Monday, January 20

Happy Birthday Mak....

12 Jan 2014 mak berusia 52 tahun, Syukur mak diberikan kesihatan yang baik....
dan pada usia ini juga mak berhenti kerja, setelah hampir 34 tahun berkerja membantu ayah 
untuk membesarkan kami 2 beradik.. Dulu masa aku sekolah rendah aku selalu tertanya-tanya
kenapa mak kerja, kenapa mak tak duduk rumah macam mak kawan-kawan aku yang lain..
bukan apa cuma setiap kali tengok kawan-kawan pergi sekolah mak hantar, dan aku pergi sekolah
jalan kaki bertemankan kawan-kawan aku jadi tertanya-tanya, tapi bila aku semakin besar aku sedar
sungguh besar pengorbanan mak... berkerja untuk keluarga.. 
Dan sekali lagi mak berkorban untuk keluarga... bila mak buat keputusan untuk berhenti kerja untuk 
menjaga cucu-cucunya, mak dan ayah tak kasi bila aku cakap aku nak hantar anak-anak aku ke nursery.. Bila aku dapat tau tak ada siapa yang nak jaga anak-anak aku, kepala aku jadi blank dan apa yang aku mampu buat hanya menangis dan apa yang aku nampak hanya muka anak-anak....

Kenapa anak-anak aku tak ada orang nak jaga???
Biarlah itu menjadi rahsia di hati aku, tamparan paling hebat untuk aku...

********************************************************************************
Aku tak suka bila bercerita kisah keluarga....... Perasaan akan bertukar jadi sedih....

Ok cerita pasal sambutan birthday mak kali ini... cuma aku anak beranak jer + Wani
dan macam biasa kami pergi karaoke, dekat Red Box the curve.....






Tapi yang tak berapa nak syok biasanya kalau dekat red box ada lunch buffet tapi dekat the curve ini tak ada pulak.. 


Yang aku suap zaffriel ini nasi putih + ayam kari masin


Nasi putih + kari daging manis


Nasi goreng tak ada perasaan (tak ada rasa ape2)


Nasi lemak + Ayam sambal (yang nie tak tau rasa cam mana sebab aku tak rasa)


Dan seperti biasa, birthday orang semua birthday die...


Suruh atok nyalakan lilin sekali lagi sebab tadi tak puas tiup sebab opah tiup sekali...


Dah dapat tiup baru puas hati dan boleh senyum..


Ini sebab kurang paham jer, tengok tahun depan birthday opah ada 2 orang
yang nak tolong tiupkan lilin kek opah..




Still tak tau birthday siapa sebenarnya..hahahaa




Btw ini aku print screen dari Fb aku... hadiah yang tak seberapa tu, aku belikan mak handphone...
itu jer yang aku mampu nak beli tuk mak, itu pon tak seberapa jika nak bandingkan apa yang mak dah berkorban untuk kami semua...


HAPPY BIRTHDAY MAK... WE ALL LOVE U SO MUCH..............







Thursday, January 16

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Jalan-jalan 4 beranak ke bukit tinggi ini kali ke 2 pergi sini tapi dulu pergi bertiga dan jalan-jalan jer tak tido pon.. click sini kalau-kalau nak baca post yang dulu.. tapi kali nie pergi duduk dekat bilik jer sebab tempat-tempat macam rabbit, taman jepun tu dulu dah pernah pergi.. dan aku rasa cam tak ada ape yang menarik sangat untuk aku pergi lagi sekali...


Sebenarnya bilik ini terlalu besar untuk kami berempat.. Mula-mula ajak bob dengan wani tapi 
dorang tak dapat nak pergi sebab ayah wani operation hari tu.. 


Bilik mahal tapi alahai tv kecik.. bila kita orang nak tengok tv terpaksa tarik tempat tv tu kedepan sebabnye
tak nampak..tapi peti ais sikit punya besar, agak kurang faham disitu dari habis duit beli peti ais baik ko 
beli tv... 


Suka dengan bilik ini nak ke bilik siap ada anak tangga... Rasa macam 
wow..... 


Budak kecik nie dekat mana mama die nak amik gamba die pon nak menyelit jer..



Emmmm tahap kebersihan bilik mandi kurang memuaskan.. aku masuk bilik mandi kene pakai selipar




Sebelum sampai dekat sini kami singgah di genting sempah beli bekalan makanan tuk anak-anak...


Tapi sebelum bertolak dari ampang sempat pergi beli bekalan makanan tuk mak bapak anak-anak..


Kari ayam ini kalau tak silap aku beli ayam brand boleh tahan sedap..


Ini tuk stand by yer sebab makanan dekat sini boleh tahan mahal harganya.. tapi bila malam kita orang pergi 
jugak makan dekat bawah hotel ini.. 



Ini aje gamba yang aku ada.. gamba semua mrz amik guna camera phone die jer, 
boleh pulak memori card die jadi giler semua file hilang termasuklah gamba-gamba..
Gamba yang ada ini dalam phone aku.. kene beli camera jugak ini...

