Thursday, February 27

Ziqrie Birthday 4 Tahun

29 January 2014

Kejap jer masa berlalu ziqrie dah 4 tahun, pengalaman 1st time rasa sakit nak bersalinkan ziqrie
masih segar bugar lagi dalam ingatan. Plan tahun ini sambut birthday ziqrie dan zaffriel sekali nak buat makan-makan sikit nak panggil mereka yang rapat-rapat..

Tapi birthday tu bulan 2, kene tunggu birthday zaffriel dulu lah, dan rasa tak syok pulak kalau tak ada cake untuk ziqrie. Mula-mula ingat nak makan dekat rumah jer tapi ayah ajak pergi makan dekat luar, kami sambut birthday ziqrie sehari selepas tu sebab nak tunggu bob balik dari shah alam, rasa tak lengkap 
keluar bila bob tak ada sama..

Bila ayah tanya nak makan apa? dan dekat mana? Aku terus cakap kedai yang buloh tu... 
Jadi malam tu terus lah kami tuju ke kedai buloh tu aka Istana Bambu..






Disebabkan masa pergi fatin bertunang hari tu ziqrie suka sangat makan kek yang fatin buat, jadi
aku minta tolong fatin buatkan kek untuk ziqrie, tema cake Disney planes..



Kek tu zaffriel dah rasmikan dulu.. die dah rasa crem tu dulu..



Uish muncung..


Tiup lilin siap pejam-pejam mata...hahaa


Happy Birthday abg ziqrie, mama doakan anak mama sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, menjadi anak dan insan yang berguna untuk keluarga, agama bangsa dan negara.. Amin..



Love,
Mama




Wednesday, February 26

Genting Highland

Gila lama dah gamba-gamba pergi genting ini.. Aku tak ingat bulan berapa tapi yang penting ujung minggu, iyerlah ujung minggu jer yang ada masa pon nak bawak anak jalan-jalan + aku pon suka pergi jalan-jalan..

Di sebabkan genting tutup sebab renovation di bahagian outdoor jadi aktiviti hanya indoor lah kan..
walaupon sebenarnya permainan indoor ini tak delah banyak sangat tapi aku rasa ziqrie dah cukup happy..
game untuk mak bapak langsung kita orang tak main sebab sape pulak nak tengok anak kan.. pasrah jerlah
iyerlah tujuan pon nak happykan anak-anak....!


Cantik sungguh deco dalam hotel genting nie


Zaffriel tido..bangun makan.. minum susu...tido die bukan heran dengan semua games + die bukan faham lagi pon.. Ziqrie yang extra seronok datang sini..



Kan tido lagi..





Tido...




Ini permainan yang berulanga kali ziqrie main... lepas die main die baratur balik.. main beratur balik..





Adik yang sedia menanti abang main semua games.. kadang-kadang menangis jugak
boring agaknya..





Seronok bila anak happy, moment ini harus di amati.. peluang ini hanya datang sekali jer..
Love u ziqrie!

 

Popular Posts