Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, February 7

Legoland Malaysia

No doubt, Legoland is a must visit place in Malaysia.

Hari yang di tunggu-tunggu, bukan ziqrie zaffriel jer yang tunggu, mama pon seronok sangat nak pergi legoland ha ha.


Welcome to Legoland Hotel










Zaffriel takut. terkejut tengok lego besar cam tu, selalu beli kecik jer.


Beli tiket dengan harga promo biskut julies 1 adult free 1 child tapi kena beli dengan harga biasa, tak boleh campur dengan promo lain tapi still murah. Ziqrie masuk free sebab birthday.  


Legoland Malaysia




Akak tidak kelihatan di dalam gamba ya. sebab 3 beranak ni dah puas bergamba masa aku beratur pergi bili tiket. Alhamdulullah beli tiket beratur tak lama dalam 15 minit aja. Ramai yang cakap pergi cuti raya cina mesti ramai orang. Rezeki birthday boy tak ramai sangat pon orang.



Tada... Harus lah bergambar jugak tempat wajib ini. Kan...
Tengok kakak belakang aku tu dia lagi seronok sampai Legoland.


Tak boleh jadi ini, kita orang pon mesti kene angkat tangan jugak macam kakak tu.. hip hip horeeey.


Owh terlepas pulak gamba, ini berjalan dari perking ke Legoland. boleh tahan penat jugak lah.


Rescue Academy best game ini. Ada 2 truck bomba dan 2 truck Polis kira macam kene berlumba tuk padam api dan patah balik ke tempat mula tadi.  



Aku naik ni asyik gelak jer. Ada amik video tapi video gegar-gegar. gelak je. Mula-mula ziqrie pam. Bila balik ziqrie suruh aku pulak, dah lah masa pam air aku bergabung tenaga dengan Mrz. Boleh tahan penat tapi best tuk family bonding. Apa yang penting? Kerjasama. Tak kisah lah menang ker kalah. Janji happy.


Beriya ni padam api.


Boating School. Permainan ni pon aku suka. Wah aku suka tau haha. 
Ziqrie yang bawa aku duduk sebelah aja. Ziqrie banyak kali langgar Auntie yang gamba bawah ini. 
Aku cakap dekat ziqrie, kenapa langgar-langgar? Ziqrie kata kalau bawak betul-betul nanti kita cepat sampai, kalau langgar-langgar lambat sampai.boleh main boat lama.
Oklah ziqrie sebab mama pon tak nak cepat sampai. ha ha.


Auntie belakang Mrz tulah ziqrie asyik langgar boat dia. sekali dua langgar dia senyum lah. Masuk kali ke 3 muka dia dah lain, pastu dia laju jer tinggal ziqrie. Ha ha.



Masa main ni hujan dah rintik-rintik, alhamdulillah cuaca redup sampai petang.


Driving School untuk umur 6-13 tahun.


Ambil gamba Lesen dulu.




Seronok budak-budak


Senyum adik.


Junior Driving School 3-5 tahun


Sementara tunggu adik layan lego dulu. Lego merata-rata. Masa datang jakun jugak lah tengok lego lepas tu dah jadi biasa. 


Twister. Aku naik berdua dengan ziqrie, Zaffriel tidur. Aku tak suka pusing-pusing pening kepala.


Dah tenghari anak-anak dah bising lapar. Kita orang makan dekat Market Restaurant.


Masuk jer dalam restaurant ini tengok ada mascot lego chef ni. Aku pon seronok jumpa mamat ini.
Rasa macam nak peluk, selalu aku jumpa kepala dengan dengan tangan dia jer yang bersepah kat rumah. Terpijak sakit ok. Tapi bila dah jumpa cam ni tak perlah Mr chef i rela kaki i sakit kerana terpijak kepala u.


Lego Lego suruh panggil makan pon susah tapi ok lah babah dorang bangun pergi suap anak makan.



Nasi briyani set RM 30. Air Ribena buah potong / ice cream 
 


Kids set RM 18. Air Ribena buah potong / Ice cream

Ada lagi aku beli tak ada gamba pulak. Lego fries RM 8. 






Dalam tempat Lego Star Wars ini tak ada games cuma lego-lego mungkin dari cerita star wars aku tak paham sangat sebab tak penah tengok cerita star wars. Jadi aku sangat tidak menghargai.











Amik gamba jerlah walau pon tak paham.


Legoland Express Train. Pusing pusing dalam kawasan legoland.


Best duduk depan sekali sebab tak payah beratur kan. 





Perasaan yang tak boleh terungkap bila anak-anak happy.


Kids Power Tower. Tengok macam tak tinggi rupanya bila baca 15kaki jugak.



Benda ini kena tarik sendiri untuk naik. Mrz kata bila naik ziqrie bising. Dia gayat.


Dragon's Apprentice. Aku naik berdua dengan ziqrie. 


First time ziqrie naik roller coster. Ziqrie kata dia suka.


Sedih jer muka.


Cute siap ada bunyi orang bertukang. Tapi bila tengok jer patung lego ini. kita tau ni mat salleh kan,
Patutnya buat lah gambaran orang malaysia, berkain pelekat, kepala berkupiah. Barulah betul. 


Aku kalau tempat ada castle ini aku suka. mesti bayangkan ala-ala macam puteri.
Nak buat cam mana akak membesar dengan cerita Cinderalla.


Royal Joust.








Ice cream free tuk birthday boy.


Observation Tower. Best dapat tengok kawasan legoland. dan dapatlah rehatkan kaki dan lelah.



Ninja Go The Ride. Tempat yang ziqrie nak sangat pergi.














Minta tolong ziqrie amik kan gambar. Ingat nak gambar berdua aja, tiba-tiba masuk jugak si kecik tu.






Habis dah banyak lagi permainan yang tak sempat nak main 1 hari tak cukup lah. Insyallah nanti ada rezeki kita datang lagi yer anak-anak. Pada yang belum pernah ke sini bawak lah lah anak datang. Bayaran masuk agak mahal tapi insyallah berbaloi.






































Bey Legoland. Jumpa Lagi. Soon soon.. Ha ha



Popular Posts