Showing posts with label zalora. Show all posts
Showing posts with label zalora. Show all posts

Wednesday, January 15

Online shopping di Zalora Malaysia

Assalammualaikum...

Hari nie nak kongsi-kongsi cerita dan pengalaman shopping online.. sebelum nie aku pernah cerita 
aku agak menggila menyopping online click sini kalau nak baca... tapi sekarang saiko aku makin menjadi-
jadi.. Hari-hari nak kene bukak web zalora dan selalu yang aku tengok kasut jer.. Kalau bab-bab baju 
ini memang aku akui aku tak beli online sebab takut tak muat, tapi kalau beli kasut insyallah...

Lai-lai aku nak cerita pengalaman shopping di zalora.. Sebut jer zalora semua orang dah tau rasanya, iyerlah iklan zalora kan selalu keluar dekat tv, sampaikan ziqrie pon boleh hafal iklan tu...Aku baru jer berjinak-jinak shopping dengan zalora..Sejak bulan puasa hari tu.. tak silap aku masa tu lagi beberapa hari nak raya.. Nak keluar pergi shopping time-time dekat nak raya memang dah taulah compem shopping complex semua sesak orang sibuk  nak shopping raya last minit.. aku pikir nak cari kasut jer sepasang dengan nak angkut anak-anak, bersesak-sesak nak cari parking, nak pilih kasut, nak beratur bayar lagi tu pon nasib baik kalau ada kasut yang  berkenan di hati, kalau tak beli karang compem kene bebel dengan mrz...

Pikir punya pikir teruslah buka web zalora.. saja jer nak tengok-tengok kasut kalau ada yang terjatuh cintakan... Last-last memang ada.. tapi terpikir pulak...
Selamat ker shopping dekat zalora???? Apa lagi terus lah google... alamak ramai pulak yang cerita zalora tipu, order barang lambat sampai.. ada yang kata order tapi barang tak sampai... adoooiii terus jadi serba salah.. pikir-pikir nak beli ker tak.. tapi bila pikir balik tak kan zalora berani nak menipukan.. iklan sikit punya gah hari-hari keluar dekat tv.. Kalau betul tipu nanti saman jerlah.. Wahhh klas nak saman kaoooo....

Jadi laju jerlah mengorder kasut tuk raya..

Ok macam mana nak order?

Pergi ke web Zalora... dan buat pilih...



Lepas dah pilih mana yang berkenan di mata dan hi hati boleh lah proceed. Ada macam-macam 
cara nak buat bayaran..

1. Online banking CIMB Clicks atau Maybank2u.
2. Cash on Delivery (COD)
3. Credit card
4. Debit Card Master card atau Visa

Lepas dah settle buat bayaran korang akan dapat email order confirmation dari zalora...


Dan bila barang yang korang order itu dah keluar dari warehouse zalora sekali lagi zalora akan hanta email Order shipped berserta tracking numb, Selalunya kalau order yang dah bayar zalora akan gunakan perkhidmatan GDEX tapi jika korang pilih COD akan dihantar oleh TA Q BIN.. Jika barang yang korang beli lebih daripada RM75.00 penghantaran adalah percuma jika kurang korang hanya bayar RM5 untuk kos penghantaran.

Betul ker macam yang ramai cakap barang lambat sampai???
Ini pengalaman aku sendiri selepas beberapa kali online shopping dengan zalora.. Biasanya barang akan 
sampai dalam masa 3-4 hari waktu berkerja tapi cam aku sendiri salu order hari ini esok dah dapat.. :)
so banyak yang kata order lambat sampai sama sekali tak betul..

Kalau dah dapat barang tapi rasa tak puas hati... tak muat macam mana??? Korang boleh return semula barang tu ke zalora dalam masa 30 hari bermula dari tarikh yang korang dapat barang tu, biasanya dalam bungkusan barang yang korang dapat tu akan disertakan return slip dan plastik bungkusan, senang lah korang nak return barang tu semula.. dah return gunakan perkhidmatan Pos Laju..



Dan bila barang yang dipulangkan telah selamat di terima oleh zalora korang akan dapat email dari zalora
dalam email tersebut korang akan diberikan numb voucher code. Jadi korang tidak akan dipulangkan dalam bentuk wang tapi voucher jadi korang boleh beli semula barang menggunakan voucher numb yang telah diberikan.


Untuk order semula korang kenalah mula order dari langkah pertama dan masukkan numb voucher yang telah diberikan ke dalam kotak dah click Use Coupon.


Mudah kan?? Jangan risau Insyallah barang korang akan sampai dengan selamat dan cepat!!!!

Ini kasut-kasut yang aku beli dari zalora :)


Selamat bershopping!!!!















































Popular Posts