Showing posts with label little caliphs. Show all posts
Showing posts with label little caliphs. Show all posts

Friday, November 25

Bye Bye Little Caliph



Alhamdulillah Ahad lepas 20 Nov 2016 anak mama Ziqrie dah convo dari Kindergarden Little Caliph Taman Kosas, kejap jer masa 2 tahun berlalu. Aku masih ingat 1st day hantar ziqrie pergi sekolah. 
Jadi sebelum aku lupa baik lah tulis dekat sini sebab nanti beranak lupa ha ha. Mrz sibuk dah suruh aku beranak lagi. Sibuk nak anak kecik, sibuk nak baby girl. Nanti lah yer b belum lagi. Tak ready lagi nak bersalin lagi. 


Convo tahun ini dekat International Youth Centre Cheras, acara start pukul 8.45pagi, pukul 8.00pagi aku dah tercongok kat sana, best datang awal dapat pilih tempat yang ko suka, haruslah duduk depan sekali kan. 


Seronok tenguk muka anak anak fresh jer bangun pagi, happy jer.


Muka sembab gila, aku tak dengan Mrz tak cukup tidur sebenarnya, Hari sabtu ada 2 majlis kahwin balik siap-siap terus pergi dinner office, sampai rumah dekat pukul 1 pagi, terus packing baju sebab lepas majlis convo ziqrie nak fly ker langkawi, pukul 4 tidur bangun pukul 6pg terus ke sini. 



Sebab sampai terlalu awal banyak sangat masa. Ha Ha Ha..


Gamba teacher dia hantar masa tengah tunggu turn nak buat persembahan.


Masa persembahan ini, adoi sayu nya hati bila tengok anak anak ini nyanyi. Pelik betul lah persaan mak mak ini, sikit sedih sikit touching sikit nak nangis. Aku tengok mak mak lain pon nangis, sempat toleh kt Mrz dia tak delah nangis tapi sayu jer muka dia.


Sebenarnya anak anak kita ini tak tau apa sebenarnya yang berlaku masa ini, yang dorang tau teacher dah ajar menyanyi, teacher dah suruh buat macam ini buat macam tu, apa yang dorang paham hari ini tak belajar hari ini hari untuk nyanyi happy happy dengan kawan kawan. 



Habis persembahan dorang di arak masuk dalam dewan dengan bunga manggah meriah sangat.


Untuk acara penutup ada persembahan ramai ramai. Tuk convo hari ini ada 4 sekolah rasanya dan pagi ini hanya untuk student 6 tahun aje.



Alhamdulillah selesai sudah acara hari ini. 


Tahniah ziqrie anak mama. Terima kasih kerana bagi mama peluang merasa pangalaman hantar anak ke sekolah. Banyak perkara dan pengalaman yang mama dapat membesarkan abg. Insyallah we looking forword tuk hantar abg kesekolah rendah pulak yer.


Mama love abg ziqrie so much.


Nak tempek gamba trowback dari awal ziqrie masuk sekolah.















All the best anak mama. We will together explore the new world. Insyallah.












Monday, January 26

Little Caliphs 2015

Alhamdulillah... rezeki ziqrie untuk ke little caliphs, sekolah pertama untuk ziqrie tahun 2015, Lepas pikir masak-masak dan dah bayar duit booking, ada jer cite dalam entry lepas click sini kalau nak baca macam mana pening kepala pikir tak tau mana nak masukkan ziqrie. 1st time kan excited die lain macam.

sebelum cerita pasal 1st day ziqrie ke sekolah nak kongsi sikit bayaran yuran persekolah untuk tahun 2015.

Student Registration - RM1200.00


Payment  1st semester - RM1600.00


Payment untuk uniform dan buku - RM483.50



Student Registration   RM1200.00
 1st semester              RM1600.00
 2nd semester             RM1600.00
Uniform dan buku          RM483.50

TOTAL RM          4883.50

Lepas dah try baju dan bayar segala yuran, Jangan ingat aku listdown kan harga nie semua cakap aku poyo tau, saja nak share jer, sebab aku pon masa mencari sekolah tuk ziqrie hari tu benda yang paling aku nak tengok berapa yuran tahunan yang kena bayar..

Jadi bermula lah cerita ziqrie ke sekolah, aku memang siap-siap amik cuti nak hantar anak pergi sekolah.

Anak yang nak sekolah aku yang berdebar, aku yang excited nak buat persiapan untuk anak, nak berikan yang terbaik untuk anak..memang semua mak cam aku eh?


Bag sekolah ziqrie Avengers Assemble, die yang pilih sendiri aku layan kan aje, janji anak happy..


Adik dah try abang punya kupiyah..


Kasut sekolah abang pon adik yang rasmikan dulu..



Muka senyum paksa bila mama nak amik gamba, masa aku kejut ziqrie bangun, die cakap tak nak pergi school hari ini, boleh tak pergi esok?


Masa sampai orang memang dah ramai.. macam-macam perangai ada yang berlari yang menangis pon ramai. Aku risau gak sebenarnya dengan ziqrie takut jugak kalau die menangis.

Bila masuk jer cikgu tanya nama terus dapat tag, Lupa pulak nak amik gamba tag tu.. Ada nama dengan kelas. Ziqrie kelas 5 Al-Buruj aku siap google nak tau buruj tu ape, Al-Buruj tu nama suruh :)


Kelas dekat sini dibahagikan ikut umur, untuk umur 5 tahun macam ziqrie ada 3 kelas.




Syukur alhamdulillah anak mama good boy, pandai berkawan. ok ziqrie kata mama boleh balik.


Pukul 12 semua dah keluar dari kelas, aku tunggu mana ziqrie ini, tak nampak hati dah berdebar-debar dah ini, rupanye elok jer die dalam kelas sebelah sibuk main cehhh....


Kupiyah ziqrie selepas 4 jam, teruk sangat dah rupa anak aku ini..hahaaa


Bila aku ajak balik, ziqrie kata tak nak balik nak main...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ke 2 sekolah, bangun pagi senang, muka ada senyum..



Tuk hari ke 2 ni aku saja biarkan die sendiri, perhati dari jauh nak tengok boleh tak ziqrie berdikari.. Alhamdulillah teacher-teacher dekat sini  semuanya baik-baik.


Bila perhatikan ziqrie dari jauh sayu benar rasa hati ini, Cepat betul masa berlalu, rasa macam tak puas lagi manjakan ziqrie, dah besar anak mama ...hhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu




Cikgu kelas ziqie, teacher Nabila



Aku perhatikan dari jauh nak tengok ziqrie ingat tak kelas die yang mana 1..



Lepas 5 minit cam tu aku naik ke kelas ziqrie, bzy tengah main dengan kawan-kawan...


Belajar pandai-pandai yer ziqrie.  Moga ziqrie menjadi anak yang baik, anak yang taat untuk mama dan babah, anak yang berjasa untuk agama dan negara. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ziqrie, mama dan babah dah cuba untuk  berikan yang terbaik untuk ziqrie, Ziqrie anak mama, Insyallah doa mama akan sentiasa mengiringi setiap langkah ziqrie..

Love u so much abg ziqrie...












Popular Posts