Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Tuesday, February 19

Grand Laxis PD - Day 2

Lama giler amik masa nak sambung cerita pasal pergi PD..
Ok sambungan hari ke 2 di PD..... Pagi tu bangun untuk pergi sarapan di hotel...
Makanan dekat sini tak de 1 pon yang aku rase sedap, bak kata ayah aku makan
buffet dekat hotel mana ada yang sedap.... iyerlah tu ziqrie yang kecik tu pon pandai complain
makan tak sedap, dan dia request nak roti canai... nampak tak roti canai mamak tangan berbulu
lagi sedap tu dari makan dekat 5 star hotel....











Lepas jer habis makan kami semua balik semula kebilik bob pulak beremdam, aku tertidur sebab sakit pinggang menyerang.... Lagi pon dekat PD bukan ada tempat pon nak berjalan sakan @ menyopping.... Jadi sesekali pergi hotel mahal baik habiskan masa duduk dalam bilik jer kan... gunakan sebaik-baiknya...





Bila petang sikit kami nak keluar jalan-jalan sekitar PD... tapi sebelum tu harus bergambar dulu lah kan...















Jadi destinasi kami ada lah ke Teluk Kemang, kononya nak pergi makan lah dekat kawasan ini
tapi eemmmm semua nya rasa hampeh...




Lepas jer ke teluk kemang yang tak ada apa-apa tu kami ronda lagi sekitar kawasan PD benti sekejap
tengok tempat orang memancing tapi tak tau nama tempat ini apa... main singgah dan redah jer... duduk 
sekejap makan ais krim pastu terus pergi makan malam...




Lepas habis jer makan malam yang agak barai jugak dan tak de mood nak amik gamba makanan
terus balik ke hotel, aku aku beremdam dalam pool dengan MrZ sampai pukul 12 tgh malam... hahahaha sangat gumbira.... ini ppon tak de gamba.. mana boleh amik gamba semasa suami isteri sedang mandi pool berdua-duaan... tapi kejap-kejap ziqrie mengintai dekat tingkap... 


Jadi aku sambung terus lah yer Day 3.......
Bangun pagi pergi sarapan pastu lepak sahaja dalam bilik jalan-jalan sekitar hotel......
berkemas sebab nak checkout dah.... Sedih....














Pada akulah Grand Laxis ini sangat cantik, memang berbaloi lah dengan harga die.. dan amat sesuai
untuk pasangan yang nak berbulan madu dan anniversary tanpa sebarang gangguan.... So apa lagi datang jangan tak datang :)


Friday, February 8

Grand Laxis PD

Cuti-cuti malaysia di PD.. Hahahah memandangkan dah dekat-dekat nak bersalin kan tapi still nak pergi holiday jadi hanya ke PD... Macam biasa holiday di taja sepenuhnya oleh ayah.. hahahaa

Bertolak pada 18 Jan 2013 lebih kurang pukul 12.30 tenghari sebabkan bob ada class ari tu jadi die datang sendiri aku tumpang kereta ayah jer senang dan jimatkan..hahaa


Sampai jer di tol sungai besi berhenti makan KFC kejap... Ziqrie yang nak makan... Atok kan mana boleh say no to cucu kesayangan, tapi makannye tak banyak mana pon.... Lepas makan teruskan perjalanan sampai di PD lebih kurang pukul 3.00 petang.. Sementara tunggu ayah di counter haruslah bergamba walau pon perut besar ke depan...

















Jadi di sebabkan dengan bag yang betimbun macam nak pindah terus, terpaksa lah naik buggy lagi pon agak jauh nak berjalan pergi ke bilik.... jauh tuk mak buyung dan orang yang memang pemalas macam aku..
perkhidmatan buggy ini memang sentiasa ada... staff dorang memang bersedia anta dan ambil korang dari lobby kebilik dan bilik ke lobby...






Naik buggy ini laju nak mampus kecut peranakkan aku dah lah jalan sempit ngam-ngam tuk buggy ini lalu, tapi walaupon kecut-kecut setiap kali nak keluar memang aku call buggy ini, malas giler nak jalan.....



2047 ini bilik kami tuk 3 hari 2 malam



Melangkah masuk jer dalam bilik ini ... terus keluar Wow...... memang bilik yang sangat cantik aku jadi lupa diri sekejap..... Dekat sini ada beberapa jenis bilik dan bilik yang kita orang menginap ini nie jenis atas air...



Haaaa... yang nie tipu dalam website air nya sikit punya biru tapi ini lah rupanya sebenarnya.. iyerlah kan PD bukan pulau sipadan....



Belum apa-apa lagi si kecik ini dah naik turun katil tak sempat mama nak amik gamba tau ziqrie ini....






 Dari bathroom bilik ini kalau korang bukak jer tirai tu terus mengadap laut... Haaa baru lah feeling cam orang puteh kan mandi mengadap laut..hahaha















Sementara tunggu bob sampai, tanpa membuang masa terus lompat ke dalam pool yang kedalaman nya hanya 4 kaki.... Amat sesuai untuk mereka yang tak berapa tinggi cam ziqrie :P tapikan aku rasa ini ini yang paling seronok mandi pool sebab aku boleh buat sesuka hati aku tak de orang tengok, aku kuak lentang kuak lentik semua jenis kuak aku buat ini pon nasib baik perut memboyot kalau tak tak tau lah aksi ape lagi yang aku buat....



Bob sampai lebih kurang pukul 6 petang, di sebabkan tak sempat nak sambut birthday mak yang dah lepas
kita orang bercadang pergi karaoke, tak tau mana tempat nak karaoke di PD kami terus ke seremban 2.. ke Green Box...












Happy Birthday mak... Terima Kasih atas kasih sayang dan perhatian yang mak berikan pada kami semua... Sepanjang akk mengandung ini mak tak henti-henti tanya dan masakkan apa yang akk  teringin nak makan sampai akk suruh mak buatkan kek pon mak buatkan, siap cakap akk nak yang mak buat tak nak beli kat kedai..hehe ... mengadakan....

Malam tu nyanyi dari pukul 8.00 malam sampai pukul 12.00... aku tak sedar diri ok dah tau mengandung tetap nak nyanyi pada hal suara dh tak sampai tersemput-semput aku.... Tapi tersemput-semput pon aku enjoy jer... suara tak sampai ada aku kisah janji kene perasan suara power ala-ala siti...hikhkhik

Ok habis untuk 1st day nanti aku sambung eh next entry.. aku sebenarnya susah skit sekarang ini duduk lama sakit pinggang... nak g luruskan pinggang jap.....















Popular Posts