anak yang taat untuk mama dan babah, anak yang berjasa untuk agama dan negara. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ziqrie, mama dan babah dah cuba untuk berikan yang terbaik untuk ziqrie, Ziqrie anak mama, Insyallah doa mama akan sentiasa mengiringi setiap langkah ziqrie..
Love u so much abg ziqrie...
2 comments:
Comel!Blaja rerajin!
Tq Razfira.
Post a Comment