Tuesday, February 26

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Hari tu masa pergi Maps Ipoh duduk hotel yang tak ada pool. Anak anak siap bawak pelampung dari rumah. Seronok duduk hotel nak mandi pool. Sampai jer hotel asyik ajak suruh bawa pergi pool aku cakap tunggu petang baru pergi sebabnya aku ngantuk nak tidur kejap ha ha. Masa pergi tu kan mak ikut sekali jadi suruh lah cucu dia tukar seluar mandi konon nya lepas solat asar nak bawa pergi mandi pool. Settle opah solat ziqrie tanya aku pool tingkat berapa?

Aku jawab entah, cuba abg call operator tanya.

Ziqrie kata : Mama orang tu cakap kat hotel ini tak ada pool :(

Ha ha aku tak tau nak ketawa ke sedih tapi aku ketawa dulu. ha ha

Jadi sebab kesian kat anak, aku cakap kt mr zack jom lah kita bawa anak pergi mandi pool + hadiah birthday dia. Kesian hari tu beriya tapi pool tak ada. Mula mula aku ingat nak pergi cyberview je dekat dan jimat lagi pon nak pergi sehari je. Mrz kata jom lah pergi PD malam sabtu kita boleh pergi jalan jalan pasar malam (tipu ni ayat aku). Macam kt ampang ini tak ada pasar malam kan. Dia cakap suasana tu lain kat sana ada pantai (aku tipu lagi).

Jadi mencarilah tempat yang best dan agak kena dengan budget.


Keluar rumah pukul 10 pagi pergi sarapan dulu pergi basuh kereta dulu, slow slow drive ke PD sampai hotel pukul 1, dah boleh masuk dah tapi keluar balik bawa anak pergi makan dulu. Bukan anak je mak pak pon lapa sama.



Makan ayam bakar kat kedai Cowboy, dulu pernah sekali makan dekat sini, jadi ingat nak makan sekali lagi tapi adoi dah tak sedaplah. kedai tak berapa nak bersih. Patutlah kosong je tak ada orang, kalau dulu beratur panjang. Aku sejak dari operation cyst dulu memang dah tak makan ayam bila makan dekat sini lagi lah kembang tekak aku. Zaffiel kata bukan ayam bakar tapi ayam rentung. Memang hitam sungguh ayam dia, isi pon dah jadi keras.

Habis makan aku ingat nak terus ke hotel rupanya tadi masa nak datang makan ada orang perasan ada kedai jual cendol.


Panas nak cendol. yang biasa mrz punya yang durian zaffriel punya. 


Yang dekat tengah tengah tu main lobby, rasa ada ambil gambar hari tu mana pulak entah hilangnya.
View dari masuk pintu lobby tu memang cantik, tak ada aircond dia bukak semua tingkap senang angin laut je, tu pon dah cukup cakap wah cantiknya.


Bilik memang luas ada 1 king bed + 1 sofa bed kalau anak ramai bawa toto bentang boleh golek golek.


Bilik pon bersih je. 


Toilet pon luas.


Ada jugak berus gigi 2 batang



Hotel ada jugak sediakna kopi tea



Tapi aku bawa sendiri lagi puas hati. Aku angkut bekas dan cawan dari rumah. Risau lepas tengok viral pekerja hotel cuci cawan dengan berus jamban. Owh span dengan sabun basuh pinggan pon ak bawa. Senang malam plan nak tapau makan dari pasar malam. Pinggan aku bawa yang pakai buang je.







Pool pon besar seronok anak anak mandi. Anak siap cakap esok nak mandi lagi.


Air jernih anak ikan banyak, tapi asyik lupa nak beli roti tuk ikan.





View pon cantik damai je rasa. korang tengok rumah kt tengah tu mesti bangun pagi bestkan bangun view cantik.

Berendam sampai 6.30 rasanya pastu hujan sampai pukul 9 malam anak dah bising lapar. Sebelum pergi hotel aku ada singgah dakt pekan beli jajan kalau anak lapar tengah malam rupanya tak sempat tengah malam dah habis.


Hujan dah berhenti start kereta nak pergi pasar malam, rupanya dekat pasar malam tu masih hujan rintik rintik. Leceh berpayung nak jalan dekat pasar malam. beli apa yang sempat je tapau makan dekat hotel. Lepas makan baring baring tengok tv. ish nikmatnya dunia..

Esok pagi bangun sarapan sebab booking hotel tu sarapan tuk 2 orang aja tambah lah sarapan tuk anak RM17 seorang tapi zaffriel orang hotel tu tak kira dia kata kecik. Alhamdulillah




Lepas sarapan anak mandi lagi. Aku rasa ini pertama kali aku macam ok jer teman anak mandi pool kalau tak tiap 10 minit aku ajak naik. Mungkin sebab view cantik, angin laut. Tiap 10 minit kapal terbang lalu atas kepala.






Minta keluar lambat sikit hotel kasi sampai pukul 1. Sebelum balik bergambar lagi, ada rezeki nanti boleh datang sini lagi. tempat bersih cantik, air laut pon jernih tapi tak boleh mandi lah.

Sebelum balik ke KL singgah teluk kemang dulu anak nak naik kuda.

















Sekian sahaja percutian kita ke Avillion Admiral Cove Port Dickson


Love,
Izzan








No comments:

Popular Posts