Thursday, September 13

Holiday ke Kuala Terengganu 2018

Alhamdulillah kami baru balik bercuti ke Kuala Terengganu (KT) 25 - 27 Aug yang lepas. Percutian 3 hari 2 malam yang gumbira tuk sekeluarga, plan seminggu sebelum pergi. Hari tu ada masuk pertandingan nyayi dekat office, sebelum tu ziqrie ada cakap mama jom kita pergi tidur dekat hotel. Cakap kat ziqri ''abg doakan mama menang nyayi nanti duit tu mama bawak abg holiday kat hotel ya''. Nak jadi rezeki menang dapat cash 1K. Jadi bila bincang dengan Mrz nak bawa anak pergi holiday kami pilih ke belah pantai timur, rasa lama dah tak ke belah pantai timur.

Kami bertolak jam 5.30 pagi dari Ampang guna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Pengalaman baru walaupon ikut highway tapi masa ini tak banyak kereta lepas ja dari genting sempah jalan dah mula sunyi lampu jalam pon tak ada. Memang harapkan lampu kereta ja lah. Masa perjalanan tu hanya ada kereta aku dengan sebiji kereta lagi tapi kereta tu keluar ke simpang Karak, dalam hati asyik cakap uish gelap nya, gelapnya. Berdaya cakap dalam hati jelah. karang cakap kat mulut risau nampak pulak yang tak sepatutnya. Jadi diam lebih baik. Shhhuuiitt....


Akhirnya matahari keluar lebih kurang jam 6.45pagi masa ini dah sampai Temerloh. Anak anak dah bangun masa ini semua cakap lapar. Minta anak tahan sikit sebab nak cari sarapan dekat kuantan, tak nak makan dekat RnR sebab selalunya makan mesti tak sedap.


Anak baru bangun tidur hantar gambar dekat opah

Keluar je dari Tol kuantan lebih kurang jam 8pagi ada nampak kedai makan jadi singgah makan kejap, Mula mula ingat nak ikut jalan biasa ke Terengganu tapi bila tengok balik kalau ikut jalan biasa ambil masa 3 jam lebih tuk samapi Kuala Terengganu macam buang masa pulak jadi patah balik masuk semula highway.


Sampai di Kuala Terengganu jam 10.15pagi cam tu. Masa ini ingat nak ke Pasar Payang dulu nak tunggu chalet pon lambat lagi nak check in tapi jalan nak masuk ke kawasan pasar pon tak bergerak. Terus call chalet, dorang cakap boleh jer kalau nak masuk bilik sekarang.

Sebelum tu minta mrz singgah Pantai Batu Buruk dulu nak tempat yang viral orang main buai tepi pantai. Dekat Terengganu dekat mana mana pantai banyak buai yang macam ini.


Subahanallah cantik nya air laut membiru, walaupon masa ini panas gila, matahari betul betul atas kepala kena jugak turun bergambar.


Memang betul betul cantik, ini warna air sebenar ya bukan photo edit. 


Minta tolong anak ambilkan gambar walaupon panas mama gagah nak. Minggu sebelum tu ada jugak tengok gamba member datang bercuti ke sini tapi air tak secantik dan sebiru ini, mungkin ini rezeki kita orang lah. 


I tengok u, u tengok i. Ha ha


Budak dua orang ini bising sebab pasir penuh dalam sliper. Tak pantai lah kalau tak kena pasir kan. 


Peace tapi pandang bawah, memang panas betul pon masa ini.

Lepas puas bergamba bawah terik matahari ini, anak dah bising ajak masuk hotel, masuk hotel. 
Memang jauh sikit chalet ini ke town sebab nak balik yang ada sea view darive lebih kurang 20 minit.


Aku booking bilik di Anjung Pantai Seberang, di Seberang Takir. Agak pelik sikit time booking ini. 
Aku booking dengan Agoda bila pilih date semua date tu penuh. Jadi aku call chalet ini tanya pasal bilik dia cakap bilik masih ada kosong kalau booking terus dengan dia. Aku tanya harga dia cakap RM220 1 malam, tak nak lah aku sebab booking dengan agoda 1 malam RM190. Jadi dia cakap oklah saya open system dekat agoda akak terus booking yer.

Aku pon teruslah booking tuk 2 malam, dan dah bayangkan chalet tu ramai orang lah nanti. 
Bila sampai chalet sebiji kereta pon tak ada, lengang ja, aku cakap kat mrz, dia cakap mungkin sebab kita masuk awal kot, orang belum sampai lagi. Oklah. Kita orang parking betul jalan nak ke bilik, Mrz cakap kalau kita keluar nanti rasa rasa ada tak orang amik parking kita ini, sebab bilik penuh kan. Aku pon beriaya ah kan bilik penuh.


Laju laju buai ku laju... 
Tempat ini lanskap laman, jenis bilik memang cantik, yang belakang aku tu tengah buat tak siap lagi sepenuhnya.


