Showing posts with label Main masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Main masak-masak. Show all posts

Tuesday, December 9

Resipi Pizza

Ok blog emak-emak sangat asyik cerita pasal resipi jer.. Kali ini nak kongsi resipi pizza..
Ziqrie suka sangat makan pizza seminggu dua 3 pon tak per makan pizza, tapi selalu beli yang
 kecik jerlah tapi yang kecik pon kalau dekat pizza hut pon dah RM11 kali seminggu dah
dua 3 kali boleh kering jugak poketkan..


Sampai kecik-kecik mata bila pizza depan mata


Kurusnya ziqrie masa ini..


Fatin pon dah tau feberet ziqrie, pizza tu fatin bawak masa melawat ziqrie kat hospital hari tu.

 Jom buat pizza.


Bahan-Bahan

1. 250gm tepung gandum
2. 1/2 paket yis mauripan
3. 1 sudu gula
4. 1 sudu teh garam
5. 1 cawan air suam
6. suku cawan olive oil
7. Cheese Mozzarella
8. Hirisan Capsicum
9. Isi Ayam
10 . Sosej
11. Sos prego

Cara-cara
1. Satukan gula bersama yis bancuh sedikit dengan air suam biar sampai yis berbuih
2. Ayakkan tepung dan masukkan olive oil, yis, garam dan air (masukkan sikit demi sedikit)


3. Uli tepung hingga semua sebati.


5. Tutup adunan selama 30 minit dengan kain basah sehingga adunan naik 2 kali ganda.


6. Bila aduanan dah naik 2 kali ganda, tumbuk kan adunan untuk mengeluarkan angin.


7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (boleh buat 2 biji pizza). dan uli adunan pada ketebalan yang     korang nak dan boleh  letak atas tempat pembakar. Aku guna loyang aje. Sapu sedikit butter pada       loyang.


8. Bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit. Selepas 20 minit seluarkan doh dari tempat pembakar 
   dan boleh sapukan sos prego, aku beli yang dah siap dekat kedai. Senang..


9. Lepas sapu sos boleh lah letak bahan-bahan untuk topping.


10. Taburkan cheese mozzarella


11. Bakar lagi lebih kurang 10 minit.


12. Dah siap untuk dimakan



Selamat mencuba!






























Murtabak Maggie

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia.. Kita bertemu lagi dalam kelas masakan bersama saya chef izzan.. Hahaaahaa

Bangun pagi tak tau nak buat sarapan ape tuk family, aku rasa dah dekat setahun lebih aku tak sarapan dekat kedai mamak.. Lagi puas hati masak sendiri bagi laki ngan anak-anak makan, walaupon tak delah macam dekat kedai mamak ko order semua ada tapi ok lah kan janji kenyang.

Sorry lah tak ada gamba dari awal.. Akak lupa dah separuh jalan baru teringat nak amik gamba maggie.

Bahan-bahan

1. 2 peket maggie kari
2. 6 Biji telur 
3. Daun sup
4. Bawang besar
5. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Rebus maggie separuh kembang
2. Hiris halus daun sup & bawang
3. Pukulkan telur dengan rampah kari (kalau maggie 2 paket, perencah 1 paket dah cukup, ikut 
    masing-masing
4. Masukkan maggie yang dah rebus tadi ke dalam telur










5. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau ratakan


6. Panaskan kuali dangan sedikit minyak dan masukkan maggie, bila maggie agak kering baru       
    terbalikkan tunggu hingga masak. dan boleh makan :)






Monday, December 8

Cucur Manis

Cucur manis untuk sarapan atau minum petang, Try buat cucur manis nie tuk anak-anak.. Rupanya bapak anak-anak pon layan..hahaa

Bahan-bahan :

3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Satukan tepung garam dan susu pekat manis
Tuangkan air panas (tuang sikit demi sedikit). dan kacau guna sudu kay karang memecur pulak tangan..

Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas, api sederhana jer..

Basahkan tangan dengan air, ambil adunan sebesar guli, nanti doh akan kembung bila masuk dalam kuali.

Balik-balikkan cucur dalam kuali supaya masak rata. Bila dah kuning keemasan boleh angkat dan hidang..





Friday, December 5

Roti Telur Cheese

Masa beli barang dapur aku belilah cheese konon-konon nak suruh anak jadi orang putih makan cheese kan..rupanya anak melayu sangat ziqrie ngan zaffriel tak nak.. cheese harga bukan murah jadi dari cheese tu terbiar aku buatlah roti telur cheese..