Tapi best lepak dekat sini rugi duduk 1 malam jer.. seronok lepak-lepak, makan-makan
dengan cuaca yang sejuk rasa macam tak nak balik kl lah...

c
haha ok bye!

Wednesday, January 15

Online shopping di Zalora Malaysia

Assalammualaikum...

Hari nie nak kongsi-kongsi cerita dan pengalaman shopping online.. sebelum nie aku pernah cerita 
aku agak menggila menyopping online click sini kalau nak baca... tapi sekarang saiko aku makin menjadi-
jadi.. Hari-hari nak kene bukak web zalora dan selalu yang aku tengok kasut jer.. Kalau bab-bab baju 
ini memang aku akui aku tak beli online sebab takut tak muat, tapi kalau beli kasut insyallah...

Lai-lai aku nak cerita pengalaman shopping di zalora.. Sebut jer zalora semua orang dah tau rasanya, iyerlah iklan zalora kan selalu keluar dekat tv, sampaikan ziqrie pon boleh hafal iklan tu...Aku baru jer berjinak-jinak shopping dengan zalora..Sejak bulan puasa hari tu.. tak silap aku masa tu lagi beberapa hari nak raya.. Nak keluar pergi shopping time-time dekat nak raya memang dah taulah compem shopping complex semua sesak orang sibuk  nak shopping raya last minit.. aku pikir nak cari kasut jer sepasang dengan nak angkut anak-anak, bersesak-sesak nak cari parking, nak pilih kasut, nak beratur bayar lagi tu pon nasib baik kalau ada kasut yang  berkenan di hati, kalau tak beli karang compem kene bebel dengan mrz...

Pikir punya pikir teruslah buka web zalora.. saja jer nak tengok-tengok kasut kalau ada yang terjatuh cintakan... Last-last memang ada.. tapi terpikir pulak...
Selamat ker shopping dekat zalora???? Apa lagi terus lah google... alamak ramai pulak yang cerita zalora tipu, order barang lambat sampai.. ada yang kata order tapi barang tak sampai... adoooiii terus jadi serba salah.. pikir-pikir nak beli ker tak.. tapi bila pikir balik tak kan zalora berani nak menipukan.. iklan sikit punya gah hari-hari keluar dekat tv.. Kalau betul tipu nanti saman jerlah.. Wahhh klas nak saman kaoooo....

Jadi laju jerlah mengorder kasut tuk raya..

Ok macam mana nak order?

Pergi ke web Zalora... dan buat pilih...



Lepas dah pilih mana yang berkenan di mata dan hi hati boleh lah proceed. Ada macam-macam 
cara nak buat bayaran..

1. Online banking CIMB Clicks atau Maybank2u.
2. Cash on Delivery (COD)
3. Credit card
4. Debit Card Master card atau Visa

Lepas dah settle buat bayaran korang akan dapat email order confirmation dari zalora...


Dan bila barang yang korang order itu dah keluar dari warehouse zalora sekali lagi zalora akan hanta email Order shipped berserta tracking numb, Selalunya kalau order yang dah bayar zalora akan gunakan perkhidmatan GDEX tapi jika korang pilih COD akan dihantar oleh TA Q BIN.. Jika barang yang korang beli lebih daripada RM75.00 penghantaran adalah percuma jika kurang korang hanya bayar RM5 untuk kos penghantaran.

Betul ker macam yang ramai cakap barang lambat sampai???
Ini pengalaman aku sendiri selepas beberapa kali online shopping dengan zalora.. Biasanya barang akan 
sampai dalam masa 3-4 hari waktu berkerja tapi cam aku sendiri salu order hari ini esok dah dapat.. :)
so banyak yang kata order lambat sampai sama sekali tak betul..

Kalau dah dapat barang tapi rasa tak puas hati... tak muat macam mana??? Korang boleh return semula barang tu ke zalora dalam masa 30 hari bermula dari tarikh yang korang dapat barang tu, biasanya dalam bungkusan barang yang korang dapat tu akan disertakan return slip dan plastik bungkusan, senang lah korang nak return barang tu semula.. dah return gunakan perkhidmatan Pos Laju..



Dan bila barang yang dipulangkan telah selamat di terima oleh zalora korang akan dapat email dari zalora
dalam email tersebut korang akan diberikan numb voucher code. Jadi korang tidak akan dipulangkan dalam bentuk wang tapi voucher jadi korang boleh beli semula barang menggunakan voucher numb yang telah diberikan.


Untuk order semula korang kenalah mula order dari langkah pertama dan masukkan numb voucher yang telah diberikan ke dalam kotak dah click Use Coupon.


Mudah kan?? Jangan risau Insyallah barang korang akan sampai dengan selamat dan cepat!!!!

Ini kasut-kasut yang aku beli dari zalora :)


Selamat bershopping!!!!















































Popular Posts