Monday, January 26

Little Caliphs 2015

Alhamdulillah... rezeki ziqrie untuk ke little caliphs, sekolah pertama untuk ziqrie tahun 2015, Lepas pikir masak-masak dan dah bayar duit booking, ada jer cite dalam entry lepas click sini kalau nak baca macam mana pening kepala pikir tak tau mana nak masukkan ziqrie. 1st time kan excited die lain macam.

sebelum cerita pasal 1st day ziqrie ke sekolah nak kongsi sikit bayaran yuran persekolah untuk tahun 2015.

Student Registration - RM1200.00


Payment  1st semester - RM1600.00


Payment untuk uniform dan buku - RM483.50



Student Registration   RM1200.00
 1st semester              RM1600.00
 2nd semester             RM1600.00
Uniform dan buku          RM483.50

TOTAL RM          4883.50

Lepas dah try baju dan bayar segala yuran, Jangan ingat aku listdown kan harga nie semua cakap aku poyo tau, saja nak share jer, sebab aku pon masa mencari sekolah tuk ziqrie hari tu benda yang paling aku nak tengok berapa yuran tahunan yang kena bayar..

Jadi bermula lah cerita ziqrie ke sekolah, aku memang siap-siap amik cuti nak hantar anak pergi sekolah.

Anak yang nak sekolah aku yang berdebar, aku yang excited nak buat persiapan untuk anak, nak berikan yang terbaik untuk anak..memang semua mak cam aku eh?


Bag sekolah ziqrie Avengers Assemble, die yang pilih sendiri aku layan kan aje, janji anak happy..


Adik dah try abang punya kupiyah..


Kasut sekolah abang pon adik yang rasmikan dulu..



Muka senyum paksa bila mama nak amik gamba, masa aku kejut ziqrie bangun, die cakap tak nak pergi school hari ini, boleh tak pergi esok?


Masa sampai orang memang dah ramai.. macam-macam perangai ada yang berlari yang menangis pon ramai. Aku risau gak sebenarnya dengan ziqrie takut jugak kalau die menangis.

Bila masuk jer cikgu tanya nama terus dapat tag, Lupa pulak nak amik gamba tag tu.. Ada nama dengan kelas. Ziqrie kelas 5 Al-Buruj aku siap google nak tau buruj tu ape, Al-Buruj tu nama suruh :)


Kelas dekat sini dibahagikan ikut umur, untuk umur 5 tahun macam ziqrie ada 3 kelas.




Syukur alhamdulillah anak mama good boy, pandai berkawan. ok ziqrie kata mama boleh balik.


Pukul 12 semua dah keluar dari kelas, aku tunggu mana ziqrie ini, tak nampak hati dah berdebar-debar dah ini, rupanye elok jer die dalam kelas sebelah sibuk main cehhh....


Kupiyah ziqrie selepas 4 jam, teruk sangat dah rupa anak aku ini..hahaaa


Bila aku ajak balik, ziqrie kata tak nak balik nak main...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ke 2 sekolah, bangun pagi senang, muka ada senyum..



Tuk hari ke 2 ni aku saja biarkan die sendiri, perhati dari jauh nak tengok boleh tak ziqrie berdikari.. Alhamdulillah teacher-teacher dekat sini  semuanya baik-baik.


Bila perhatikan ziqrie dari jauh sayu benar rasa hati ini, Cepat betul masa berlalu, rasa macam tak puas lagi manjakan ziqrie, dah besar anak mama ...hhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu




Cikgu kelas ziqie, teacher Nabila



Aku perhatikan dari jauh nak tengok ziqrie ingat tak kelas die yang mana 1..



Lepas 5 minit cam tu aku naik ke kelas ziqrie, bzy tengah main dengan kawan-kawan...


Belajar pandai-pandai yer ziqrie.  Moga ziqrie menjadi anak yang baik, anak yang taat untuk mama dan babah, anak yang berjasa untuk agama dan negara. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ziqrie, mama dan babah dah cuba untuk  berikan yang terbaik untuk ziqrie, Ziqrie anak mama, Insyallah doa mama akan sentiasa mengiringi setiap langkah ziqrie..

Love u so much abg ziqrie...












Wednesday, January 21

Happy Birthday Mak

Tahun ini bertambah lagi usia mak, Alhamdulillah mak sihat masih sihat, masih  kuat tolong menjaga ziqrie dengan zaffriel. Sebab birthday mak jatuh hari isnin, hari kerja jadi aku plan awal dengan Ayah,bob dan Mrz tuk sambut awal.. Jadi memang dah plan nak pergi karaoke jer.. Hahaa sama jugak cam sambutan tahun lepas.. Cuma yang beza bilik jer, tahun lepas warna bilik hitam putih tapi tahun nie dapat warna hitam merah. Yang lain sama jer.