Nak bilik depan laut, memang lah depan laut tapi lautnya nun di sinun, ha ha padan muka aku.
dalam gamba macam dekat sangat dengan pantai




Ini gambar dekat agoda, aku ingat jalan sikit ja sampai pantai rupanya siap ada jalan raya oooiii depan tu. Mula mula sampai aku tanya dekat staff situ ada jalan ke nak ke pantai. Dia jawab akak keluar naik keretalah sebab nak jalan jauh. Telan air liur aku.

Sudahnya memang kita orang ja yang duduk dekat chalet ini sepanjang 3 hari 2 malam tu, Aku tak tau mana yang penuh sangat masa booking agoda tu. Memang kosong, langsung tak ada orang, tak ada kereta lain selain kereta aku. Bila tanya budak kerja tu dia cakap ada staff sampai pukul 12 malam ja tapi kalau malam ada guard, sepanjang 2 malam tu aku balik lewat aku tak nampak pulak ada guard yang berjaga dekat pintu masuk, tak taulah kalau guard sama dapat bilik tidur atas tilam macam aku jugak.


Chalet ini kononnya kata ada swimming pool, tapi tak lalu nak pergi mandi. Pool dia buat dari canves nak cite pon sedih air macam air lombong. Jangan kata mandi celup jari pon belum tentu mampu buat. Aku tak suggest sangat kalau nak bermalam dekat sini. Selama 3 hari aku duduk tu tak kemas katil tak apa aku boleh terima tapi sampah pon langsung tak di angkat buang dari bilik, dekat luar bilik di sediakan tong sampah mungkin tuk kita angkat buang sendiri sampah dari dalam bilik tapi tong sampah kat luar bilik pon penuh tak pasti sampah dari bila. Service teruk tapi staff agak peramah. Toilet pon tak berapa nak bersih. Aku ini kan bila dah terbayang bilik banyak tapi tak ada orang hati aku dah teak berapa syok, kepala otak ini dah pikir benda yang tak best. Risau perompak lah, hantu lah, mandi basuh muka pon aku kalau boleh nak celik mata risau celik mata ada yang memerhati. Ish seriau. Aku bagi 4.5/10 tuk Anjung Pantai Seberang.

Ok habis cerita pasal bilik. 



Keluar bila hari dah petang, lunch pon tapau je makan dekat bilik. Anak anak lepas mandi terus tertidur, dengan aku pon sama tidur. Bangun dah pukul 4 petang siap siap keluar terus tuju ke Taman Tamadun Islam. Ingat nak jugak masuk ke taman Tamadun tu tapi dah pukul 5 petang Taman Tamadun tu tutup pukul 6 petang memang tak sempat lah.


Bersebelahan dengan Taman Tamadun tu ada tempat makan, tapi kami order minum dengan makan keropok lekor ja. 


Seronok ok makan keropok dengan view macam ini.





Si kecik ini tak boleh langsung dekat dengan babah dia bergaduh ja. 


Anak bertuah minta tolong dia amik kan gambar dia amik gamba dia. Pang kang.


Uish rasa cam pasangan 2 sejoli sangat ini. Alhamdulillah dah 10 tahun melayari alam rumah tangga, walaupon bermacam hujan ribut panas terik kita going with the flow.


Dua orang hero zaffiel kata ''kesian mama sorang je girl'' doa doa lah adik mama ada anak girl pulak lepas ini.


Sebelum balik singgah sini amik gambar dekat entrence je lah, Cuti kali ini aku memang dah cakap dengan mrz kita nak jalan makan tidur laut. Aku tak nak stress kan kepala dengan shopping muzium melawat tempat sejarah tu semua tak nak. Datang sini cuma nak lepak lepak tak nak terkejar kejar.


Jadi bila tak dapat masuk ke sini ok ja lah sebab memang tak ada dalam plan tuk ke tempat macam ini.


KT ini malam mungkin tak banyak sangat aktiviti yang menarik, pusing pusing bandar KT terjumpa dengan pasaraya Mydin dan Giant di jalan Sultan Muhamad. Jadi aku mintak mrz singgah mydin kononya nak beli roti nak bawak balik ke bilik alasan risau anak lapar tengah malam. Nasib dalam mydin tu ada bakery. Sebenarnya aku nak beli kek je sepotong nak tiup lilin pukul 12 malam tu sebab 26 Aug birtday mrz.


Jadi bila dah tak tau nak kemana kami decide pergi makan jelah di Bukit Panorama. Masa nak naik ke atas tu jalan memang agak gelap sampai aku cakap dengan mrz kita salah jalan ini. Tapi mrz kata waze bawak jalan ini, sepanjang kami dia KT memang hanya bergantung pada waze kadang kadang bengong jugak.


Harga makanan tak mahal sangat lebih kurang harga KL. Aku amik nasi goreng Kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pataya harga sepinggan RM7++. Total makan termasuk air dalam RM30++

Tapi makan dekat sini order dapat lambat tapi sebab kami pon memang nak duduk saja saja lambat pon ok tapi meja sebelah punya lambat sampai air habis makanan tak sampai sampai.


Habis makan balik bilik cake dah tak rupa kek dah, sebab ziqrie buat tutup kepala hujan rebas.




