Tuesday, September 30

Popia crabstick & sosej

Makanan yang mudah untuk sarapan atau minum petang, cuba lah compem anak-anak korang suka.
Laki aku pon suka..ahahaaa

Bahan-bahan :

Kulit popia
Crabstick
Sosej


Cara-caranya :


Aku belah 4 macam ini.. 


Lepas tu susun atas kulit popia dan gulung.. untuk lekatkan kulit popia yang hujung tu korang letak air jer tak payah nak putih telur bagai. Jangan risau dia tak akan terbuka punya.



Dah habis mengulung tu korang goreng, dah agak-agak kunig angkat, macam aku, aku gunting 2 panjang sangat, Kalau rajin korang buatlah sos sendiri tapi aku malas beli jer cili sos dalam botol tu, tu pon dah cukup sedap per..


Yeh happy tummy..


Bye!

Monday, September 29

Ayam masak merah

Nak #lemparbelakang resipi ayam masak merah..


Bahan-bahan :-

Ayam (ikut berapa ketul yang korang nak makan lah yer)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
Cili kering (rebus dahulu)
Sos tomato
Buah tomato
Asam keping
Garam, gula, serbuk kunyit  dan serbuk perasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
1 labu bawang potong bulat sebagai hiasan

Cara-caranya :-

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 2/3 masak dan ketepikan
2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia (aku kalau blend cili aku tak taruk air tapi aku taruk       minyak jadi dah save masa menumis) dan tumiskan
3. Bila bahan yang ditumis dah garing dan pecah minyak masukan tomato dan sos tomato
4. Masukkan serai, asam keping gula, garam dan serbuk perasa (tambah sikit air jika nak berkuah)
5. Masukkan ayam dan kacau sebati..
6. Masakkan bawang hiasan

Dah siap!







Donut

Sekarang ini emak-emak sangat ziqrie nak makan donut + Mrz pon suka makan donut aku pon try lah buat.. Resipi google internet jugak, Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan :

500gm Tepung roti
100gm gula halus
11gm instant yeast
2 biji telur
200 ml air
100gm butter / magerine
secubit garam
3 sudu susu tepung

Cara membuatnya :

1. Bancuh yis dengan air suam
2. Ayak tepung dan campurkan dengan yis garam telur dan gaul rata
3. Masukan butter dan kacau sehingga sebati
4. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada mangkuk
5. Rehatkan doh 20-30 minit sehingga kembang



Sebelum


Selepas

6. Kempiskan doh (tumbuk -tumbuk, tampa-tampa kalau perlu korang karate... untuk keluarkan angin) canai dan terap bentuk donut (aku beli acuan doh dekat kedai kek, senang)


7. Rehatkan doh lagi 20 minit
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. angkat dan tos kan. Biar sejuk
9. Salutkan donut dengan gula.


Senang jer kan. buat lah compem anak-anak suka, ziqrie puji aku melambung tinggi setiap kali makan dok ulang sedap mama, pandai mama buat donut, aku pon ape lagi rasa macam nak buat donut tak nak berhenti hahhaa tu aku tipu.. Dapur aku penuh dengan tepung, belum niaga lagi tu, aku rasa kalau aku niaga mungkin muka aku pon penuh tepung silap-silap laki tak kenal aku...

haha.. Bye!




Friday, September 26

Muzium Diraja & Titiwangsa

Cerita hari sabtu lepas, Aku bangun pagi Mrz cakap mak mertua ajak pergi titiwangsa saja bawak anak-anak main dekat sana, kakak ipar aku pon pergi sama bawak anak dia yang kemba tu. Aku dah lah pagi tu nak buat donut nak tak nak memang kene tunggu lah sebab aku tengah tunggu donut aku kembang.

Goreng donut semua lebih kurang pukul 12 baru keluar dari rumah, aku cukup tak suka kalau buat berda tergesa-gesa ini.. Nak pergi baru nak cakap, kelam kabut aku, laki aku senang lah die lepas diri dia jer, aku nie nak kene siap kan anak-anak dengan nak buat susu lagi dengan nak siap kan bekal susu ngan air anak lagi, lepas tu aku naik kereta ziqrie dok membebel cakap kenapa mama makeup lama sangat... iusss saba izzan... saba...

Sampai titiwangsa cantik cuaca tak panas mendung jer..


Patutllah mak mertua aku beriya-iya suruh datang jugak rupanya dia masak nasi lemak, ada meehoon goreng jugak.. banyak die masak...


Sebelum main kita makan dulu.


Macam mana nak panjat kaki macam tu dik..




Gayut nanti boleh tinggi...


Semangat


Come to mama..


Wah banyak happy



Yehhh



Adik cakap ape tu dik sampai melopong mulut


Buat muka... tampa karang



Busuk mama nie..

Dah boring duduk dekat titiwangsa aku ajak Mrz pergi muzium Diraja, saja nak merasa masuk istana..


Bayaran untuk masuk ke sini
Dewasa - RM5
Warga Emas  - RM3
Kanak-kanak- RM2


Bergambar dulu sebelum masuk dalam istana


Macam terbalik jer gamba ini patutnya dekat atas..hahaa


Seronok sangat dapat pergi istana ini


Masa ini panas boleh tahan, tapi istana punya pasal ku gagah kan jua


Ada gaya permaisuri tak??