Sorry mak, amik gamba tak betul badan lain kepala ke lain..

Pada mulanye mak tak tau pon nak sambut birthday mak, tapi mungkin die dah boleh agak sebab aku beriya-iya tak kasi mak pergi kelas mengaji... Tapi bila aku pergi amik mak petang tu, mak masuk jer kereta ziqrie terus jerit, 'Happy Birthday opah' tadi mama pergi amik cake opah, siap tunjuk gamba cake dalam phone aku, ' Nielah cake opah, mama amik dekat kawan mama tadi'


Ini lah cake nye, fatin punya cake memang sedap, mak aku suka sebab tu aku minta fatin buatkan, dan dah rezeki mak fatin sponsor cake ini.. Tq fatin..


Tengok dalam, gabu gebas...


Masa nie baru sampai.. tengah amik mood..


Tak paham kenapa sampai senget couple dekat pintu tu..






video

Lagu pembukaan dari ziqrie

video













4 Jam dekat sini, macam nak pecah bilik nie, Sebab tu walau pon ber6 tapi atok sibuk nak amik bilik besar, sebab senang cucu die nak bersilat, berkuntau...



Selamat Ulangtahun kelahiran mak, akk doakan semoga mak akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki, dipanjangkan umur. Terima kasih untuk segalanya, 

We All Love U So Much!








Tuesday, January 20

Universal Studio Singapore

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  untuk pembukaan tahun 2015, tak lambat lagi kan untuk ucap selamat tahun baru kan... kan..kan... Macam banyak jer aktiviti tak dihapdate, malas melanda diri, nanti pelan-pelan kita story yer.. Mudah2an tahun baru ini semoga semua harapan yang tertunda di tahun 2014 akan terlaksana pada tahun 2015 ini.. kita carry foreword lah yer..

Sebelum cerita pasal uss, pengalam 1st time zaffriel pergi buat passport..


Percubaan untuk zaffriel pandang pada camera tidak berjaya



Bila orang dekat dalam counter tu bercakap dengan die suruh pandang camera, die pergi tengok orang tu.


Last-last abg immigration dalam counter tu minta tolong kawan die amikkan gamba dan die keluar dari counter dan terus keluarkan handphone die dan die pasang video..






Penutup tahun 2014 satu family ke seberang tambak tapi duduk bermalam di Jb. Duit singapore sekarang mahal melampau-lampau kot.



Ticket masuk ke Uss + Express lane ayah dah siap-siap beli online. 


Jumaat 26 Dec 2014, keluar rumah pukul 7 pagi, pukul 4.30 pagi dah bangun maklumlah ada anak kecik, Perjalanan hari tu sangat clear kereta tak banyak tapi sepanjang jalan hujan lebat..


Sampai jb lebih kurang pukul 12, pergi lunch, hantar bag dekat hotel, pergi bayar duit booking bas tuk esok nak ke uss dan cuci-cuci mata di jpo.


Uish opah tangan dekat belakang, macam YB melawat kawasan..



Atok dengan opah sayang sangat dekat cucu-cucu.


Bergamba dulu sementara tunggu Mrz dengan atok bayar parking ticket. Beratur panjang melampau.


Mama and ziqrie, ziqrie sekarang muka copy babah die betul..


Lepas jalan ke JPO terus ker Kedai makan Lapa, Gamba lauk 1 pon tak amik sebab melayan zaffriel yang tak reti duduk diam.


My Family..




Macam-macam sampai kembang idung minum air.. Over lah dik..



Habis makan terus balik tido. Esok nak bangun awal nak ke USS :)



#27 December 2014

Kan semalam dah pergi booking bas untuk terus ke Uss kan.. Korang kalau nak guna kan bas cam gini boleh terus ke Erwin Travel dekat JB,  Bay G-09, Blk 6, Danga Bay Jalan Skudai 80200 Johor. No Tel 07-2300116. Harga untuk bas sahaja RM30, boleh jugak kalau nak beli entrance ticket dekat sini. Tapi rasanya beli online guna card credit murah sikit.



Pagi pukul 6.30 dah terpacak dekat depan office dorang nie sebab kononnye bas nak jalan pukul 6.45pagi, membongak sangat ok, pukul 7.30 baru staff die datang terhegeh-hegeh nak bukak pintu.. 


