Showing posts with label Birthday / Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Birthday / Anniversary. Show all posts

Friday, February 3

Happy Birthday Arieff Ziqrie

Alhamdulillah ziqrie dah 7 tahun. Kejap jer masa, ziqrie dah sekolah. Tahun depan kalau ada rezeki zaffriel pon nak masuk tadika dah.

Selalu birthday anak-anak aku suka bawa dorang pergi beli Toys, nanti dorang pilih sendiri apa yang dorang nak, tapi tahun ini macam nak tukar sikit sebab hadiah birthday tahun lepas aku tak nampak dah bayangnya.

Mama : iqie tahun ini birthday ziqrie nak apa? Tapi mama tak nak beli iqie toys dah.
Ziqrie : Kenapa mama?
Mama : Sebab mama sedih lah, semua toys tak tau mana iqie letak, semua patah patah. Kita pergi jalan-jalan makan-makan jer ok tak?
Ziqrie : Ok kita pergi jalan-jalan dalam ToyRus.
Mama : Ha Ha masuk dalam tu kita jalan-jalan jerlah tak payah beli apa-apa ok?

Lama ziqrie diam.....

Ziqrie : Ok mama iqie dah tau nak pergi mana jalan-jalan. Boleh tak mama bawa iqie pergi Legoland?

Aku pandang Mrz... Mrz pandang aku.

Ziqrie : Boleh lah mama. Iqie tak penah pergi legoland. Iqie tengok gamba anty cinda (sepupu aku)
jer pergi.

Ko rasa apa bila anak dah cakap macam tu? Masa tu lebih kurang dari nak cuti raya cina. Hotel pon banyak dah dah sold out. Bila bincang dengan Mrz dia cakap next time lah. Kalau bapak-bapak ini memang cam tu eh? I cannot ok bila anak cakap macam tu. Sedih rasanya.

Aku pon kira-kiralah. Boleh tahan mahal jugak. Google lagi kot-kot ada promosi ke legoland. Tuk tahun ini banyak promo Mykad,Maybank,Astro tapi aku guna promo biskut Julies. Buy adult free child. Promosi sampai bulan April 2017.

Pastu aku saja email dekat Legoland saja tanya if ada apa yang special kalau pergi time birthday. Tuk budak umur 11 tahun kebawah kalau bergi tarikh birthday jatuh hari yang sama akan dapat masuk free ke legoland tapi jangan lupa pulak bawak anak ponya Mykid yer.

Sabtu subuh bertolak lah kami ke Johor empat beranak. Pukul 10 pagi dah sampai JPO.




Tak ada beli apa pon, tengok tengok aja. Tengok tengok aja pon sampai pukul 12, anak-anak dah bising lapar. oklah jom pergi lunch aku dah plan nak makan dekat Kedai Ikan Goreng Rahmat, Pasir Gudang.



Masa sampai kedai ini orang kedai tu kata semua penuh. Aku tengok meja ada jer yang kosong tapi semua orang dah reserve. Jadi kalau nak datang makan dekat sini time lunch atau time cuti baik lah korang call dulu reserve siap-siap tambah lagi kalau korang datang ramai. Cam kita orang berempat aja senang nak selit.

Lepas jer makan kita orang terus ke Hotel berhehat dulu.

Lepas Maghrib baru lah kita orang keluar. Singgah Aeon tebrau nak pergi cari sepotong cake untuk birthday boy, nanti nak dinner dekat Danga Bay sambil makan cake.


Alhamdulillah ini rezeki dan kebahagiaan yang Allah beri. 
Moga kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila







Ziqrie ajak aku naik mainan belakang tu, tak berani aku risau terbalik, terlangkup habis. 
ha ha.


Masa ini tengah tunggu makanan, makan tak best pon, ingat makan dekat sini adalah yang best seafood ker. Tak ada apa yang menarik pon laut pon tak nampak dah habis di tambak dah.


Boring dah kecik ini tunggu makanan lama sangat.


Lepas makan nyanyi lagu birthday tuk ziqrie lepas tu makan lah kek 2 potong 
kongsi berempat.



Benda sikit bila kongsi jadi sedap sangat.





Happy Birthday anak mama. Doa mama setiap kali birthday abg tetap akan sama sampai bila bila. Mama doakan abg akan berjaya dunia akhirat, Abg akan sentiasa di berikan kesihatan. Abg akan dilimpahi rezeki yang tidak putus putus. Abg akan jadi anak yang soleh dan moga abg akan menjadi penyejuk hati tuk kita sekeluarga. Terima kasih abg banyak perkara dan pengalaman baru yang mama belajar dengan adanya abg sejak tujuh tahun lalu. Mama akan sayang banyak-banyak tau .


Thursday, November 10

Birthday 2016



Lama nau tak update blog. Mood jatuh merundum menjunam junam ko.

