Thursday, September 13

Holiday ke Kuala Terengganu 2018

Alhamdulillah kami baru balik bercuti ke Kuala Terengganu (KT) 25 - 27 Aug yang lepas. Percutian 3 hari 2 malam yang gumbira tuk sekeluarga, plan seminggu sebelum pergi. Hari tu ada masuk pertandingan nyayi dekat office, sebelum tu ziqrie ada cakap mama jom kita pergi tidur dekat hotel. Cakap kat ziqri ''abg doakan mama menang nyayi nanti duit tu mama bawak abg holiday kat hotel ya''. Nak jadi rezeki menang dapat cash 1K. Jadi bila bincang dengan Mrz nak bawa anak pergi holiday kami pilih ke belah pantai timur, rasa lama dah tak ke belah pantai timur.

Kami bertolak jam 5.30 pagi dari Ampang guna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Pengalaman baru walaupon ikut highway tapi masa ini tak banyak kereta lepas ja dari genting sempah jalan dah mula sunyi lampu jalam pon tak ada. Memang harapkan lampu kereta ja lah. Masa perjalanan tu hanya ada kereta aku dengan sebiji kereta lagi tapi kereta tu keluar ke simpang Karak, dalam hati asyik cakap uish gelap nya, gelapnya. Berdaya cakap dalam hati jelah. karang cakap kat mulut risau nampak pulak yang tak sepatutnya. Jadi diam lebih baik. Shhhuuiitt....


Akhirnya matahari keluar lebih kurang jam 6.45pagi masa ini dah sampai Temerloh. Anak anak dah bangun masa ini semua cakap lapar. Minta anak tahan sikit sebab nak cari sarapan dekat kuantan, tak nak makan dekat RnR sebab selalunya makan mesti tak sedap.


Anak baru bangun tidur hantar gambar dekat opah

Keluar je dari Tol kuantan lebih kurang jam 8pagi ada nampak kedai makan jadi singgah makan kejap, Mula mula ingat nak ikut jalan biasa ke Terengganu tapi bila tengok balik kalau ikut jalan biasa ambil masa 3 jam lebih tuk samapi Kuala Terengganu macam buang masa pulak jadi patah balik masuk semula highway.


Sampai di Kuala Terengganu jam 10.15pagi cam tu. Masa ini ingat nak ke Pasar Payang dulu nak tunggu chalet pon lambat lagi nak check in tapi jalan nak masuk ke kawasan pasar pon tak bergerak. Terus call chalet, dorang cakap boleh jer kalau nak masuk bilik sekarang.

Sebelum tu minta mrz singgah Pantai Batu Buruk dulu nak tempat yang viral orang main buai tepi pantai. Dekat Terengganu dekat mana mana pantai banyak buai yang macam ini.


Subahanallah cantik nya air laut membiru, walaupon masa ini panas gila, matahari betul betul atas kepala kena jugak turun bergambar.


Memang betul betul cantik, ini warna air sebenar ya bukan photo edit. 


Minta tolong anak ambilkan gambar walaupon panas mama gagah nak. Minggu sebelum tu ada jugak tengok gamba member datang bercuti ke sini tapi air tak secantik dan sebiru ini, mungkin ini rezeki kita orang lah. 


I tengok u, u tengok i. Ha ha


Budak dua orang ini bising sebab pasir penuh dalam sliper. Tak pantai lah kalau tak kena pasir kan. 


Peace tapi pandang bawah, memang panas betul pon masa ini.

Lepas puas bergamba bawah terik matahari ini, anak dah bising ajak masuk hotel, masuk hotel. 
Memang jauh sikit chalet ini ke town sebab nak balik yang ada sea view darive lebih kurang 20 minit.


Aku booking bilik di Anjung Pantai Seberang, di Seberang Takir. Agak pelik sikit time booking ini. 
Aku booking dengan Agoda bila pilih date semua date tu penuh. Jadi aku call chalet ini tanya pasal bilik dia cakap bilik masih ada kosong kalau booking terus dengan dia. Aku tanya harga dia cakap RM220 1 malam, tak nak lah aku sebab booking dengan agoda 1 malam RM190. Jadi dia cakap oklah saya open system dekat agoda akak terus booking yer.

Aku pon teruslah booking tuk 2 malam, dan dah bayangkan chalet tu ramai orang lah nanti. 
Bila sampai chalet sebiji kereta pon tak ada, lengang ja, aku cakap kat mrz, dia cakap mungkin sebab kita masuk awal kot, orang belum sampai lagi. Oklah. Kita orang parking betul jalan nak ke bilik, Mrz cakap kalau kita keluar nanti rasa rasa ada tak orang amik parking kita ini, sebab bilik penuh kan. Aku pon beriaya ah kan bilik penuh.


Laju laju buai ku laju... 
Tempat ini lanskap laman, jenis bilik memang cantik, yang belakang aku tu tengah buat tak siap lagi sepenuhnya.


Nak bilik depan laut, memang lah depan laut tapi lautnya nun di sinun, ha ha padan muka aku.
dalam gamba macam dekat sangat dengan pantai




Ini gambar dekat agoda, aku ingat jalan sikit ja sampai pantai rupanya siap ada jalan raya oooiii depan tu. Mula mula sampai aku tanya dekat staff situ ada jalan ke nak ke pantai. Dia jawab akak keluar naik keretalah sebab nak jalan jauh. Telan air liur aku.