Kek ini tak tiup pon pukul 12 malam seperti yang aku impikan. Time balik anak dah kena rebas hujan aku suruh mandi, lepas tu aku pulak yang mandi keluar dari bilik air aku semua dah tidur. Sudahnya esok pagi tu baru tiup lilin. Oklah janji masih hari yang sama.

Sekian tuk hari yang pertama.

Love,
Izzan





Wednesday, May 30

Pembedahan Buang Cyst

Salam semua.. Bila ingat ini rasa seriau tapi ini betul betul pengalaman hidup. Macam tak sangka dan tak percaya.

2 minggu sebelum ada lah demam tapi tak teruk sangat masih larat bawak anak bermalam dekat Sunway Putra Hotel KL. Masa demam tu larat jer drive kereta sendiri ke hotel sebab Mrz tak ada memang janji terus jumpa di hotel sebab risau dia lambat. Esok tu rasa badan dah kebah dah sebab dah mampu ke matta fair di PWTC.

Cuma masa demam tu ada ada sakit perut tapi sakit perut kejap kejap. Bila sakit tu attack dalam 5 ke 10 saat tapi sakit yang teramat macam contraction nak bersalin tu.

Bila demam kebah sakit perut tu pon hilang. Sepanjang 2 minggu lepas tu dah tak pernah rasa dah sakit perut, dan sakit perut tu pon aku biarkan aja tak ada pon pergi check ke klinik.

3 April 2018 - Selasa

Bermula dari hari aku demam aku mula batuk, batuk yang teruk makan ubat pon tak nak jalan, jadi cara tuk bagi batuk ini kurang aku minum air lemon honey setiap hari selama 2 minggu tu. Taip pagi dan time lunch, dan selama seminggu aku tak turun sarapan ke kantin cuma pagi aku makan nestum je kononya batuk jadi nak elak dari makan yang berminyak dan kot kot boleh kurus.

Masa hari tu time lunch pon aku rasa tak ada selera cuma amik nasi separuh dan lauk ikan bilis goreng tu pon nasi tak habis dan haruslah minun air Lemon.

Sebab tenghari tak makan sangat lebih lebih kurang pukul 5 tu aku rasa lapar. Terus pergi bancuh milo O panas. Lepas minum jer air suku cawan tiba tiba rasa sakit perut. Cakap gak dalam hati kenapa ni perut tiba tiba sakit? Nak berak ke? tapi sakit ini rasa lain macam lah.

Bangun pergi toilet, duduk kejap tak ada pon yang keluar. Tiba tiba perut rasa makin tak best, rasa perut angin kembung. Terus masuk semula ke office. Whatsaap Mrz bagi tau yang aku sakit perut tapi langsung tak reply. Masa ini perut makin rasa tak best, dengan kembungnya kalau tengok perut masa ini macam orang mengandung 5 bulan. Sempat jugak cakap dengan member office aku sakit perut member bagi makan ubat sakit perut. Tp rasa cam tak jalan. Angin kembung dan sakit makin menjadi jadi. Lebih kurang pukul 5.30 petang aku dah 3...4 kali ulang alik ke toilet tapi tak ada apa pon yang keluar.

Tahan sakit perut sampai pukul 5.50petang Mrz sampai. Bila dah lama duduk nak bangun terasa sakit sangat dari bawah ulu hati sampai lah ke bahagian bawah perut. Bila sampai je dekat Mrz dia tanya aku kenapa, rupanya dia langsung tak baca whatsapp aku cehhhh.... Aku cakap aku memang tak larat aku minta Mrz hantar aku balik rumah dulu nanti tolong settle kan anak amik dari rumah mak.

Bila dah naik motor terlanggar jalan berlubang berlopak uuiiisss tak tau nak cakap macam mana sakitnya, aku minta Mrz bawak motor paling slow. Bila naik jer highway akhleh sakit makin kuat, sakit lebih teruk dari sakit contraction nak bersalin. Sekurangnya sakit contraction datang pergi ini sakit langsung tak hilang dan langsung tak kurang. Bila atas akleh sakit bila terlanggar besi penyambung jalan tu aku suruh Mrz slow lagi sebab aku tak mampu dah nak peluk dia aku sampai terpaksa tampung bawah perut aku. Aku terus letak kepala aku belakang badan Mrz. Bila aku dah bersandar macam tu Mrz kata kita terus pergi hospital ya. Macam teruk ini.

Bila ko rasa ko hanya sakit perut biasa sebab angin sebab tak makan pagi memang tak nak lah pergi hospital tapi Mrz bawak jugak pergi hospital Ampang Puteri. Masa itu lebih kurang pukul 6.30 petang jadi aku terus ke emergency. Masa dekat counter nak daftar tu orang counter tu cakap. Puan nak jumpa doctor ker? Aku cakap iyalah saya sakit perut. Dia cakap saya nak bagi tau kami hanya terima outpatient saja sebab katil semua penuh tak ada bilik kosong. Hoi aku sakit ini sebelum ko cerita pasal tak ada katil ko bagi aku ubat dulu or bagi aku jumpa doctor dulu boleh tak? Aku pon tak nak lah tidur dekat hospital.



