Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Friday, February 3

Happy Birthday Arieff Ziqrie

Alhamdulillah ziqrie dah 7 tahun. Kejap jer masa, ziqrie dah sekolah. Tahun depan kalau ada rezeki zaffriel pon nak masuk tadika dah.

Selalu birthday anak-anak aku suka bawa dorang pergi beli Toys, nanti dorang pilih sendiri apa yang dorang nak, tapi tahun ini macam nak tukar sikit sebab hadiah birthday tahun lepas aku tak nampak dah bayangnya.

Mama : iqie tahun ini birthday ziqrie nak apa? Tapi mama tak nak beli iqie toys dah.
Ziqrie : Kenapa mama?
Mama : Sebab mama sedih lah, semua toys tak tau mana iqie letak, semua patah patah. Kita pergi jalan-jalan makan-makan jer ok tak?
Ziqrie : Ok kita pergi jalan-jalan dalam ToyRus.
Mama : Ha Ha masuk dalam tu kita jalan-jalan jerlah tak payah beli apa-apa ok?

Lama ziqrie diam.....

Ziqrie : Ok mama iqie dah tau nak pergi mana jalan-jalan. Boleh tak mama bawa iqie pergi Legoland?

Aku pandang Mrz... Mrz pandang aku.

Ziqrie : Boleh lah mama. Iqie tak penah pergi legoland. Iqie tengok gamba anty cinda (sepupu aku)
jer pergi.

Ko rasa apa bila anak dah cakap macam tu? Masa tu lebih kurang dari nak cuti raya cina. Hotel pon banyak dah dah sold out. Bila bincang dengan Mrz dia cakap next time lah. Kalau bapak-bapak ini memang cam tu eh? I cannot ok bila anak cakap macam tu. Sedih rasanya.

Aku pon kira-kiralah. Boleh tahan mahal jugak. Google lagi kot-kot ada promosi ke legoland. Tuk tahun ini banyak promo Mykad,Maybank,Astro tapi aku guna promo biskut Julies. Buy adult free child. Promosi sampai bulan April 2017.

Pastu aku saja email dekat Legoland saja tanya if ada apa yang special kalau pergi time birthday. Tuk budak umur 11 tahun kebawah kalau bergi tarikh birthday jatuh hari yang sama akan dapat masuk free ke legoland tapi jangan lupa pulak bawak anak ponya Mykid yer.

Sabtu subuh bertolak lah kami ke Johor empat beranak. Pukul 10 pagi dah sampai JPO.




Tak ada beli apa pon, tengok tengok aja. Tengok tengok aja pon sampai pukul 12, anak-anak dah bising lapar. oklah jom pergi lunch aku dah plan nak makan dekat Kedai Ikan Goreng Rahmat, Pasir Gudang.



Masa sampai kedai ini orang kedai tu kata semua penuh. Aku tengok meja ada jer yang kosong tapi semua orang dah reserve. Jadi kalau nak datang makan dekat sini time lunch atau time cuti baik lah korang call dulu reserve siap-siap tambah lagi kalau korang datang ramai. Cam kita orang berempat aja senang nak selit.

Lepas jer makan kita orang terus ke Hotel berhehat dulu.

Lepas Maghrib baru lah kita orang keluar. Singgah Aeon tebrau nak pergi cari sepotong cake untuk birthday boy, nanti nak dinner dekat Danga Bay sambil makan cake.


Alhamdulillah ini rezeki dan kebahagiaan yang Allah beri. 
Moga kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila







Ziqrie ajak aku naik mainan belakang tu, tak berani aku risau terbalik, terlangkup habis. 
ha ha.


Masa ini tengah tunggu makanan, makan tak best pon, ingat makan dekat sini adalah yang best seafood ker. Tak ada apa yang menarik pon laut pon tak nampak dah habis di tambak dah.


Boring dah kecik ini tunggu makanan lama sangat.


Lepas makan nyanyi lagu birthday tuk ziqrie lepas tu makan lah kek 2 potong 
kongsi berempat.



Benda sikit bila kongsi jadi sedap sangat.





Happy Birthday anak mama. Doa mama setiap kali birthday abg tetap akan sama sampai bila bila. Mama doakan abg akan berjaya dunia akhirat, Abg akan sentiasa di berikan kesihatan. Abg akan dilimpahi rezeki yang tidak putus putus. Abg akan jadi anak yang soleh dan moga abg akan menjadi penyejuk hati tuk kita sekeluarga. Terima kasih abg banyak perkara dan pengalaman baru yang mama belajar dengan adanya abg sejak tujuh tahun lalu. Mama akan sayang banyak-banyak tau .


