Friday, November 25

Bye Bye Little Caliph



Alhamdulillah Ahad lepas 20 Nov 2016 anak mama Ziqrie dah convo dari Kindergarden Little Caliph Taman Kosas, kejap jer masa 2 tahun berlalu. Aku masih ingat 1st day hantar ziqrie pergi sekolah. 
Jadi sebelum aku lupa baik lah tulis dekat sini sebab nanti beranak lupa ha ha. Mrz sibuk dah suruh aku beranak lagi. Sibuk nak anak kecik, sibuk nak baby girl. Nanti lah yer b belum lagi. Tak ready lagi nak bersalin lagi. 


Convo tahun ini dekat International Youth Centre Cheras, acara start pukul 8.45pagi, pukul 8.00pagi aku dah tercongok kat sana, best datang awal dapat pilih tempat yang ko suka, haruslah duduk depan sekali kan. 


Seronok tenguk muka anak anak fresh jer bangun pagi, happy jer.


Muka sembab gila, aku tak dengan Mrz tak cukup tidur sebenarnya, Hari sabtu ada 2 majlis kahwin balik siap-siap terus pergi dinner office, sampai rumah dekat pukul 1 pagi, terus packing baju sebab lepas majlis convo ziqrie nak fly ker langkawi, pukul 4 tidur bangun pukul 6pg terus ke sini. 



Sebab sampai terlalu awal banyak sangat masa. Ha Ha Ha..


Gamba teacher dia hantar masa tengah tunggu turn nak buat persembahan.


Masa persembahan ini, adoi sayu nya hati bila tengok anak anak ini nyanyi. Pelik betul lah persaan mak mak ini, sikit sedih sikit touching sikit nak nangis. Aku tengok mak mak lain pon nangis, sempat toleh kt Mrz dia tak delah nangis tapi sayu jer muka dia.


Sebenarnya anak anak kita ini tak tau apa sebenarnya yang berlaku masa ini, yang dorang tau teacher dah ajar menyanyi, teacher dah suruh buat macam ini buat macam tu, apa yang dorang paham hari ini tak belajar hari ini hari untuk nyanyi happy happy dengan kawan kawan. 



Habis persembahan dorang di arak masuk dalam dewan dengan bunga manggah meriah sangat.


Untuk acara penutup ada persembahan ramai ramai. Tuk convo hari ini ada 4 sekolah rasanya dan pagi ini hanya untuk student 6 tahun aje.



Alhamdulillah selesai sudah acara hari ini. 


Tahniah ziqrie anak mama. Terima kasih kerana bagi mama peluang merasa pangalaman hantar anak ke sekolah. Banyak perkara dan pengalaman yang mama dapat membesarkan abg. Insyallah we looking forword tuk hantar abg kesekolah rendah pulak yer.


Mama love abg ziqrie so much.


Nak tempek gamba trowback dari awal ziqrie masuk sekolah.















All the best anak mama. We will together explore the new world. Insyallah.












Thursday, November 10

Birthday 2016



Lama nau tak update blog. Mood jatuh merundum menjunam junam ko.

Banyak oi cite cite best tak update rugi rasanya dari ilang langsung pasal semua cerita 2016 nak 
aku masukkan cerita birthday start dari birthday bob.

12 May 2016
The Garage KL


Macam biasa tak kisah lah birthday siapa pon, dia yang harus tiup lilin.


Pendik lagi rambut adik masa ni. Rasa nak potong jugak tapi rasa sayang pulak tapi hari hari lah kena shampoo kalau tak bau peluh masam ok.


Potong cake pon dia mesti kene turut serta, mesti kene pegang pisau sama-sama dengan dia.

Happy Birthday Ayah bob 26 tahun.

31 Julai 2016
Red Box The Curve


Kak Baskin Robbins sponsored by Fatin


Tengok dah standby nak tiup lilin


Ziqrie nyanyi lagu Birthday untuk Atok. Adik sibuk nak pisau.


Ok sikit lagi lagu nak habis


Habis jer lagu terus tiup tanpa ajak atok. ha ha.

Happy Birthday Ayah / Atok doa kami semua untuk ayah moga ayah di berikan kesihatan yg berpanjangan dan dilimpahi rezeki yang mencurah curah dan dipermudahkan semua urusan ayah. Insyallah.

26 August 2016
Red Box The Curve

Solan : Kenapa kalau birthday mesti pergi karaoke? Kenapa mesti pergi Red Box Curve?

Jawapan : Sebab Suka



Cake Ayah tempah. 


Macam biasalah, bunyi jer lagu birthday adalah 2 beradik nie.


Ziqrie ok lagi, adik memang tak lepaskan peluang langsung lah



Happy Birthday B. Semoga B di berikan kesihatan di murahkan rezeki, Insyallah doa dan kasih sayang dari kami sentiasa mengiringi setiap langkah perjalan B.


3 Oct 2016
Manhattan Fish Market









Happy Birthday Wanie


Nangis sebab birthday girl tak ajak sama tiup lilin. Kita orang pon tak perasan tiba tiba denga adik nangis. Ha Ha Ha


Nyalakan lah balik lilin. Siap dia suruh nyanyi lagu birthday tuk adik.


Happy face lepas dapat tiup lilin.


Sekian sahaja sambutan birthday untuk tahun ini. Insyallah moga di berikan kerajinan untuk update next entry. 











Popular Posts