Sudahnya memang kita orang ja yang duduk dekat chalet ini sepanjang 3 hari 2 malam tu, Aku tak tau mana yang penuh sangat masa booking agoda tu. Memang kosong, langsung tak ada orang, tak ada kereta lain selain kereta aku. Bila tanya budak kerja tu dia cakap ada staff sampai pukul 12 malam ja tapi kalau malam ada guard, sepanjang 2 malam tu aku balik lewat aku tak nampak pulak ada guard yang berjaga dekat pintu masuk, tak taulah kalau guard sama dapat bilik tidur atas tilam macam aku jugak.


Chalet ini kononnya kata ada swimming pool, tapi tak lalu nak pergi mandi. Pool dia buat dari canves nak cite pon sedih air macam air lombong. Jangan kata mandi celup jari pon belum tentu mampu buat. Aku tak suggest sangat kalau nak bermalam dekat sini. Selama 3 hari aku duduk tu tak kemas katil tak apa aku boleh terima tapi sampah pon langsung tak di angkat buang dari bilik, dekat luar bilik di sediakan tong sampah mungkin tuk kita angkat buang sendiri sampah dari dalam bilik tapi tong sampah kat luar bilik pon penuh tak pasti sampah dari bila. Service teruk tapi staff agak peramah. Toilet pon tak berapa nak bersih. Aku ini kan bila dah terbayang bilik banyak tapi tak ada orang hati aku dah teak berapa syok, kepala otak ini dah pikir benda yang tak best. Risau perompak lah, hantu lah, mandi basuh muka pon aku kalau boleh nak celik mata risau celik mata ada yang memerhati. Ish seriau. Aku bagi 4.5/10 tuk Anjung Pantai Seberang.

Ok habis cerita pasal bilik. 



Keluar bila hari dah petang, lunch pon tapau je makan dekat bilik. Anak anak lepas mandi terus tertidur, dengan aku pon sama tidur. Bangun dah pukul 4 petang siap siap keluar terus tuju ke Taman Tamadun Islam. Ingat nak jugak masuk ke taman Tamadun tu tapi dah pukul 5 petang Taman Tamadun tu tutup pukul 6 petang memang tak sempat lah.


Bersebelahan dengan Taman Tamadun tu ada tempat makan, tapi kami order minum dengan makan keropok lekor ja. 


Seronok ok makan keropok dengan view macam ini.





Si kecik ini tak boleh langsung dekat dengan babah dia bergaduh ja. 


Anak bertuah minta tolong dia amik kan gambar dia amik gamba dia. Pang kang.


Uish rasa cam pasangan 2 sejoli sangat ini. Alhamdulillah dah 10 tahun melayari alam rumah tangga, walaupon bermacam hujan ribut panas terik kita going with the flow.


Dua orang hero zaffiel kata ''kesian mama sorang je girl'' doa doa lah adik mama ada anak girl pulak lepas ini.


Sebelum balik singgah sini amik gambar dekat entrence je lah, Cuti kali ini aku memang dah cakap dengan mrz kita nak jalan makan tidur laut. Aku tak nak stress kan kepala dengan shopping muzium melawat tempat sejarah tu semua tak nak. Datang sini cuma nak lepak lepak tak nak terkejar kejar.


Jadi bila tak dapat masuk ke sini ok ja lah sebab memang tak ada dalam plan tuk ke tempat macam ini.


KT ini malam mungkin tak banyak sangat aktiviti yang menarik, pusing pusing bandar KT terjumpa dengan pasaraya Mydin dan Giant di jalan Sultan Muhamad. Jadi aku mintak mrz singgah mydin kononya nak beli roti nak bawak balik ke bilik alasan risau anak lapar tengah malam. Nasib dalam mydin tu ada bakery. Sebenarnya aku nak beli kek je sepotong nak tiup lilin pukul 12 malam tu sebab 26 Aug birtday mrz.


Jadi bila dah tak tau nak kemana kami decide pergi makan jelah di Bukit Panorama. Masa nak naik ke atas tu jalan memang agak gelap sampai aku cakap dengan mrz kita salah jalan ini. Tapi mrz kata waze bawak jalan ini, sepanjang kami dia KT memang hanya bergantung pada waze kadang kadang bengong jugak.


Harga makanan tak mahal sangat lebih kurang harga KL. Aku amik nasi goreng Kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pataya harga sepinggan RM7++. Total makan termasuk air dalam RM30++

Tapi makan dekat sini order dapat lambat tapi sebab kami pon memang nak duduk saja saja lambat pon ok tapi meja sebelah punya lambat sampai air habis makanan tak sampai sampai.


Habis makan balik bilik cake dah tak rupa kek dah, sebab ziqrie buat tutup kepala hujan rebas.




Kek ini tak tiup pon pukul 12 malam seperti yang aku impikan. Time balik anak dah kena rebas hujan aku suruh mandi, lepas tu aku pulak yang mandi keluar dari bilik air aku semua dah tidur. Sudahnya esok pagi tu baru tiup lilin. Oklah janji masih hari yang sama.

Sekian tuk hari yang pertama.

Love,
Izzan





No comments:

Popular Posts