Masa amik tekanan darah ini bila pam aja, aku pon rasa macam pam jugak dekat perut aku.
Masa ini tak larat sebenarnya tapi aku ini jenis tak tau sama ada aku sakit betul betul ker tak. Dalam kepala pikir macam macam time ini. Apa yang tak kena dengan perut aku, masa ini ada jugak terpikir mungkin aku apendiks kot.

Lepas blood pressure jumpa doctor dia tanya lah mana aku sakit, die tekan belah kanan tanya sakit ker tak aku cakap sakit, tapi sakit lebih bila di tekan pada bahagian tengah perut. Doctor suruh amik darah dan air kencing dulu, lepas perut kena tekan dengan doctor sakit makin menjadi rasa nak jalan pergi toilet pon tak mampu. Keluar dari toilet nurse amik darah dah cucuk pain killer. Lepas tu kena tunggu dekat luar. Lebih kurang 1/2 jam sakit makin reda mungkin ubat pain killer tu dah jalan. Dah boleh buka phone, rupanya dalam aku sakit melepet tu Mrz dah bagi tau semau yang aku dekat hospital. Bob kata nanti dia datang bawak kereta nak amik aku bawak balik. Aku reply tak per tak payah datang boleh jer balik naik motor. Sakit dah makin kurang.

Tunggu result darah sampai pukul 9.30 malam doctor kata result darah aku ada kuman, doctor kata mungkin aku apendiks dan die risau mungkin apendiks tu dah pecah sebab darah aku ada kuman.  Jadi doctor suruh aku masuk wad dia akan inform doctor perut datang. Aku mintak balik dulu konon nak amik baju tapi doctor tak kasi dia cakap bahaya. Doctor tanya bila last aku makan, aku cakap time lunch dia cakap ok u jangan makan ok nanti doctor datang boleh terus operation. 

Tercengang aku time ini, betul ker ni perut ak macam dah makin ok. Sebab katil tak ada kosong aku baring lah dekat katil emergancy tu dorang masuk kan drip.


Masa ini sakit banyak dah kurang dah boleh call ayah dah boleh reply whatsapp wani kata mungkin aku apendiks sebab dia pon rasa sakit yang sama gak cam aku.

Tunggu lebih kurang pukul 11.30 malam baru lah ada katil kosong, sebelum tu Mrz dah pergi makan dekat 7e kecian dia lapar dari balik kerja tak makan. Aku kena puasa tapi memang perut langsung tak rasa lapar sebab aku takut. Perut time ini tak sakit sangat tapi aku tak boleh mengering dan nak bangkit duduk sakit.

Dah masuk bilik pukul 12.30pagi Dr Jasmy datang, dia tekan tekan perut sebelah kanan aku cakap tak sakit, tapi bila tekan bahagian tengah masih sakit. Jadi doctor kata kalau betul apendiks dia tolak aku masuk OT malan tu jugak. Dia tekan lagi sekali sebelah kanan sama still tak sakit. Doc kata ''kalau u apendiks saya tekan mesti u dah menjerit tapi u relax jer so rasanya ini bukan apendiks. Tak perlah malam ini u rehat dulu tidur dulu esok pagi u pergi scan dulu kita tengok apa yang buat u sakit perut''

Harapan untuk balik malam tu hanyalah impian. Mrz balik malam tu. Kesian dekat dia nak tidur dekat hospital esok nak kerja lagi. Mrz memang tak boleh ambil cuti baru jer mula kerja dekat tempat baru tak bestlah kalau nak ambil cutikan. Malam tu memang tak boleh nak tidurlah dengan tak boleh nak mengering, baju pon tak tukar tidur pakai baju kerja. Perut malam tu ada rasa sakit sikit tapi tak sakit macam sampai hospital petang tu.


4 April 2018 - Rabu

Esok tu awal dalam pukul 7 pagi Mrz dah sampai hantar baju. Dia bawak baju 2 set jer baju dari atas kebawah. Aku tanya kenapa sikit sangat bawak baju dia cakap alah tak ada apa tu, petang nanti awak balik lah, hanya mampu aminkan dalam hati. Tak sabar rasanya nak tunggu nurse panggil pergi scan pagi tu, tak sabar nak tau apa yang tak kena dengan perut ini tapi dalam hati punyalah takut Allah jer yang tau. 

Lebih kurang pukul 8pagi doctor datang bagi tau pagi ini nanti pergi scan. Lebih kurang pukul 10pagi nurse datang ajak turun ke bilik scan. Masa scan pagi tu punyalah berdebar dalam hati berdoa moga tak ada jumpa apa apa masa scan tu tapi orang tu kata kalau dia tengok dalam perut aku macam penuh dengan air. Aku tanya dari mana datang air? Dia cakap dia pon tak pasti dia suruh aku balik ke wad dulu tunggu sampai doctor datang bagi tau pasal air tu.

