Friday, February 19

Jakarta - Bogor Day 3


Tiap-tiap hari sarapan dekat hotel ini lah makanan wajib aku, mesti amik rasa macam sedap sangat crossant, wan siti panggil ini roti ketam.


Turun sarapan pukul 8pagi aku jugak yang paling lambat turun, aku rasa aku bangun dah cukup awal dah, susah ok nak kejut 2 orang hero.


Dah bangun, bukak baju boleh sambung tido balik, hotel ini punya lah sejuk, sepanjang dekat sini kita orang off jer aircond dalam bilik, terlalu sejuk.



Ok sambung cerita break first, sebenarnya plan pagi ini nak ke tanah abang, tapi mak tukar plan nak ker bogor, mak borak dengan pekarja hotel, orang tu kata dekat area bogor ada banyak factory outlet (FO) macam dekat bandung. Dari jakarta ke bogor boleh naik tren, dan orang tu kata FO dekat bogor turun jer tren semua dekat area-area situ jer, dan orang tu kata lagi dari jakarta ke bogor lebih kurang 45 minit naik tren. dan orang tu kata lagi dari hotel ke tren jalan kaki dalam 5 minit.. orang tu kata lagi bogor sejuk, aku pon naik bilik tukar baju lengan panjang untuk anak sebab takut sejuk.. haha
pengembaraan bermula......


Ok dah tukar baju lengan panjang. takut sejuk masa dekat bogor, aku bayangkan sejuk macam dekat genting highland.



Dekat luar hotel tu banyak jer teksi, tapi sebab orang tu kata 5 minit jer jalan kaki, Jadi baik jalan jer kan, dekat jer jalan kaki 5 minit. walau pon sebenarnya tak tau dekat mana station tren nya, main tanya-tanya orang jer.


Boleh tahan susah jugak berjalan area sini, jalan sempit kereta dan motor banyak. lepastu keadaan jalan tak berapa nak ok.


Dah berjalan lebih dari 10 minit, sambil jalan sambil tanya dekat orang, jalan nak menuju ker station, 
bila tanya jauh lagi ker station, jawabnya ''agak lumayan ibu'' 


Masa jalan tu tengok orang ramai betul, ingatkan ada accident, orang kampung semua keluar ini, rupanya potong pokok jer.. hahaa oklah kan sekurangnya boleh tersenyum jugak lah jalan cari station tak nampak-nampak lagi dah dekat 20 minit berjalan. Ziqrie dah bising air longkang dah penuh dalam crocs dia.



Selepas berjalan 25-30 minit akhirnya jumpa jugak dengan station Commuter Jabodetabek Jayakarta :)



Tengah beli ticket, tangan aku cam tu tengah kira berapa orang kot.


Kanak-kanak lebih dari 90cm kene bayar tambang


Sepatutnya zaffriel free tapi aku dah terbeli dan aku tak pulangkan balik kad dia, aku simpan tuk buat kenangan.



Harga aku tak ingat tapi rasanya bawah RM50 tuk 7 dewasa 2 kanak-kanak


Kartu nya.


U amik gamba i, i amik gamba u


Tak pastilah nak save electric ke apa, escalator boleh pulak dia tutup, merangkak naik tangga. Sila lah seret kaki, masa ini sampai dekat station ini lebih kurang jam 10pagi.


Sepanjang ke jakarta ini aku amik gamba sikit-sikit jer, credit to semua orang, aku kutip jer gamba dr memori orang.. ha ha


Si gendut ziqrie ini memang pantang tengok aku nak bergamba, laju jer dia datang. Tak boleh lah mak ko nak berangan jd model station keteapi eh.


Dekat indonesia ini, tren dorang panggil kereta, kereta (yang kita naik atas jalan raya)  dorang panggil mobil.


Opah tunjuk apa tu, kedepan sangat dah muncung tu.


Ayah amik video tren dah sampai. Sebenarnya masa ini aku dan yang lain percaya sangatlah cakap pekerja hotel tu, nak pergi ke bogor hanya 45 minit.



Bila naik jer tren penuh, cuma mak dengan wan jer yang dapat tempat duduk. 



Adik dengan babah jack


Atok dengan ziqrie


Wani dengan bob

Masa ini ok lagi berdiri, lagi pon pikir dekat kan, Alah 45 minit jer berdiri.


Tapi bila tengok jer ni, telan air liur jap. 24 station ok. Aku tanya dekat orang, budak tu kata mungkin dalam 1 jam 45 minit tuk sampai.. 


National monument Tugu Monas de medan merdeka, di dirikan semperna kemerdekaan Indonesia dan yang atas tu disalut dengan emas, tengok dari jauh jer tak pergi pon area ini, takut kena bom.


Ha ha time ini semua dah makin resah gelisah tempat yang nak dituju tak jugak nampak.


Bob siap bersila atas lantai. Lupa pulak nak amik gamba.


Mak bangun tukar tempat pulak dengan wani, mana tahan dah 1 jam berdiri.


Zaffriel pulak bila nak tido nak mama dokong, tak ada sapa pon bagi duduk walaupon sebelah kerusi aku berdiri tu dah terang-terang ada gamba mak dokong anak, pompuan mengandung dengan orang tua. Lepas tu nasib baik ada orang turun, terus aku duduk.


Zaffriel dah macam-macam position tidur tak jugak sampai-sampai.


Dari tidur lena sampai dah bangun siap mengeliat tak jugak sampai sampai..

 
Station Bogor.


