Monday, December 9

Cuti Cuti Langkawi Penang Day 3 & 4

Day 3 - Last day dekat Langkawi celik je mata dah ajak pergi swimming pool, sebelum tu pergi sarapan dulu. 




Last kopek bagi dorang beremdam, ada dekat 1 jam juga  dorang mandi, Seronok tak ada orang sangat pon pagi ini, tapi rasanya bilik semua cam penuh.


Check out dari hotel pukul 11.00 pagi cam tu singgah dobi kejap pergi keringkan towel. Tiket ferry dah beli online jadi tak risau sangat dah pasal ferry. 

Beberapa tahun lepas pernah pergi Langkawi sama jugaklah drive tapi tiket ferry beli dekat kaunter. Sampai jetty pukul 12.00 lebih ferry kan ada setiap 2 jam, tiket pukul 2.00ptg  dah habis yang ada pukul 4.00ptg. Korang bayangkankan duduk menunggu berapa lama. Sebab tu aku dah serik beli awal senang tapi korang kena pandai arrange masalah.


Lepas settle dobi singgah The Zon dekat cenang Mrz nak bali rokok. 1 orang, 1 cotton rokok 
korang kena bermalam di Langkawi sekurangnya 2 malam. Jadi kena simpanlah resit hotel ke, tiket ferry, tiket flight ke kira sebagai bukti yang korang dah berapa hari ada dekat Langkawi in case kalau nanti kena tahan masa check dengan Immigration. Tapi masa aku lalu lalu dekat Immigration dorang tak check bag pon terus je jalan. 



Besarkan sikitlah gambar ini nanti korang tak nampak pulak aku berdiri di belakang barisan lauk yang banyak tu. Banyak pilihan lauk.


google

Aku tau kedai ini hasil dari review blog jugak lah, korang nak pergi sini waze je Kak Yan nasi campur. Lauk pauk memang banyak. Lupa pulak nak ambila gambar apa yang aku makan. Aku aku lauk ikan bakar, sayur ziqrie ayam goreng & mrz lauk ayam sayur kot. Air sorang 1. Murah jugak lah dalam RM25.00 cam tu.

Lepas makan terus ke Jetty nak pulangkan kereta call, whatsapp budak kereta tu tak dapat.

Nasiblah ada no kawan dia lagi sorang. Dia cakap akak parking je kereta dalam kotak parking lepastu kunci letak bawah carpet. 


Masa ini punyalah panas. Patutlah wani cakap sebelum aku pergi hari tu. Nanti masa sampai pon dah barai sebab panas terik. 

Masa aku sampai 1 hari hujan rintik rintik pastu mendung je. Hari ke 2 pon sama hujan dari malam bawa ke pagi, jadi tak tak rasalah sangat panas tu.

Ini nak balik barulah rasa panas terik tu. Rasa nak berbakar kulit, tapi masuk ke dalam kawasan jetty lega ada aircond. Aku sukalah jetty Langkawi cantik dan selesa memang berbeza dengan 7 tahun lepas. Pada aku selesa.

Sesak oii naik ferry, Kali ini pon sama tak dapat duduk sama sama lagi tapi sederetlah 1 kerusi di tengah, dekat tempat aku duduk ini ada 4 kerusi kita 1 kerusi kosong. Bila ferry dah gerak mrz pindah tempat. 




Mula mula je ini lepas gambar ini aku pindah duduk tepi tingkap, aku dapat sandar kepala dekat tingkap tu bapak dia layan anak beli keropok lah air lah aku boleh terlelap.


Dah sampai dia cakap tadi adik makan macam macam, aku cakap lah kenapa tak bagi mama? dia balas siapa suruh mama tidur. 



Samapi jetty Kuala Perlis terus berjalan  pergi ke kereta plan seterusnya nak pergi ke 
Pulau Pinang. Kan ziqrie nak naik ferry penang.



Alhamdulillah tak payah beratur kereta tak banyak pon walaupon masa ini time orang balik kerja.







Ramai je orang yang duduk dalam kereta tak keluar, aku rasa tu mesti orang penang. Dorang tak heran pon. 


Zaffriel tak ada mood masa ini, masa naik atas ferry dia tidur. 














Turun dari ferry dah pukul 7 lebih, sampai hotel dah gelap. 
Dekat penang aku booking The Northam All Suite Penang.



Lobby hotel.




Bilik ini katanya sea view tapi sampai dah gelap selak langsir tak nampak apa pon gelap aja.








Letak aja beg kita orang keluar cari makan malam.


Disebabkan hotel kita orang dekat Gurney, jadi pergi makan dekat  Gurney Drive.

Macam macam ada meriah.


Lepas makan terus balik hotel. 





Bertapa seksinya toilet dia.



Balik tu 2 beradik ini mandi, seronok dorang berendam habis 1 botol sabun aku.


Esok pagi selak je langsir... wahhh cantiknya.............




Pukul 12 kita orang siap siap nak check out nak balik KL dah.


Malam sebelum tu mrz tanya esok sebelum balik ada nak singgah mana ke? Aku google lah tengok tempat ini macam cantikkan tuk ambil gambar. Konon konon macam dekat Blue Boat House Perth.

Jadinya sebelum pergi makan kami pon singgahlah dekat Chew jetty.



Dari depan sepanjang dalam ini ada jual cenderahati. Kedai makan cina banyak dalam ini.




Ini penghujung jeti aku tak jumpa pon rumah merah ala Blue Boat House tu.

Mrz kata dah roboh kot. Kayu dah reput.





Masa ini penas tak boleh bincang.


 

Walaupon panas tetap bergambar.



Masa check out hotel tadi aku tanya dekat budak hotel itu mana nak makan nasi kandar sedap. Dia cakap selalu dia makan dekat Deen Maju dia kata dekat je dengan area hotel.

Aku tanya makan dekat Line Clear tu sedap ke. Dia cakap dalam loghrat Penang lah....
 kami orang penang tak pergi pon makan dekat situ sebab kedai dia kotor. Orang KL yang suka makan situ beratur panjang.



Murah lah makan dekat Deen maju ini total 3 orang makan RM25 siap dengan air dan nasi tambah.
Harga nasi tambah dengan kuah kari 0.50sen.



Ini masa kita orang keluar dari kedai, nasib kita orang cepat sikit sebab masa datang tadi tak ada pulak kena beratur. Masa ini lebih kurang pukul 1.30petang


Selamat beraturlah. Kami dah kenyang.








Lepas makan tu teruslah drive balik ke KL. Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 6.30petang jalan lengang cuma ada separuh tempat jem sikit sebab ada buat jalan raya. 

Rasa lalu dekat Ipoh ziqrie zaffriel nampak Maps dorang ajak pergi lagi. Sabar ya anak bagi mama bernafas dulu. 

Sekianlah percutian Anniversary bersama anak anak. Rasanya sampai anniversary ke berapa pon aku pergi jalan memang anak angkut anak. Sebab nya aku tak reti pergi berjalan tanpa anak. 

Mak dengan ayah aku pon tak pernah pergi berjalan tanpa aku dengan abob.

Bercuti kali ini aku rasa naik boat di Langkawi yang paling best. Hotel pon best 1 sebab kawan belanja 1 sebab hotel itu menang best, bersih. Sila lah pergi :)


















Popular Posts