Sehari suntuk aku tunggu doctor tapi tak datang bila tanya nursa katanya doctor ada Operation sepanjang hari. Hati tak sabar nak tau apa keputusan scan pagi tadi. Lebih kurang pukul 9 malam baru doctor datang. Doctor kata yang nampak macam air tu Darah. ''Dalam perut u penuh darah, saya pon tak pasti dari mana datang darah tu tapi mungkin u ectopic pregnancy atau mengandung luar rahim. Mungkin sebab baby tu dah gugur jadi mungkin sebab tu darah penuh dalam perut u. Jadi sebab perkara macam ini di luar bidang saya, saya akan tukar u pada doctor gyne lah ya, gyne lebih tau pasal benda macam ini. Ada ker doctor yang u nak?'' Aku terus cakap ya Dr Zalina.

5 April 2018 - Khamis

Pagi khamis tu berlalu macam itu je, doctor bagi ubat antibiotik, ubat sakit perut dan pain killer. 
Lepas lunch nurse datang katanya doctor nak jumpa tapi bukan Dr Zalina, Dr lain doctor ganti masa pergi jumpa tu pon dia tumpang bilik doctor lain. Dr tu scan jugak dia pon cakap yang sama dalam perut memang penuh darah jadi doctor tanya aku dah makan ker? Aku cakap last makan pagi tadi belum lunch lagi. Dia cakap oklah kalau macam u puasa ya jangan makan kita operation hari ini jugak, tak boleh tunggu ini bahaya. Aku tanya pukul berapa nak OT? Doctor kata tunggu insurance u clear dan tunggu bilik OT kosong mungkin petang pukul 6 atau malam tapi kana hari ini jugak. Aku keluar dari bilik doctor aku nangis, tak sangka aku ingat aku sakit perut ini cuma sakit biasa tak sangka sampai kena operation. 34 tahun hidup aku tak pernah masuk hospital kecuali bersalin je. owh aku minta balik jugak nak ambil baju tapi doctor tak kasi. Balik jalan ke bilik perasaan sayu sangat. Terus call mak, terus nangis bila denga suara mak. Bagi tau yang aku nak kena OT petang ini. Mak cakap suruh tunggu jap lagi mak sampai. Dalam 1/2 Jam mak pon sampai dengan Zaffriel. Lebih kurang pukul 4 nurse datang lagi aku ingat nak pergi OT dah tapi rupanya nurse kata Dr Zalina nak jumpa. Bila jumpa Dr Zalina dia cakap klinik dia tutup hari ini. Dia tak kerja tapi dia agak marah bila tak ada nurse dekat ward tak bagi tau ada pesakit request nak kan dia. Sebab dia cakap walaupon klinik tutup tapi kalau ada kes dia akan datang. Sebenarnya aku pon lega bila Dr Zalina datang sebab memang aku nak dia yang operat aku sebab makcik aku dah 2 kali operation cyst dengan Dr Zalina. Jadi terus Dr Zalina scan sama jugak katanya dalam perut ada darah, tapi dia tak pasti apa punca darah tu. Dr Zalina kata dia tak nak buat pon pregnantcy test sebab dia kata kalau betul pon ectopic baby tu dah tak ada pon dah gugur lagi pon jarang kes macam ini boleh selamatkan baby memang kena buang je.

Dr Zalina tanya '' U nak operation malam ini jugak ke?'' aku jawab kalau tak operation langsung boleh tak? keluarkan darah tu dengan cara lain? ''Emmm tak boleh sebab darah tu dalam perut, dalam perut kita tak ada saluran tak ada jalan tuk keluarkan darah tu, memang saya kena sedut, dan nak tengok punca darah tu. Sebab kalau tengok dari scan tak nampak sebab penuh sangat dengan darah saya kena masukkan camera nak tengok apa dalam perut u, tapi saya tak potong pon saya buat 3 lubang ja, Insyallah nanti kita tau apa sebab perut u sakit, Tapi sebenarnya saya kurang suka buat OT malam, sebab sakit ini dalam perut, kita pon tak tau apa sebab u sakit, risau nanti masa operation ada yang tak kena ke dengan usus u, kita nak kena panggil doctor usus tapi tau lah dah malam doctor semua dah balik boleh aja nak call tapi biasanya doctor on call ini nak sampai ambil masa. Kita operation esok pagi boleh? dalam pukul 11pagi, saya ada 3 kes esok jadi u mungkin lebih kurang time macam tu.

Cuba nasib lagi mintak balik dari Dr Zalina, cakap balik nak ambik baju, Dr Zalina kata ok balik lah nanti sebelum pukul 12 u kena datang balik ya.

Petang tu pukul 5 macam tu aku balik tumpang mak, Zaffriel teman dekat rumah, Mrz balik kejap lepas mandi dia keluar balik ada kerja, tinggal berdua dengan zaffriel. Seronok aku golek golek dulu atas katil, katil hospital keras tidur tak selesa. Sebab Mrz dah beberapa hari gosok baju kerja sendiri rasa kecian dekat dia dari kawin aku tak rasa dia pernah gosok baju sendiri. Aku gosok dulu baju dia sehelai untuk jumaat. Kemas baju letak dalam bag. Lepas Isyak macam tu mak datang semula nak hantar ke hospital sebelum tu singgah dulu pergi makan. Nasi goreng pon rasa tak sedap dah tak ada selera nak makan. Lepas makan teruslah ke hospital.