Bahan-Bahan

1. Roti
2. Cheese
3. Telur
4. Secubit garam (tak nak letak pon tak pe, cheese dan butter dah masin)
5. Minyak / butter

Cara-caranya

1. Pecahkan telur, masukan garam..
2. Korang kalau rajin buanglah kulit roti , biar cantik


3. Letak Cheese atas roti dan letak 1 keping lagi (apitkan cheese tu tengah-tengah)

4. Lepas tu korang potong bahagi 2


5. Rendam kan dala telur yang dah dipukul tadi. Bagi semua bahagian salut dengan telur.


6. Panaskan Pan dan masukkan minyak / butter masukan roti. 


7. Taddaaaa.... dah siap.






Meleleh leleh cheese dia.. bila gigit milk sangat, tapi aku bukan peminat cheese aku rasa sekali jer, tapi memang sedap lah.. hahaha puji diri sendiri.. try ok!

Tuesday, September 30

Popia crabstick & sosej

Makanan yang mudah untuk sarapan atau minum petang, cuba lah compem anak-anak korang suka.
Laki aku pon suka..ahahaaa

Bahan-bahan :

Kulit popia
Crabstick
Sosej


Cara-caranya :


Aku belah 4 macam ini.. 


Lepas tu susun atas kulit popia dan gulung.. untuk lekatkan kulit popia yang hujung tu korang letak air jer tak payah nak putih telur bagai. Jangan risau dia tak akan terbuka punya.



Dah habis mengulung tu korang goreng, dah agak-agak kunig angkat, macam aku, aku gunting 2 panjang sangat, Kalau rajin korang buatlah sos sendiri tapi aku malas beli jer cili sos dalam botol tu, tu pon dah cukup sedap per..


Yeh happy tummy..


Bye!

Monday, September 29

Ayam masak merah

Nak #lemparbelakang resipi ayam masak merah..


Bahan-bahan :-

Ayam (ikut berapa ketul yang korang nak makan lah yer)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
Cili kering (rebus dahulu)
Sos tomato
Buah tomato
Asam keping
Garam, gula, serbuk kunyit  dan serbuk perasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
1 labu bawang potong bulat sebagai hiasan

Cara-caranya :-

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 2/3 masak dan ketepikan
2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia (aku kalau blend cili aku tak taruk air tapi aku taruk       minyak jadi dah save masa menumis) dan tumiskan
3. Bila bahan yang ditumis dah garing dan pecah minyak masukan tomato dan sos tomato
4. Masukkan serai, asam keping gula, garam dan serbuk perasa (tambah sikit air jika nak berkuah)
5. Masukkan ayam dan kacau sebati..
6. Masakkan bawang hiasan

Dah siap!







Donut

Sekarang ini emak-emak sangat ziqrie nak makan donut + Mrz pon suka makan donut aku pon try lah buat.. Resipi google internet jugak, Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan :

500gm Tepung roti
100gm gula halus
11gm instant yeast
2 biji telur
200 ml air
100gm butter / magerine
secubit garam
3 sudu susu tepung

Cara membuatnya :

1. Bancuh yis dengan air suam
2. Ayak tepung dan campurkan dengan yis garam telur dan gaul rata
3. Masukan butter dan kacau sehingga sebati
4. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada mangkuk
5. Rehatkan doh 20-30 minit sehingga kembang



Sebelum


Selepas

6. Kempiskan doh (tumbuk -tumbuk, tampa-tampa kalau perlu korang karate... untuk keluarkan angin) canai dan terap bentuk donut (aku beli acuan doh dekat kedai kek, senang)


7. Rehatkan doh lagi 20 minit
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. angkat dan tos kan. Biar sejuk
9. Salutkan donut dengan gula.


Senang jer kan. buat lah compem anak-anak suka, ziqrie puji aku melambung tinggi setiap kali makan dok ulang sedap mama, pandai mama buat donut, aku pon ape lagi rasa macam nak buat donut tak nak berhenti hahhaa tu aku tipu.. Dapur aku penuh dengan tepung, belum niaga lagi tu, aku rasa kalau aku niaga mungkin muka aku pon penuh tepung silap-silap laki tak kenal aku...

haha.. Bye!




Monday, September 15

Open House Raya & Housewarming

Wah macam cerita dah basi sangat ini, cerita raya ini.. Khakahakah
Layankan aja lah yer.. Sebenarnya memang aku tak ada plan pon tahun ini nak buat open house
pon, tapi tu lah mungkin dah tertulis rezeki tu untuk aku kongsi dengan yang lain..

