Nak #lemparbelakang resipi ayam masak merah..
Bahan-bahan :-
Ayam (ikut berapa ketul yang korang nak makan lah yer)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
Cili kering (rebus dahulu)
Sos tomato
Buah tomato
Asam keping
Garam, gula, serbuk kunyit dan serbuk perasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
1 labu bawang potong bulat sebagai hiasan
Cara-caranya :-
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 2/3 masak dan ketepikan
2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia (aku kalau blend cili aku tak taruk air tapi aku taruk minyak jadi dah save masa menumis) dan tumiskan
3. Bila bahan yang ditumis dah garing dan pecah minyak masukan tomato dan sos tomato
4. Masukkan serai, asam keping gula, garam dan serbuk perasa (tambah sikit air jika nak berkuah)
5. Masukkan ayam dan kacau sebati..
6. Masakkan bawang hiasan
Dah siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Minggu lepas follow up pergi check telinga ziqrie, die dah mengadu sakit telinga pulak, risau ok tapi tu nanti lah cerita sebab nak kene...
-
Pada korang yang tengah mencari dekat mana nak shopping tiles murah, korang boleh pergi dekat Jalan ipohberhadapan dengan Balai Polis Sent...
-
Assalamualaikum..... Korang mesti runsing bila anak cirit biritkan.... Aku pon samalah.. Semua aku rasa serba salah nak bagi makan taku...
-
Hari isnin baru baru nie mak ajak pergi shah alam ,... adik kesayangan ku pindah rumah bujang.. balik kerja amik ziqrie sampai umah dah deka...
-
Syukur Alhamdulillah Zaffiel anak mama dah 6 tahun. Sejak menjak setahun dua ini, aku dengan mrz buar konsep bila birthday anak nak cub...
3 comments:
sedap ni nyumm
Razfira : yumyum..hehee
terliur heee. ni favourite :D
Post a Comment