Dalam pukul 11 malam Mrz baru settle kerja dia. Dia datang siap dengan nasi tapau kedai mamak, dia tak makan lagi nak makan sama-sama. Mrz balik pukul 1 lebih. Malam tu tidur antara lena dengan tak. Tak tau apa yang bakal jadi esok.

6 April 2018 - Jumaat

Esok tu pukul 6 aku dah siap mandi tidur pon tak lena. Langsung tak ada hati nak tengok TV, main game pon malas hati berdebar.



Duduk dalam bilik hati tak senang terus keluar amik angin pagi. 
Pukul 11 pagi nurse datang suruh tukar baju masa ini mak dengan pakcik dah sampai. 


Pukul 11.30pagi dah siap tukar baju, nurse nak tolak dah pergi ke bilik OT. Sebelum tu 3 kali ambil tekanan darah, memanjang tinggi jer. Berdebar jangan cakap lah. Habis dah baca doa yang tau. Mulut tak henti henti berzikir. Aku rasa macam ini lah kali pertama aku paling takut dalam hidup aku.
Owh masa ini perut still sakit lagi tapi boleh tahan sebab masih di beri pain killer.

Dah nak tolak mak anak pakcik makcik ikut tolak sampai depan bilik OT. Nak masuk bilik OT mak aku nangis aku pon nangis samalah. Zaffriel tak habis dok lambai bye mama bye mama.

Nak masuk bilik OT tukar katil dulu dah tukar nak ke pintu 1 lagi ada orang sambut suruh sebut nama dan no ic, die beritahu akan jalani operation buang cyst.

Pertama kali masuk bilik OT, sebelum ini pernah dengan ramai yang cerita bilik OT sejuk kemain. Memang betul sejuk lain macam. Masuk ke aku di letak dekat ruang menunggu lebih kurang 15 minit sebelum masuk ke bilik OT. 

Tolak jer masuk dalam bilik OT mata melilau tengok lampu dekat syliling selalu aku tengok bilik OT ini dalam cerita korea je.. ha ha dah lah baru sudah tengok cerita korea hospital ship macam macam dorang mintak gunting pisau darah memancut. ish lagi berderau darah.

Masuk dalam bilik OT tukar katil lagi. Terus orang yang dalam bilik OT pasang wayer kat dada, pasang mesin tekanan darah sambil tu aku duk perati orang dalam bilik OT tu susun barang barang. 

Aku sempat tengok jam masa tu pukul 12.10 tenghari. Lepas tu ada sorang doctor ''Assalamualikum puan, saya doctor bius ya, nama saya Rayslida. Puan tau ya kita nak buat operation buang cyst. Tekanan darah puan tinggi jugak ini, puan takut ya?'' Aku hanya mampu angguk je.

''Tak per puan jangan takut, Insyallah semuanya akan ok. Ok puan mah kita mengucap dulu puan ikut saya yer'' Habis mengucap ''Puan saya nak masukkan ubat ini ikut drip dari tangan puan ya ubat ini sakit sikit ya, ok dah masuk kita baca Al-Fatihah sama sama yer'' mula baca Al-Fatihah terus tekup mulut dengan gas tu. Tak sempat habis fatihah rasanya. Terus tak ingat apa dah.

Aku dengan orang kejut ''Puan bukak mata puan, operation dah selesai, lepas tu ada aku dengan sayup sayup suara Kak Niza (member office) masa tu cuba bukak mata tapi rasa berat betul lah mata. Cuma mampu dengan angguk ja. Lepas tu kak niza keluar mak masuk. Lepas tu mak mertua aku masuk. Lepas tu nurse kejut minta aku tukar katil katanya nak hantar aku ke bilik dah.



Sampai je bilik dapat buka mata sikit tengok jam pukul 3.15petang. Aku sambung tidur sampai pukul 6 petang. Masa tu ada jugak saudara datang tapi aku cuma mampu denga suara je. Mata memang tak boleh nak bukak langsung.

Sebelum maghrib Dr Zalina datang tanya ok ke tak. Sakit ker tak. Dr Zalina tunjuk gambar

Gambar sebelah kiri - yang gelap tu darah yang bocor penuh dah kawasan perut.
Gambar sebelah kanan - yg aku bulatkan kecik tu lah cyst yang dah pecah.
Cyst lebih kurang 2cm

Dr Zalina kata ''tadi kita operation buang cyst ya jadi bukan ectopic. Tiup rahim u alhamdulillah semua cantik tak ada masalah. Ukuran cyst u kecik jer tak sampai 2cm, cuma darah dalam perut u banyak, tadi saya sedut dekat 1 liter. yang buat dalam perut tu berdarah cyst tu tumbuh sebelah kanan dan tumbuh atas salur darah. Bila cyst u pecah salur darah tu pecah sama tu yang melimpah darah dalam perut u tapi insyallah semua ok saya dah tutup yang pecah tu, sekarang u rehat insyallah mungkin ahad u boleh balik, esok kalau darah dalam botok ni masih sama jugak kita cabut tiup ini ok''.