Dulu masa proses pindah rumah memang aku ada niat nak buat kenduri dan aku nak jemput anak-anak tahfiz tapi bukan lah dalam bulan raya tu, penat kemas rumah mengadap kotak-kotak aku rasa macam tak hilang lagi penat.  Iyerlah masa aku nak beli rumah tu kan susah sebab aku proses jual rumah condo tu tak settle lagi aku dah pergi apply loan nak beli rumah lain, sebab masa tu aku perasan gaji aku berjuta kot..hahaha tapi tulah Allah sentiasa membantu dan akan memberikan yang terbaik untuk hambanya.. Jadi masa tulah aku niat kalau rumah aku settle aku nak panggil anak-anak tahfiz tuk buat doa selamat..

Ok berbalik pada cite makan-makan.. dah lah sehari sebelum tu aku pergi amazing race office, dan kali ni Mrz cakap kalau boleh tak nak amik catering dia nak semua lauk masak sendiri.. Ok dia cite masak sendiri macam dia yang masak kan....

Jadi untuk memudahkan aku aku bahagi kan kepada 3.. Untuk nasi Briyani set aku masak, Ketupat set mak aku masak.. dan aku minta tolong mak mertua aku goreng meehoon.

Hari sabtu pergi beli barang, sebelum tu sempat pergi adik member kawin dan mulalah membeli barang, lepas pergi beli barang balik rumah tunggu orang pasang khemah, lepas tu pergi hantar barang dan anak-anak dekat rumah mak dan rumah mertua..

Lepas tu terus ke Hulu langat nak cari durian, tapi durian langsung tak jumpa tukar plan dari serawa durian ke bubur jagung, pergi cari jagung pulak...  Dalam tak sedar dah malam, singgah rumah mak amik anak-anak.

Sampai rumah dah dekat pukul 11malam, pukul 12 tidurkan zaffriel, aku pon sama tertidur terjaga pukul 2.00 pagi aku memulakan tugasan bersilat dekat dapur,,


Siap masak semua lebih kurang pukul 11pagi. Yang aku rasa lambat sebab mengoreng 10 ekor ayam.



Ini lauk yang ada, yang lain aku tak amik gamba. Tu pon gamba credit to Wani. Sehari tu aku langsung tak pegang phone sebab pakai baju kurung, Jadi gamba pon tak adalah..



Syukur dapat jugak panggil anak-anak tahfiz, ni Mrz yang dapatkan yang aku call banyak yang tak dapat sebab hari ahad sekolah tahfiz tutup, Ini yang datang ini pon kira rezeki sebab anak-anak ini tak bilik rumah, dorang stay dekat asrama, sebab tu tak berapa ramai yang datang.



Alhamdulillah...


Lebih kurang pukul 2, cuaca dah mendung jer..







Lebih kurang pukul 3 macam tu dah start hujan, Bukan sikit-sikit punya hujan, lebat selebatnya.. Hujan non stop yang duduk dekat khemah memang dah tak boleh nak bergerak... Keluar dari khemah compem basah..


Masa tulah khemah bertakung air, Bodoh punya orang pasang khemah ikat tak kuat, patutlah pasang khemah kejap jer tak sampai 1/2jam. Member-member yang datang pon siap boleh tidur dalam kereta. Ujan tak reda-reda..


Alhamdulillah ujan reda lebih kurang pukul 5ptg cam tu...


Boleh sambung membakar otak-otak


Masa hujan lebat kain lapik meja tu pon basah lenjun,, Aku dah call orang khemah tu suruh hantar yang baru, sampai kesudah tak hantar.. 


Jom karok..


Jiran depan rumah bagi, awal-awal pagi dah hantar... Tahniah sebab muda-muda sudah beli rumah sendiri... katanya!



Hadiah dari kak Ima


Jiran belakang rumah bagi


Dari kak niza


Kak yanti bawa brownies cake..

Mula-mula aku risau sangat lauk tak cukup, mak aku dah pergi pasar untuk standby kalau lauk habis, iyer memang kene masak lagi sekali... Nasib baik lah mak aku cekap dan pantas...

Ini first time aku buat kenduri makan-makan dekat rumah sendiri lepas tu masak sendiri selalu order catering jer.. ok lepas ini aku dah tau nak budget masak banyak mana.. 

Terima kasih pada semua yang sudi hadir, Moga Allah yang membalas jasa baik korang semua..
Insyallah ada rezeki lagi nanti kita buat makan-makan lagi yer... 
















Popular Posts