Akhirnya selepas 2 jam sampai jugak ke tempat yang dituju, sampai lambat sikit dari biasa, sebab setiap station berhenti dekat 10 minit, tak taulah kenapa berhenti lama sangat.



Cuaca di bogor tak sejuk yang dikatakan, biasa aja.


Bincang nak makan apa, semua dah lembik duduk dalam tren 2 jam, semua dah lapar, nampak tu jari mak tunjuk ''tu ada kfc'' ha ha senang cerita makan kfc aja lah nak cari kedai pon tak tau dekat mana.


Gamba dari atas jejantas, jalan super jem.


Gambar lepas sudah makan, gambar tengah makan langsung tak ada, semua cameraman lapar sangat agak nya.


Kalau ikut kata staff yang dekat hotel turun jer tren keliling situ semua FO kan, waaaa dia tipu, yang susahnya dekat sini bila tanya semua tak tau FO tu apa. 


Ada yang cakap kena naik angkutan kota atau teksi kalau nak pergi sana.


Untuk ke kawasan FO kena naik mangkutan kota No 2. Yes best gila naik nie, aku memang teringin nak naik dari awal datang sini tapi ayah tak nak, . Kali ini ayah tak ada pilihan kena naik jugak nak tunggu teksi tak tau bila boleh dapat jalan jem teruk.


Haha semua perngalaman pertama naik angkutan kota.


Seronok zaffriel.


Sayang ayah. Nanti bawak pergi jalan lagi yer.


Yok pak jalan ke botani square, kita orang pon tak tau tempat ini bertul ker tak, tu hasil dari tanya dekat orang. tambang tuk semua orang 20ribu rupi 


Bob kata boleh tahan jugak duduk tepi van yang tak de pintu, angin kuat.


Dah sampai dekat Botani Square, masuk dalam tanya dekat pak guard dia kata situ bukan FO, tu cuma mall biasa, kalau nak ke FO kene jalan lagi keatas, dah lah masa tu hujan rintik-rintik, jadi kita orang decide nak jalan, tapi berapa lama kena jalan tu tak pasti.


Masa ini oklah nak jalan tak tau sebenarnya kena berjalan dekat 5km


Kena jalan 1 hal tempat nak jalan pon tak berapa nak selesa


Kawasan ini banyak orang jual pokok bunga. Bunga segar pon banyak.



Ok wan dah bersandar dekat tembok memang penat ok. Mrz sampai suruh zaffriel jalan sebab dah tak larat sangat nak dukung, tulah tak nak bawak stroller lagi.


Pekan Bogor


Dapat naik ini mesti best.



Hujan jalan lecak.


Akhirnya berhenti duduk dekat sini


Memang penat sangat, dalam ini mungkin taman buaga raya. Masa ini kalau ko bagi taman sakura pon aku tak nak masuk.


Mrz suruh aku pergi panjat tangga nak amik gamba, memang aku tak nak lah.



Bila dah berjalan jauh tu ha..Bukan FO tapi shooping mall biasa-biasa, Luluh rasa hati.

Last-last mak deal dengan sorang supir bayar 200 ribu die bawak jer nak kemana nak pergi.


Bob asal naik jer suruh bukak lagu dangdut.




Dia bawak masuk jalan dalam pasar



Ha ha aku seronok aje. Naik angkutan kota seronok lain macam. 





Ini antara FO yang sempat kita orang singgah, mungkin ada banyak lagi sebenarnya tapi jalan terlalu jem. Nak pusing-pusing balik susah.

Kaki pon dah penat nanti pikir nak hadap lagi 2 jam naik tren, decide balik jerlah, masa ini lebih kurang pukul 5petang orang pon dah ramai nak balik dari kerja.


Otw nak balik tu lalu depan kawasan ini, banyak betul rusa. tanya dekat supir tu tempat apa ini?

''Ini istana bogor, kediaman pak menteri, bisa lagi berehenti jika mau, bisa bagi rusanya makan''




Dekat tepi ini ramai orang jula sayur-sayur tuk bagi makan dekat rusa.


Suka gamba ini, dapat pulak shot carrot terjatuh.


Carrot dia halus jer, tangan ziqrie lagi besar.


Ziqrie tak turun dia memang tak berkenan sangat, kalau yang melibatkan binatang, patung..


Tengok dari dalam angkutan kota je.



Yang ini pulak langsung tak takut, ada video dia siap nak cium rusa tu. menjerit wani..


Sorry no more veggies lah mr dear.


Sebelum naik tren nak balik semula ke jakarta


Dilarang merokok, cium orang tak per kan :)

Balik ini alhamdulillah tren penuh tapi semua dapat duduk, cuma bila sampai 3 or 4 station tren dah penuh ada makcik naik tak ada tempat duduk, ayah bangun kasi tempat dekat makcik tu. Ayah berdiri sampai lah jakarta. bila offer seat ayah tak nak, ayah kata ''tak per duduk lah ayah ok'' baik kan..
Jadi pergi dan balik ayah berdiri.

Sampai jer jakarta ayah tanya nak makan apa untuk dinner, semua tak nak, semua nak makan maggie jer.. hahaa


Mi ABC, Sedap


Ini jer dinner kita orang, semua dah tak larat nak keluar,semua sakit kaki.


Ha... siap jugak entry hari ke 3. Good night..


























2 comments:

Nieda Ramly said...

dah dekat safari bogor tu...

Izzan Yong Rosdin said...

Nieda ramly - Alah rugi nya tak tau pon pasal safari tu, tulah pergi tak plan pon nak bogor jd tak survey pon ada dekat bogor. rasa rugi sangat :(

Popular Posts