Wednesday, March 2

Cuti Chinese New Year ke Cameron Highland

Hamboi kemain panjang lagi tajuk. Plan mengejut, tak plan pon, aku whatsapp dalam family group ajak pergi cameron 3 hari sebelum. Bila cari dalam Agoda dan yang seangkatan dengannya banyak hotel yang best-best dah sold out kalau ada pon mahal iyerlah time cuti perayaan, Harga bilik 1 bilik paling murah pon rm500.



Pagi tu bertolak dari rumah pukul 8 pagi, singgah  sarapan dulu dekat food court dekat HKL tempat faberet mak . Lepas jer sarapan terus ke arah utara. Plan nak ikut simpang pulai, tak ikut tapah, jalan kona-kona..


Pagi tu keadaan jalan ok jer, lancar.


Berhenti lunch dulu dekat RTC Ipoh, tempat makan selesa..


Nasi kandar padang kota, harga berpatutan.


Settle makan, terus teruskan perjalanan.


Ipoh ini akak mali..

Lepas jer Ipoh hujan punya lah lebat, ingatkan nak sampai cameron kejap rupanya dekat 2 jam jugak :( tambah lagi dengan hujan lebat. 


Sampai tanah rata lebih kuran pukul 3ptg. Mula dari sini jalan dah mula jem.



Jalan jem tambah dengan orang parking tepi jalan, lagilah bertambah jem.


Masa ini hujan renyai-renyai. Plan terus nak ke apartment di brinchang, lepas tu baru nak keluar jalan.


Ini lah apartment yang kita orang semua RM550 untuk 1 malam, 3 bilik 2 bilik air. 4 queen bed.
Besar sangat selesa yang penting toilet bersih.


Master bedroom



2nd room ada 2 queen bed


3rd bedroom


Ruang tamu, memang selesa, kalau datang ramai bawa toto..


Ada juga dapur tuk masak, tapi kita orang tak masak apa-apa pon tapau jer, insyallah kedai makan dekat jer, nak ke pasar malam brinchang jalan kaki 3 minit, nak ke kfc pon 3 minit, area kfc tu ada banyak kedai makan melayu, food court pon ada.


Dari balcony.


Pukul 6 lebih kita orang turun nak jalan-jalan pergi pasar malam brinchang, masa ini hujan renyai,
sejuk jangan cakap lah.



Tak pusing pon dekat pasar malam ini, Sebab hujan makin lebat kecian dekat anak-anak mandi hujan dengan sejuk lagi. Tapi yang seronok nya pasar malam brinchang ini, makanan goreng-goreng, cendawan tepung, ubi tepung dan yang aku rasa paling sedap lah broccoli tepung, makan panas-panas time ujan, memang syok.

Mak pon tak tahan nak jalan lagi, sejuk sampai ke tulang, jadi mak dengan ayah bawa cucu-cucu balik apartment. kita orang berempat pergi cari apa yang boleh di makan malam nanti.

Pergi tapau nasi goreng, nasi lemak, mee goreng dekat area-area situ jer.


Apartment tu atas bukit, masa turun tadi seronok jer, bila nak naik, ya robbi terik nafas panjang.


Dah lah penat 1 hal, makin lama berjalan makin senget sampai ke tengah jalan, aku dah tak larat aku suruh bob tarik, mrz tolak aku dr belakang.. hahaa kegilaan apakah ini??


Naik bukit dekat apartment 1 hal, nak sampai dekat blog pon ada bukit jugak tapi tak tinggi sangatlah, tapi walau tak tinggi akan buat ko rasa macam nak baring jer dekat tengah-tengah jalan.

Balik mandi, terus makan, tapi gamba makanan 1pon tak ada, khakha semua lapa yer...


Hari ke dua dekat cameron highland, awal si kecik ini bangun, dia kata sejuk, mama pon sejuk jugak,



Pagi tu sarapan bob pergi beli nasi lemak, pon tak ada gamba jugak.

Pukul 11 macam tu kita orang dah ready nak keluar nak tegok-tengok apa ada dekat cameron ini.

Tempat pertama yang nak dituju ladang teh, tapi tengok lah... Jalan jem kemain.


Nak ke ladang teh dekat 2 jam lah jugak rasanya.


Orang punya lah ramai nak minum teh, terpaksa menunggu nak nak dapat seat.



Atok lepak dengan cucu-cucu, kita orang pergi beli.


Masa beli pon banyak makanan dah habis.


View dari tempat kita orang lepak minum.




Bergamba kejap, sementara tunggu abob dengan wani turun pergi ladang teh, bergamba aku malas.


Duduk makan limau, raya cina kan..

Lepas ini nak pergi ladang strawberry tapi jalan masih jem lagi.


Berhenti sekejap kedat S corner, tapi tak ada apa pon.


Happy dapat turun, leruskan pinggang.


Welcome to S corner


Seronok cuaca macam ini, sejuk jer.


Bob belanja makan jagung, setongkol RM4, mahal


Buah pon mahal sebab made in china.