Bila malam semua datang penuh bilik masa ini aku rasa ok lagi langsung tak rasa sakit, mengantuk pon dah makin hilang. Mak suap makan bubur mak mertua masak. Lepas tu rasa badan panas betul sampai Mrz minta kipas stand. Tak taulah badan panas sebab ubat bius atau keadaan bilik yang ramai orang. Pukul 11 cam tu barulah semua balik. Bila dah pukul 12.30 aku rasa perut sakit rasa nak terkecing tapi sakit sangat sangat dekat bahagian bawah perut / rahim mungkin sebab bladder dah penuh kot. Ajak Mrz teman aku ke toilet, dari balik ke wad aku langsung tak de cuba bangun lagi, bila cuba nak berdiri kepala pening pusing dengan perut sakit nak terkencing. Aku baring balik cuba rehatkan diri mintak Mrz panggil nurse minta pain killer. Nurse cucuk pain killer kat punggung dalam 10 minit cam tu cuba sekali lagi tuk bangun aku dah tak tahan nak kencing. Nak jalan Ya Allah sakit nya Allah je yang tau. Aku sakit sampai menangis. Nak jalan angkat kaki pon tak boleh. Malam tu aku sambung tidur mungkin ada lagi sikit saki baki ubat bius. Owh Doctor tebuk 3 lubang dan 1 lubang dekat bawah perut tu doctor masukkan 1 tiup tu terus sambung ke 1 botol tuk keluarkan balance darah.

7 April 2018 - Sabtu

Pagi tu Dr Zalina datang untuk bukak tiup darah tu tapi sebab alat tak cukup tengahari aku terpaksa lah ke klinik doctor tuk bukak tiup. Uiss pengalaman buka tiup, masa nak bukak tu doctor minta aku tarik nafas tapi die punya sakit + ngilu tak boleh nak cakap lah. 

Dr Zalina cakap ''Darah u semalam saya sedut 1 liter, u tak rasa sakit ke sebelum tu? Pelik lah saya, u siap minta balik rumah ambil baju''.

''Sakit doctor, tapi tak delah sakit sangat macam hari saya datang hospital hari tu''.

''U tak de rasa pening ke darah dah banyak keluar?''

''Tak ada pulak pening malam balik tu saya siap gosok baju kerja husband, siap pergi makan lagi sebelum balik ke hospital''.

8 April 2018 - Ahad


Mak mertua hantar gamba candid dari phone dia. Ha ha.. Tengok perut aku still kembung walau lepas operation. Owh Dr Zalina tanya ''u dah kentut ke? kalau tak kentut tak boleh balik yer''. Aku pon lupa nak tanya sebab apa.. Ada blog yang aku baca katanya kalau buat operation cara laparoscopy ini masa operation tu perut kita akan di masukkan angin tuk bagi perut tu mengembang mungkin senang lah kot nak tengok keadaan dalam perut tapi betul ke tak aku kurang pasti.

Sepatutnya hari ini dah boleh balik tapi tu lah ada macam macam masalah dengan sistem hospital rosak lah, tunggu doctor ganti tak datang datang, sudahnya pukul 5.30 petang baru Dr Shahiran tu datang sebab Dr Zalina memang dah bagi tau ahad klinik dia tutup, dengan nak tunggu insurance sikit punya lama. Lebih kurang pukul 11.30 malam baru lah dapat balik. Doctor bagi MC 2 minggu.

Lepas 2 minggu tu aku ke klinik Dr Zalina semula untuk follow up alhamdullillah bila scan nampak dalam perut tempat berdarah tu dah clear dan bukan cancer. Cuma luka dalam pusat belum kering dengan sepenuhnya dan doctor jugak bagi aku pill perancang untuk 2 bulan period cycle, risau kot kot terlekat iyalah luka dalam perut ambil masa untuk baik kan. Doctor sambung Mc aku lagi 1 minggu. Total Mc dari masuk hospital lebih kurang 1 bulan.

Dr Zalina kata lagi kalau tangok pada cyst aku tu, ''kita perempuan ini semua ada cyst, cyst ini akan jadi bila kita nak period (memang patutnya minggu ini aku period), dan bila habis je period cyst ini akan kecut semula, tapi nasib u kurang baik cyst u pecah''. 

Sebelum tau ada rasa sakit?
Ada, sakit kejap time demam tu. Lepas tu tak rasa sakit dah.

Tak rasa ke ada benjolan dalam perut atau rasa tak selesa?
Tak ada.

Period ok ker?
Ok, datang setiap bulan seperti biasa, cuma sebelum ini tak pernah sakit, tapi masa ada cyst tu period agak sakit terpaksa MC.

Lepas operation masih rasa sakit?
Lepas balik dari hospital tu alhamdulillah rasa badan sihat dah cuma doctor bekal kan ubat antibiotok dan pain killer. Pain killer kena makan sehari 2 biji jadi mata akan sentiasa mengantuk dan bila letak aja kepala mesti tidur. So far sekarang dah nak masuk 2 bulan operation kadang kadang ada terasa sakit sikit dekat sebelah kanan tempat cyst tu. masih rasa nyilu di kawasan luka sebelah bawah. 