Ini gamba masa nak balik, tu aja gama yang aku ada,dalam istana tak dibenarkan amik gamba..
Korang boleh lah pergi bawak anak-anak boleh lah merasa masauk istana kan..


My happy family.. Alhamdulillah..


Ini gamba mak mertua aku amik dari belakang... dia kata seronok tengok anak menantu jalan pegang tangan.. aawwwww!

Bye!









Thursday, September 25

Kechara Sup Kitchen

Ini dah tahun yang ke-3 opiz aku datang ke sini menghulurkan bantuan apa yang termampu.
Bila aku rasa diri aku susah, ada orang lain ada yang lebih susah dari kita, tak dinafikan mungkin kerana silap memilih jalan hidup akhirnya hidup meraka hanya di kaki lima... Tapi percayalah tiada sesiapa di dunia ini yang mahukan hidup yang susah, bukan mahu hidup kaya raya tapi cukup ada tempat berlindung yang selesa dan makan dan pakai yang sempurna.

Silap dan berdosa aku selalu mengomel itu tak cukup ini tak ada, tapi itulah manusia tak pernah cukup dengan apa yang kita ada.. Kita selalu salahkan takdir dan keadaan kenapa aku hidup tak sempurna tak cukup serba serbi macam orang lain tak sekaya orang lain... Tapi setiap kali aku datang kesini apa yang mampu aku ucapkan hanya simpati dan lahirnya perasaan aku lebih beruntung, aku lebih bertuah dari mereka.. 


Hunger knows no barries


Nilah tugasan selama tiga tahun berturun-turun bila datang kesini.. bungkus nasi. aku dah pro dah bungkus nasi.


Disebabkan masa hari yang aku datang tu dah ada jugak orang lain yang sama tolong bungkus nasi jadi cepatlah habis. Dorang suruh lipat kertas pulak. 



Nasi yang dah siap dibungkus akan diletak kan macam ini nanti meraka anak ambil sendiri, Lauk pada hari tu sayur sawi dan sayur  bendi hanya itu rezeki dorang untuk makan pada hari tu, berbeza dengan kita yang setiap hari makan cukup dengan sayur ayam ikan berkuah siap order air buah lagi tu belum lagi dengan pencuci mulut ais krim cake kopi.. 

Aku pernah jumpa seorang lelaki masa aku tengah makan dengan mak aku, die datang dekat meja yang aku duduk tegur mak aku, tanya aku siapa... die tegur anak-anak aku, nampak dia cengkung sangat mungkin dia terlibat dengan dadah, bila dia berborak dengan mak aku, dia cakap awak bertuah, hidup sempurna ada anak cucu. Dan bila mak aku tanya kenapa boleh jadi macam ini.. muka die sedih dan hanya boleh jawab entah lah... Lepas tu dia minta diri. Menurut mak aku dulu dia manager bank tapi tulah tersilap memilih jalan hidup, bergitulah pengakhiran hidup.. Moga keluarga dan keturunan aku dijauhkan dari segala kesengsaraan hidup.


Dan kerja terakhir untuk hari tu adalah menyusun semula barang-barang ini mengikut kategori sebab banyak yang dah bercampur.








Somoga allah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna buat mereka.. 
Amin..






Friday, September 19

KLCC



Cerita sabtu lepas, tak ada plan nak kemana-mana. Ziqrie ajak pergi KLCC moh lah kita pergi bawak sekali anak buah kemba Mrz.


Ok meh benti kejap amik gamba


Ok pandang sini yang kecik tu kene pegang kuat sikit. susah betul nak bergamba.. Nak lari aje.


Pandai lah kecik ni main benda alah nie semua..



Happy kan tengok anak-anak happy, aku kalau ikut hati nak main sama, kalau boleh lah..hahaa


Dah besar anak mama, tahun dpn dah nak sekolah..


Yes babah die layan.. mama lepak tepi sambil amik gamba..


Pandai memanjat yer..


Cak mama..


Yaaaaaaa.. bangga tu ingat macam dah terer sangat dah..


Ok babah nak lepas..



Ok dah boleh berdiri sendiri


Turun ber3


Cepat-cepat turun adik nak naik jugak


Bising mulut si kecik nie.. Die kan garang cam mando..



Ok adik nak try pulak..


Issshh boleh ker nie??


Hahahaa...


Yehhhh.. berjaya!


Suka betul die naik itik ini..


Ada macam nak racing tak?


Lepas penat dekat playground semua dah lapa dahaga.. Budak-budak bila tanya nak makan ape
yang dorang tau kfc, mcd...


Gamba ini aku anta kat wechat mak kemba nie..



Lepasa makan lepak dekat taman klcc tengok air pancut berlampu lampan.. lebih kurang pukul 9.00malam cam tu kita orang semua balik :)

Rasa budak-budak nie tak puas lagi bermain dekat klcc esok tu sambung pulak dekat bukit indah..





Bye!







Popular Posts