Banyak oi cite cite best tak update rugi rasanya dari ilang langsung pasal semua cerita 2016 nak 
aku masukkan cerita birthday start dari birthday bob.

12 May 2016
The Garage KL


Macam biasa tak kisah lah birthday siapa pon, dia yang harus tiup lilin.


Pendik lagi rambut adik masa ni. Rasa nak potong jugak tapi rasa sayang pulak tapi hari hari lah kena shampoo kalau tak bau peluh masam ok.


Potong cake pon dia mesti kene turut serta, mesti kene pegang pisau sama-sama dengan dia.

Happy Birthday Ayah bob 26 tahun.

31 Julai 2016
Red Box The Curve


Kak Baskin Robbins sponsored by Fatin


Tengok dah standby nak tiup lilin


Ziqrie nyanyi lagu Birthday untuk Atok. Adik sibuk nak pisau.


Ok sikit lagi lagu nak habis


Habis jer lagu terus tiup tanpa ajak atok. ha ha.

Happy Birthday Ayah / Atok doa kami semua untuk ayah moga ayah di berikan kesihatan yg berpanjangan dan dilimpahi rezeki yang mencurah curah dan dipermudahkan semua urusan ayah. Insyallah.

26 August 2016
Red Box The Curve

Solan : Kenapa kalau birthday mesti pergi karaoke? Kenapa mesti pergi Red Box Curve?

Jawapan : Sebab Suka



Cake Ayah tempah. 


Macam biasalah, bunyi jer lagu birthday adalah 2 beradik nie.


Ziqrie ok lagi, adik memang tak lepaskan peluang langsung lah



Happy Birthday B. Semoga B di berikan kesihatan di murahkan rezeki, Insyallah doa dan kasih sayang dari kami sentiasa mengiringi setiap langkah perjalan B.


3 Oct 2016
Manhattan Fish Market









Happy Birthday Wanie


Nangis sebab birthday girl tak ajak sama tiup lilin. Kita orang pon tak perasan tiba tiba denga adik nangis. Ha Ha Ha


Nyalakan lah balik lilin. Siap dia suruh nyanyi lagu birthday tuk adik.


Happy face lepas dapat tiup lilin.


Sekian sahaja sambutan birthday untuk tahun ini. Insyallah moga di berikan kerajinan untuk update next entry. 











Wednesday, March 9

Izzan Birthday 2016

23hb sambut birthday anak. 25hb birthday sendiri.. Selalu kalau birthday family aku lah yang sibuk tanya nak makan dekat mana, nak makan apa, dekat mana nak sambut, dan aku siap create grop whatsapp khas untuk cerita pasal nak sambut birthday aja, Tapi orang yang nak di raikan tu tak adalah dalam grop tu. Dan semua cerita dalam grop adalah rahsia, kene buat macam tak ada apa apa. 

Tapi bila birthday aku, tak kan aku yang nak create grop jugak kan, jadi aku hanya diam aja lah, tengok apa yang akan berlaku.

 Hari birthday tu macam biasa, balik kerja amik anak dari rumah mak, mrz terus ajak balik, sebab dia kata nak pergi jumpa kawan lepas maghrib, dia kata aku bawak kereta sebab dia nak bawak moto, senang nanti nak keluar jumpa kawan tak nak bawak kereta. ok fine.

Keluar dari rumah mak sama sama tapi aku dah sampai rumah mrz tak sampai lagi, aku msg tanya dia dekat mana? dia kata tak jadi balik rumah, terus pergi jumpa kawan. Tapi suruh aku siap sebab lepas jumpa kawan nanti dia balik nak ajak aku keluar pergi office dia sekejap lepas tu nak pergi makan, tak payah masak. yezzzzzaaaa....

Mrz balik dalam pukul 8. dia kata nak keluar pukul 8.30malam, aku cakap boleh tak kalau tak nak ikut, aku suruh dia pergi office sendiri, aku penat malas nak keluar, mrz kata tak tak boleh.

Tapi dia drive terus jalan menghala nak pergi rumah mak..

Bila sampai mrz kata jom lah singgah kejap, ayah dah balik.

Bila masuk ziqrie dah jerit, mama cepat ada belon lah... ha ha penuh rumah dia gantung dengan 
belon.




Mak masak mee rebus, satay bob beli.


Kek mak tempah dengan kawan mengaji dia.


Ziqrie ngan zaffriel macam biasalah kek birthday di kongsi tiup bersama.

Lepas tu rumah penuh dengan pak cik ngan mak cik, mak jemput semua datang, rasa malu pon ada umur dah 32 sambut beriya iya, kira macam buat birthday party. 



Hadiah tuk hari tu jam, perfume & Duit raya.



 Ini pulak sambut birthday dengan member office dekat restoran Rebung.

Alhamdulillah, I am so grateful to be surrounded such wonderful & lovely people.

Terima kasih semua......

Popular Posts