Showing posts with label Rumah Baru. Show all posts
Showing posts with label Rumah Baru. Show all posts

Monday, September 15

Open House Raya & Housewarming

Wah macam cerita dah basi sangat ini, cerita raya ini.. Khakahakah
Layankan aja lah yer.. Sebenarnya memang aku tak ada plan pon tahun ini nak buat open house
pon, tapi tu lah mungkin dah tertulis rezeki tu untuk aku kongsi dengan yang lain..

Dulu masa proses pindah rumah memang aku ada niat nak buat kenduri dan aku nak jemput anak-anak tahfiz tapi bukan lah dalam bulan raya tu, penat kemas rumah mengadap kotak-kotak aku rasa macam tak hilang lagi penat.  Iyerlah masa aku nak beli rumah tu kan susah sebab aku proses jual rumah condo tu tak settle lagi aku dah pergi apply loan nak beli rumah lain, sebab masa tu aku perasan gaji aku berjuta kot..hahaha tapi tulah Allah sentiasa membantu dan akan memberikan yang terbaik untuk hambanya.. Jadi masa tulah aku niat kalau rumah aku settle aku nak panggil anak-anak tahfiz tuk buat doa selamat..

Ok berbalik pada cite makan-makan.. dah lah sehari sebelum tu aku pergi amazing race office, dan kali ni Mrz cakap kalau boleh tak nak amik catering dia nak semua lauk masak sendiri.. Ok dia cite masak sendiri macam dia yang masak kan....

Jadi untuk memudahkan aku aku bahagi kan kepada 3.. Untuk nasi Briyani set aku masak, Ketupat set mak aku masak.. dan aku minta tolong mak mertua aku goreng meehoon.

Hari sabtu pergi beli barang, sebelum tu sempat pergi adik member kawin dan mulalah membeli barang, lepas pergi beli barang balik rumah tunggu orang pasang khemah, lepas tu pergi hantar barang dan anak-anak dekat rumah mak dan rumah mertua..

Lepas tu terus ke Hulu langat nak cari durian, tapi durian langsung tak jumpa tukar plan dari serawa durian ke bubur jagung, pergi cari jagung pulak...  Dalam tak sedar dah malam, singgah rumah mak amik anak-anak.

Sampai rumah dah dekat pukul 11malam, pukul 12 tidurkan zaffriel, aku pon sama tertidur terjaga pukul 2.00 pagi aku memulakan tugasan bersilat dekat dapur,,


Siap masak semua lebih kurang pukul 11pagi. Yang aku rasa lambat sebab mengoreng 10 ekor ayam.



Ini lauk yang ada, yang lain aku tak amik gamba. Tu pon gamba credit to Wani. Sehari tu aku langsung tak pegang phone sebab pakai baju kurung, Jadi gamba pon tak adalah..



Syukur dapat jugak panggil anak-anak tahfiz, ni Mrz yang dapatkan yang aku call banyak yang tak dapat sebab hari ahad sekolah tahfiz tutup, Ini yang datang ini pon kira rezeki sebab anak-anak ini tak bilik rumah, dorang stay dekat asrama, sebab tu tak berapa ramai yang datang.



Alhamdulillah...


Lebih kurang pukul 2, cuaca dah mendung jer..







Lebih kurang pukul 3 macam tu dah start hujan, Bukan sikit-sikit punya hujan, lebat selebatnya.. Hujan non stop yang duduk dekat khemah memang dah tak boleh nak bergerak... Keluar dari khemah compem basah..


Masa tulah khemah bertakung air, Bodoh punya orang pasang khemah ikat tak kuat, patutlah pasang khemah kejap jer tak sampai 1/2jam. Member-member yang datang pon siap boleh tidur dalam kereta. Ujan tak reda-reda..


Alhamdulillah ujan reda lebih kurang pukul 5ptg cam tu...


Boleh sambung membakar otak-otak


Masa hujan lebat kain lapik meja tu pon basah lenjun,, Aku dah call orang khemah tu suruh hantar yang baru, sampai kesudah tak hantar.. 


Jom karok..


Jiran depan rumah bagi, awal-awal pagi dah hantar... Tahniah sebab muda-muda sudah beli rumah sendiri... katanya!



Hadiah dari kak Ima


Jiran belakang rumah bagi


Dari kak niza


Kak yanti bawa brownies cake..

Mula-mula aku risau sangat lauk tak cukup, mak aku dah pergi pasar untuk standby kalau lauk habis, iyer memang kene masak lagi sekali... Nasib baik lah mak aku cekap dan pantas...

Ini first time aku buat kenduri makan-makan dekat rumah sendiri lepas tu masak sendiri selalu order catering jer.. ok lepas ini aku dah tau nak budget masak banyak mana.. 

Terima kasih pada semua yang sudi hadir, Moga Allah yang membalas jasa baik korang semua..
Insyallah ada rezeki lagi nanti kita buat makan-makan lagi yer... 
















Monday, July 21

Plaster Ceiling & Pasang Lampu

Cerita mencantikkan rumah lagi. Cantik ker?
Hahah boleh lah alhamdulillah... Tapi plaster ceiling sempat buat sebelah bawah jer 
tuk tigkat atas belum ada rezeki insyallah kalau ada rezeki lebih nanti boleh buat.

Bab plaster ceiling aku serah bulat-bulat dekat Mrz, pasal ceiling di luar bidang kuasa aku...hahaa



Jadi macam inilah lampu untuk ruang tamu aku tu.. Gamba semasa kerja-kerja dilakukan aku tak ada, sebab orang ceiling tu buat pemasangan hari kerja, jadi haruslah tak ada orang yang nak amik gamba yer.. 