Adik duduk dengan opah


Bergamba itu harus.. untuk kenang2an


Bergambah dah jenuh ini bas tak penuh lagi, ada lagi yang belum sampai.


Alah anje-anje.. buekk


Pukul 8 lebih baru bas berjalan. Perjalanan ke uss lebih kurang 2 jam, 2 kali berhenti untuk pemeriksaan immigration malaysia dan singapore. Walaupon ramai orang tapi cepat jer, beratur lebih kurang dalam 15 minit jer..  Gamba masa beratur memang tak amik sebab tak dibenarkan ambil gamba pon..


Tada.... Bile dah nampak pintu gerbang sentosa ini.. maknanye dah sampai...






Sampai jer dekat sini rasa macam tak percaya... lagi tak pecaya orang punya ramai cam ini.. telan air liur jap.. 


Punyalah ramai manusia, iyerlah pergi masa public holiday xmas.. Tapi nasib baik dah siap-siap beli express pass online.


Agak mahal tapi berbaloi.. 


Tempat wajib nie bergamba kalau sampai  Uss...




 #HOLLYWOOD 



Tempat pertama yang korang akan lalu hollywood, kira tempat nie kira pintu masuk lah.. tak de ape game pon dekat sini, lebih untuk attraction jerlah dekat sini, ala-ala broadway-style theatre. 


Hahahaa, nampak seronok sangat ini... rasa ada dekat hollywood, building dekat sini semua  ala-ala hollywood.



Ada Minions.. Ada Kung Fu Panda, Woody Woodpecker, Charlie Chaplin...


Ada Elmo dekat The Brown Derby


Ada Betty Boop..

Dekat area nie banyak kedai cenderamata dan yang paling best dan teruja ziqrie masuk dekat kedai nie...





Dalam ini pon jual barang-barang tranformers tapi harga mak ai... mahal sangat... Zaffriel diam jer, die takut sebenarnya.. tu yang diam jer tu, mama yang terlebih gembira..





#New York

Sederet dengan hollywood ini korang akan lalu di New york city tapi aku rasa nie new york masa zaman dulu-dulu sebelum moden. Dekat sini best sebab ada Elmo, Big Bird, Abby Cadabby, Bert, Ernie, Grover, Cookies Monster dan Oscar :)



New York







Lights Camera Actions Hosted by Steven Spielberg, best sebab aku basah lenjun sebelah badan.. 


Bila masuk jer dalam nie kosong jer, ingat tak de orang..


Bila jalan ke depan sikit rupanye punyalah ramai. Tapi sebab ada express pass tak payah beratur, wah nampak berlagak..




Sesame Street Spaghetti Space Chase


Zaffriel paling seronok dekat sini die minat sangat dengan Elmo ngan Big Bird.










Sepanjang jalan nie ada jual macam-macam tapi harga telan air liur..hahaaa


 #Sci-Fi City

Tema seterusnya adalah Sci-Fi City dekat area nie kira macam pada masa depan...Layan...


Accelerator teacups ride


Tengah beratur tunggu turn. walaupon beli express lane, ada jugak yang kene beratur, tapi tak lama pon dalam 10 minit jer.. masa beratur tu die akan bagi tau berapa lama yang anggaran korang kene beratur.. tuk permainan ini hampir 1 jam beratur tapi ride untuk 60 saat... heheheee 



Battlestar Galactica Dueling Roller Coasters, mak ai susah betul nama benda ini, tapi tak bukak pon, sebab ape tak bukak tak tau pulak tapi roller coaster ini bergerak jer cuma tak ada orang naik pon, tapi aku memang tak de niat pon nak naik, kalau naik nie aku rasa boleh putus urat kentut...


Transformers The Ride


Ziqrie suka betul dengan transforms, mama pon suka jugak...


Eh babah pon suka jugak... Dekat sini ada games jugak..


Punyalah ramai orang time ini, masing masing beratur sebab nak naik ride dekat transformers nie..

Masa nie aku pon dah beratur tapi tak ramai sangat ada dalam 10 orang,  baru jer nak beratur pekerja die bagi tau, ada masalah so sorang tutup kejap dalam 2..3 jam.. tapi orang still tak bergerak,, beratur jer.. iyerlah Q panjang mungkin dorang dah beratur berejam, tapi sebab aku ada express pass berlagak tak per kita pergi tempat lain dulu, nanti petang datang balik..


Sepanjang jalan dekat sini ada banyak kedai-kedai kecik jual air tapi dalam botol air yang super cantik.