Lepas Operation kena pantang macam orang bersalin ke?
Aku tanya doctor ''Tak payah pantang lah u bukan nya bersalin''
Tapi aku pantang dari segi makan, lebih kurang macam orang bersalin tapi tak ada lah berstokin bagai, cuma pantang makan, denda yang bisa, pedas dan angin memang tak sentuh langsung dan cuba elakan dari buat kerja rumah, lipat baju aku buat sebab hanya duduk depan tv tangan jer yang bergerak, jadi aku cuma rehat jaga diri sendiri. 

Berapa lama kena pantang?
Ikut pada badan masing masing kalau dah rasa sihat boleh cuba rutin harian secara pelahan pelahan, kalau bab makan sampai sekarang aku masih lagi tak makan ayam dan daging cuma makan ikan.
Kenapa doctor suruh ke? Tak aku sendiri yang cuba nak elak dari makan ayam dan daging.

Berapa lama kena berpantang tak bersama dengan suami?
Kalau aku lama dekat sebulan lebih ialah kita kan operation aku pasti suami korang pon tak sanggup nak dekat dekat dengan korang minta di belai kita sakit kan. Tapi ini ikut pada diri masing masing kalau korang rasa badan dah sihat sila kannnnnn....

Boleh jadi lagi ke?
Kalau ikut kata doctor dari report dari lab, jenis cyst aku boleh berulang jadi doctor minta jaga elok, kawal permakanan.

Ada makan apa apa?
Ada, ini bukan doctor suruh tapi sendiri buat research dan tanya pada orang. Makan supplemant shaklee Gla-complex, Vita C plus, B-complex, Carotomax.

Berapa Totol kos?
Total kos keseluruhan RM20,926.00 itu termasuk kos ward, operation dan ubat.

Ok itu saja buat masa ini, harap ini kali pertama dan terakhir. Trauma masuk bilik operation masih terasa lagi. Cuma yang agak kesal bila dah ada tanda sakit perut kejap masa demam tu aku amik mudah dan selalu cakap tak ada apa apa. Sakit perut sebab demam je ini.

Kita perempuan ini terdedah macam macam jenis penyakit, Ya Allah minta dijauhkan dari kita semua. Amin

Moga perkongsian ini dapat beri manfaat kepada kita semua. Bagi yang alami masalah yang sama, atau yang lebih kritikal, aku doakan agar korang semua diberikan kesihatan yang baik, cepat sembuh dari segala penyakit. Terima kasih atas doa semua. Satu perkara yang aku belajar apabila kita sakit, masa ini kita akan tau siapa yang betul betul sayang dan ambil berat pasal diri kita. 

Last sekali moga kita semua di bawah lindungan dan rahmatnya. Amin

Terima kasih. Bye.






















Friday, May 25

Legoland Day 3

Wow lama betul tergendala cerita ke Johor dan Legoland. Part yang kenapa sebulan amik masa nak siap kan entry ini pon nanti nak cerita jugak. Kot kot nanti beranak urat putus tak ingat semua jalan cerita nanti.

Hari ke tiga tu nak balik dah, alah ada gambar ini aje pagi tu awal awal pagi aku dah kejut mak pergi makan sarapan yang lain semua tidur lagi. Aku teringin nak makan lontong kering dekat Hutan Bandar. Macam rugi bila dah sampai johor tapi tak makan lontong johor.



Dah siap siap nak balik boleh pulak ayah mengemas menyapu mengemop 1 rumah. Ayah memang rajin bab2 mengemas. Dia memang tak boleh tengok bersepah atau ada sampah tapi ni Homestay ha ha... 



Sebelum balik tuan rumah tu ajak bergamba kenangan katanya.


Tahun ini berempat mana tau ada rezeki tahun depan berlima pulak. 


Aik tak habis lagi menyapu???



Balik tu singgah makan dekat Rahmat ikan siakap goreng. Kedai ini lauk simple jer. Tak ada nya nak request tomyam ke bagai. Kalau korang nak datang makan dekat sini, baik korang call buat resevation dulu bukan sebab apa ramai orang makan dekat sini time lunch tambah lagi kalau hari cuti.


Makan sini kalau aku lah ikan cicah dengan kicap dah cukup dah.











Tak bagi can langsung nak amik gambar berdua, tau2 menyelit jer.


Lepas makan ingat nak terus balik tapi singgah tepi jalan ayah belanja makan durian pulak.



Lepas habis makan durian terus lah balik ke Ampang.

Habis dah cerita yang tertangguh berbulan-bulan ini. Terima Kasih semua insyallah ada rezeki nanti kita pergi holiday lagi yer. 

Anak-anak cukup lah 2 kali mama dan babah dah bawak abang dengan adik ke Legoland yer, lepas ini ada rezeki kita ke tempat lain pulak. Insyallah.


Popular Posts