Pasang Plaster ceiling ini aku rasa paling banyak habuk. Masa cuci rumah 2nd time aku rasa dah sapu rumah tu banyak kali tapi tetap rasa berpasir semua berpunca dari palster ceiling ini lah.. Nasib baik masa tu dalam rumah memang tak ada barang lagi.


Bab ke 2 nak cerita pasal lampu lampan. Kebanyakkan lampu dalam rumah ini pilihan bersama. 
Aku kan perak sikit, tak pernah dapat rumah ada tangga, bila dapat rumah bertangga teringin sangatlah nak lampu yang berjurai-jurai.. yang tergantung-ganting..ahaha 

Masa pergi kedai lampu dekat puchong ari tu aku terberkenanlah dengan lampu ini so belilah.. Tak taulah pulak rupanya kene pasang sendiri gelong-gelong dia.. Jadi memang aku lah yang kene pasang kan..






Oklah kena pasang pon tak perlah janji puas hati. Ada lagi lampu yang lain tapi tak amik gamba pulak.. nanti aku cerita lagi yer..

:)









Monday, June 30

Makeover Lantai Tangga Rumah

Masih bercerita pasal rumah lagi. Kali nie pasal tangga rumah sebelum dan selepas makeover. Memang masa plan nak beli rumah ini nak tukar lantai tangga memang dah ada dalam list aku. Sangat tak berkenan aku dengan tangga ini..




Tapi plan aku pon bukan nak tukar tangga yang mahal-mahal pon cuma aku tak berkenan dengan tempat pemegang kayu tu.. Jadi plan nak tukar kepada yang lebih simple. Lagipon aku risau kalau-kalau ada masalah anai-anai maklumlah rumah lama.

Jadi kerja-kerja tukar lantai tangga dimulakan.




Kejap jer kerja tukar lantai tangga ini lebih kurang dalam masa 3 hari dah siap.

Inilah hasilnya....









Friday, June 27

Kitchen Cabinet Journey

Wah tajuk tak nak kalah... Beberapa minggu menyepi sebab projek perah otak nak siap kan apa yang tak siap-siap ... Nak kata sibuk mengemas hari-hari tak jugak tapi penat lah. Ni pon rasa macam tak cukup tidur lemau jer. Bila plan nak pindah ke rumah baru (walaupon beli rumah subsale) antara wishlist adalah nak pasang dapur cabinet. Hari-hari meng google tengok blog orang skodeng kitchen cabinet orang. Asal ujung minggu jer aku dengan Mrz merayap mencari show room kitchen cabinet. Tapi biasalah show room kitchen cabinet ini biasanye akan tunjuk harga lain dalam website tapi bile dah sampai dekat kedai harga jadi lain.

Sebenarnya dapur aku tu kecik jer, dalam 13 kaki jer tapi bila tanya pasal kitchen cabinet semua harga mencecah 7-9k (tu pon diri sendiri gatal nak dapur 3g ajer) tapi tu semua tak mematah kan semangat aku aku terus cari dan mencari kalau ada tempat yang murah. Panggil orang datang ukur dapur adalah dalam 4..5 orang tapi semua tak jadi..hahaaaa dasar kede.......

Operasi mencari dan menggoogle masih di teruskan nak cari yang murah walaupon ada yang bagi idea suruh buat cabinet malamine murah sikitkan. Tapi tu lah hati dah berkenan dan terpaut pada 3G tak per pelan-pelan cari. Rezeki akan selalu ada pada orang yang bersabar... Gitu.

Pikir punya pikir aku teringat kat pak cik aku. Die nie buat contraction rumah, jadi sajalah try nasib kalau dia ada contact kitchen cabinet  Yes alhamdulillah ada.. Tapi dia kata contact dia nie bangla, tercengang aku kejap. Terpikir jugak boleh percaya ker. Bila aku call bangla nie aku interview lah dia, dia cakap dulu dia memang kerja dengan cina tapi bila dah pandai die buat business ini sendiri. Korang tengok pandai betul pendatang asing nie buat business, dorang yang jadi boss.

Jadi aku panggillah bangla ini datang rumah aku untuk ukur dapur aku. Bincang punya bincang tawar harga ok deal.


Ini dapur asal, jadi dapur asal ini dah ada table top jimat sikit aku plan hanya kopek tiles lama gantikan dengan yang baru dah samakan level. 



Jadi macam ini lah bila semua tiles lepas di kopek keluar, togel jer dapur aku..hahaaa

Jadi bila tiles dah di kopek dan dapur dah togel haruslah fokus mencari tiles dan juga singki. Tapi tulah bila Mrz pergi dengan aku, aku memanjang tak berkenan jer, aku pon tak tau singki apa yang aku nak.. haha... Last-last aku tengok Mrz hantar gamba dekat aku dia cakap dia dah beli dah singki....


okalh sebab besar + dalam oklah suka!

Disebabkan dapur aku kecik comel jer jadi aku pilih table top warna hitam dan pintu cabinet semua putih mudah-mudahan dapur aku akan manpak besar sikit.
Sebenarnya masa ini aku tengah reno rumah jadi untuk table top aku minta orang indon yang reno rumah aku tu pasang kan table top dekat situ jer aku dah save dekat 2K, untuk hood & hob aku beli sendiri. 



Jadi untuk siapkan keseluruhan dapur ini lebih kurang dalam 2 hari siap sepenuhnya.... 


Ini masa hari pertama berkecah dapur dengan habuk nya lagi.




Semua accessories aku minta free jer dari bangla tu..



Disebabkan dapur aku kecik aku terpaksa telah microwave atas fright  sebab nak jimatkan ruang lain untuk benda lain.


Dan inilah hasilnya bila dah siap semua...



















Popular Posts