Dua beradik ini beriaya-iya suruh masuk kan duit sebab nak phone dalam mesin tu, mama malas nak layan, atok jer yang rajin layan.. ha ha..


Lepas mengadap jem lagi sekali dari S Corner tu, nak singgah ke pasar Kea Farm, nak cari jagung susu.


Ziqrie asal mama amik nak begamba jer, dia mesti menyelit.


Kanan kiri, kanan kiri,kanan kiri....
 

Tengok lah kereta punya lah banyak, kalau time cuti perayaan macam ini memang habis masa dekat mengadap jem jerlah, mungkin kena pergi hari biasa kot.



Dekat sini ada jual macam-macam sayur, bunga, strawberry, bantal pon ada..


Mak pantang tengok bunga, tapi bila tanya harga sama macam dekat sungai buluh.




Ini yang aku nak cari, jagung susu, kalau jagung mutiara insyallah senang nak cari merata cameron ini, korang kalau nak beli jagung kena berhati-hati sekit yer, 1 longgok, 7 tongkol RM10, bila aku cakap nak 2 longgok cepat-cepat 2 orang  makcik ini masukkan dalam plastik, aku pon terus bayar.
Tapi sementara tunggu mak tengok jagung, tergerak pulak hati nak bukak jugung yang aku beli tadi, rupanya jagung busuk dalam penuh ulat, bila aku tunjuk dia potong bahagian atas yang ada ulat dan cakap '' jagung ini semua sama macam tu, atas saja busuk bawah semua boleh makan''
Hellooooo, macam kata fatin, aku melayu tapi aku tak bodoh, aku suruh die tukar semua, cari yang elok, aku bayar sebab nak makan jagung bukan nak makan jagung + ulat.


Setia menanti, aku kalau pergi tempat-tempat shopping macam ini suka ilang arah pedoman sikit. i cannot tahan. ha ha, walau pon baru lepas bergaduh dengan makcik jagung tu, mood still ok untuk melihat-lihat.


Lepas habis jer pusing dengan tak beli apa-apa kecuali jagung, sebelum balik anak nak sangat bawak anak-anak aku petik strawberry tempat lain tak pergi pon tak pe, lagi pon masa tu dah petang banyak tempat dah nak tutup.


Raju strawberry farm, betul-betul berdepan dengan Kea farm tapi kene naik bukit.

Bayaran RM30 untuk 500g. Dapat bakul dengan 2 gunting. 1 bakul untuk 2 orang, 
aku amik 1 bakul jer 2 orang kecik tu dia tak kira. Konsep dia pergi petik buah dulu nanti bayar kemudian. So kalau kurang dari 500g nanti dorang tambah bagi cukup jugak RM30, kalau lebih kena bayarlah berapa lebih yang korang amik tu. Cara kira sama jugak 500g RM30.


Ziqrie dang opah tukang gunting, zaffriel pegang bakul.


Seronok tengok, first experience tuk ziqrie dan zaffriel.

Ha ini gamba dari camera aku, sebab ada mrz.


Mak pan seronok dapat petik strawberry, yang pilih semua yang besar-besar. 


Bakul ini orang main tak boleh pegang, buah yang dah petik letak dalam bakul, zaffriel amik buat bagi dekat bob ngan wani yang tunggu luar pagar.



Ok dah kurang kena pergi petik lagi ini.


Ziqrie pulak yang besar kecik semua dia petik.


Amboi seronoknya. boleh penuh 1 bakul ini..hahaa


Huit masan jer muka.


Ini apa tah yang seronok sangat dengan abob.. gelak-gelak jatuh tergolek.



Ini hasil untuk hari ini, dekat bakul ini ada line anggaran unutk 500g line tu tuntuk jangan bagi ko tersasar jauh dari RM30, bangla yang kerja kat ladang ini cakap ''tak cukup tu kakak, kene tambah lagi''
''ko biar betul ini sudah sampai line''
''butul, kasi tambah lagi''


Mak dengan ziqrie pon cepat jer nak tambah lagi.. Aku cakap kt mak tambah dalam 2..3 biji jer. Iyerlah aku tak nak bayar extra, sebab sekilo RM30 mahal lah sebenarnya kalau nak bandingkan yang jual dekat pasar.

Bangla tu bersuara lagi ''tak cukup lagi''
''ok amik lagi, tapi kalau saya kena bayar lebih, ko bayar yer yang extra tu''
dan-dan terus ''ok sudah cukup''

Ayam betul, dia saja cakap tak cukup, so ko akan amik lagi..

Bila timbang aku kene RM45. Oklah janji happy.

keluar jer dari sini pegi makan, moh lah kita pulang ke pangkal jalan.. sampai ampang lebih kurang pukul 11 kot.. entah aku tak ingat. 






Popular Posts