Beli 1 jer 30SGD = RM80 giler. Tapi giler pon beli jugak sebab cantik lagi pon susah nak dapatkan..



Salah satu sebab kenapa pergi Uss.. Atok kecian denga cucu die cite nak sangat tengok transformers. 
Jangan kata ziqrie, mama pon suka nasib baik ada tali dan staff die jaga kalau tak mama dah panjat dah suruh optimus prime dukung mama...




Dah diri depan-depan tak puas hati lagi tu.. Selfie dari jauh pon jadik jugak..



Masa pergi nie cuaca mendung jer, tak panas sangat jadi jalan pon best jerlah, bob kata masa die pergi dulu panas, berlengas badan die..


Ancient Egypt melangkah jer dekat tempat nie, memang rasa macam ada dekat mesir, nie ala-ala historical adaptation mesir. dekat sini ada makam firaun kiranya depictions dari filem The Mummy.

Tu abg baju hijau tu dah kenapa?? ''Selamat Datang''


Ziqrie dah habis-habis lagi tengok map. kita dah habis tawaf separuh dah tempat nie nak oii...


Zaffriel dah mengantok... mama tengah seronok lagi nie..hahaa


Dekat sini ada game Treasure Huntars dan Revenge of the Mummy


Nak pergi naik roller coaster giler, dah lah gelap, jalan mengundur ke belakang pulak tu.. Dah macam orang giler dah aku naik benda ini.. Habis rambut terbarai-barai... keluar jer dari tempat ini dorang ada jual gamba masa, muka dah macam mummy gak dah.. tak beli pon mahal..


Gamba sebelum mama, babah dagan ayah bob naik roller coaster giler, Atok pakaikn topi tuk cucu die.. takut cucu die kene panas..



Ok makan time masa nie dah lebih kurang puku 1.30 perut dah lapa sangat...


Insyallah dekat sini halal.. kalau tempat lain tak pasti sangat halal ker tak... sebab ada ada kedai jual burger bila tanya halal ada beef dan pork guna kuali yang sama..hahaaaa


Sorry lah ini aje yang aku amik, gamba makanan langsung tak amik.. lapa sangat...


Masa nie dah kenyang sebab tu dah boleh senyum..

Dekat sini ada 1 lagi game Treasure Hunters tapi aku tak main, sebab macam boring.. tak mencabar langsung... :p


#The Lost World


Jurassic Park Rapids Adventure, ini best.. Korang kalau datang sini siap-siap lah beli baju ujan sebab compem korang akan basah, ada jer jual baju ujan dekat dalam uss nie tapi 1 baju ujan untuk dewasa 4SGD = RM10 jadi belilah siap-siap dekat KL / JB yer..



Yang ini tak best sebab kene beratur lebih kurang 30 minit.. jadi bayangkan yang tak ada express pass... Bob kata masa 1st time die pergi beratur separuh jalan jer sebab dah penat beratur 2 jam..


Punya lah poyo ingatkan beratur kejap, siap pakai baju ujan.. last beratur lama bukak balik baju ujan tu sebab panas..


Ziqrei dah besar :(



1 Lagi game dekat sini Canopy Flyer, aku naik tapi lagi best beratur 45 minit... maaf gamba 1 pon tak de... Waterworld live performance tak pergi tengok sebab masa ini dah gelap nak hujan..

Parade Show








#Far Far Away


Dekat sini ada Shrek 4-D Adventure, Donkey Live dan Enchanted Airways. Aku cuma naik       Shrek 4-D jer sebab hujan.. gamba pon dah tak de sebab dah simpan phone...


Nak masuk istana shrek ini...


Keluar jer dari istana shrek hujan punyalah lebat.. semua pakai baju hujan.. 



Kecian adik sampai tertutup mata.. Air pon dah habis...


Adik pon ada baju ujan, ngam-ngam pulak saiz die aku beli dekat bandung 3 tahun lepas.. hahaha

Lepas meredah hujan pergi pulak tengok ikan, sebab dah ada ticket pergi jugak lah tapi masa ini badan dah tak larat, kaki dah lengok, dah tak sabar nak balik.. baju dari basah dah kering.


Senyum itu harus... Nama pon izzan kan.. Mana boleh tak senyum kalau amik gamba..



Habis tengok ikan lebih kurang pukul 6, ngam-ngam jer time.. Terus keluar pergi ke tempat tunggu bas.. masa tunggu bas semua dah sakit kaki...



Pergilah ke USS best tak rugi :)



Love this pictures...




















































Popular Posts