Tuesday, June 25

Rapuh Opick


Adoi cair habis aku denga lagu nie.. Sebab Adi putra yg berlakon..haha

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
Credit to http://abahsofea.blogspot.com




Majlis kesyukuran Arieff Zaffriel


Syukur alhamdulillah sudah selesai majlis tuk Arieff Zaffriel.. Buat kenduri dah masuk
umur 3 bulan sebabnye semua orang sibuk dengan pilihanraya... Bila aku cakap sibuk 
dengan pilihanrayaada orang tanya ayah ko @ suami ko masuk bertanding jadi wakil
 rakyat ker..hahahaa

Jadi lepas selesai semua pilihanraya ayah aku pon kasi date bile die free.. Nilah bila 
nak buat apa-apakenduri atau nak pergi jalan mana-mana memang kene tengok date 
yang sesuai dengan time kerja ayahaku sebabnya die kerja tak tentu masa... 
Memanjang kerja... Jadi memang semuanye kena plan betul-betul tak boleh main terjah jer...

Jadi masa ayah aku bagi tau date ada lebih kurang 3 minggu lagi.. ha baru kelam kabut 
aku sebabnyaaku memang langsung tak de buat apa-apa persediaan langsung, sebab 
plan asal aku aku dah malas nak buar kenduri sebab tunggu cam anak dah besar.. 
Tapi bila dah compem nak buat aku lah yang jadi kelamkabut.

Kalau ikutkan hati semuanya aku nak buat sendiri...Tapi memang semua buat sendiri 
pon dari pada pergi beli barang dan buat sampailah semua nya siap..

Jadi planya 1. Yasssin cover kain cotton
                  2. Cookies in jar
                  3. Pahar teddy bear

Jadi ada 2 kali jer weekend first weekend pergi cari teddy bear, yassin dan juga jar tuk cookies... 
Jadi bila dah ada barang-barang yang di cari startlah mengikat reben.....





Minggu ke dua pulak 1 hari aku habis kn buat cookies pulak...










Dan last sekali Yassin cover kain cotton...




Alhamdulillah dengan bantuan serta idea  fatin dn Mrz dapatlah kami buat sendiri buai berendoinya
sendiri... Jom tengok gamba yer..











Sangat berpuas hati semuanya buat sendiri yang di impikan telah tercapai
kalau ada yang nak tempah biskut yassin atau buai berendoi calling-calling lah yer :)
Insyallah harga boleh runding...











Food tuk hari tu aku order jer dari  Faris Catering.




Terima kasih Mrz, fatin, ayah, mak, bob, waney, ziqrie :)
and big thank to zaffriel sebab sangat baik pada hari tu...dalam buai die tido jer
dan juga terima kasih pada semua saudara mara dan sahabat handai yang sudi memeriahkan
majlis Arieff Zaffriel... Insyallah ada rezeki kita buat tuk adik zaffriel yer...hahahahaa






Adik mok mama dgn babah

Adik mok mama ngan nenda Rosnah Johari
























Thursday, June 20

Cara Mendidik Anak-Anak Menurut Islam


  • Jangan pukul anak dari lutut keatas
  • Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  • Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok    
  dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, 
  kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan 
  ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


copy http://www.kisahemasputih.com

Tuesday, June 18

Extravaganza konsert solo Jamal Abdillah

Abang Jamal...huhu.. mintak dekat ayah belanja nak pergi tengok konsert abang jamal..
walaupon jamal nie kira buka era aku tapi aku minat semua lagu-lagu jamal mak dengan ayah
aku pon minat... Tapi yang keciannye ayah beli tiket 2 june 2013 kebetulan mak mertua aku
pergi johor jadi tak de orang nak 2 orang hero aku tu... Jadi mak lebih rela duduk rumah tengok
cucu dari pergi tengok jamal.. dan bob bawak gf die..













Katanya konsert ini semperna menghagai jasa Tan Sri P.Ramlee jadi haruslah semua lagu P.Ramlee.




Seat kami betul-betul di depan seat vvip dan tak tau pon ada vvip malam tu.. 
awwwwwww teruja Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk betul-betul belakang kita orang.




Dan 1 lagi yang best seat sebaris dengan Adi Putra..Minat gilerssss dengan mamat nie sejak tengok
cerita sehangat asmara.. Tapi tak amik gamba pon my mrz tak kasi....ceehhh


Malam tu ada artis jemputan Azlina aziz, Musly ramlee, Isma Alif dan satu-satunya cucu P.ramlee 
Najua nasir
Ehsan google


Malam tu jamal nyanyi hampir 30 lagu rasa nya.. lepas tu sebagai penutup malam terakhir 
jamal menyanyi 4 lagu lagi dia sendiri..... Enjoy!


Popular Posts