Thursday, May 22

Kedai Lampu murah Puchong

Nak kongsi pasal kedai lampu murah tahap melampau-melampau dekat puchong sebelum tu ada jugak lah aku dengan mrz pergi masuk jenguk-jenguk dekat kedai dekat area rumah, langsung tak berkenan sebab mahal..

Aku pergi 1st time hari berkerja orang tak berapa nak ramai, jadi pilih lampu agak aman berbahagia...
minggu lepas pergi lagi sekali hari sabtu, sebab ada lagi lampu yang tak cukup.. Punyalah ramai orang, bila berjalan habis berlaga bontot..



Ko tengok punya lah ramai orang nak beli lampu selalu aku tengok kedai lampu selalu lengang jer kan...


Gamba-gamba ini aku amik masa aku pergi hari kerja, kalau korang pergi time cuti aku rasa tak dapat lah kot nak amik gamba dengan tenang bergini.. Pandang semua orang semua mendongak jer tengok lampu..


Lampu yang mungkin berharga beribu-ribu dekat kedai main dekat sini mungkin dalam ratus-ratus jer, tapi mungkin lain dari segi kualitilah tu aku kurang pasti, tapi mungkin yang sama aku beli lampu kalimantang  LED yang 4 kaki RM50 kedai lain RM65-80 bezakan


Kipas pon murah dekat sini, aku lupa nak amik gamba ada orang beli kipas dekat 10 biji.. mungkin murah sangat agaknya semua dekat rumah ganti yang baru..


1 set 3 biji lampu berjuntai-juntai tu baru RM170


Bukan ini jer ada macam-macam bentuk lampu dekat sini



Lampu down light pon murah dari harga RM4.00


Kalau datang sini compem tengkok lengok sebab asyik mendongak jer..

Konsep dekat kedai ini..

1. Pilih barang (biasanya ada sorang pekerja yang akan layan korang, ikut jer bontot korang)
2. Test barang
3. Bayar barang.. tuk bayar korang akan diberi no giliran.
4. Pekerja akan check barang sekali lagi dah akan terus pekerja tu masukkan dalam kereta..


Selamat menyopping lampu lampan!



1 comment:

Azuin Awin said...

Dkt mane ni? Alamat pls...

Popular Posts