Wednesday, March 19

Susu untuk anak cirit birit

Assalamualaikum.....

Korang mesti runsing bila anak cirit biritkan.... Aku pon samalah.. Semua aku rasa serba salah nak bagi makan takut sakit perut lagi, tak bagi makan karang lapar pulak.. 1st time nie pengalaman anak kene cirit birit sebab seingat aku masa ziqrie kecik dulu tak delah teruk sangat kalau kene cirit birit pon dalam sehari 2 jer sehari dua jer tapi zaffriel kene dekat 2 minggu.. sekali pergi klinik doctor kasi ubat sakit perut dengan smecta yang kene bancuh dengan air tu tapi still sama jugak..

Ini yang aku baca lah hasil dari menggoogle.. Cirit birit adalah satu keadaan diamana kanak-kanak membuang air besar dengan lebih kerap dari biasa dan najisnya cair, punca mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti mengambil makanan atau minuman yang telah tercemar...

Aku rasalah kan punca asal dari makan dekat majlis kahwin, sehari sebelum tu ada pergi wedding member esok tu aku mrz dan member-member yang pergi wedding tu pon semua cirit birit..
tapi mungkin sebab orang tua cam aku ini cepatlah sembuhnya.. Kecian zaffriel berlarutan tak nak berhenti..

Dah 4 hari masih tak ok jugak kena lah bawak pergi pakar... Sama jugak doctor tu kasi ubat yang campur dengan air tu jugak dan antibiotic .. Aku risau jugak kalau kene tahan wad, tau jerlah hospital swasta ini, tapi doctor tak boleh nak tahan zaffriel sebab zaffriel hanya cirit birit tak ada muntah.. Makan dan susu pon die ok, cuma doc doctor suruh kurangkan susu kira di cairkan sikit.. Dan kalau lepas 5 hari makan antibiotic tu still cirit birit jugak datang balik...

Lepas habis 5 hari nampak nya zaffriel still cirit birit.... :(
bawak semula ke hospital kali ini doc suruh try susu ini...


Mula-mula risau gak kalau tiba-tiba zaffriel tak nak, bila bukak jer tutup tin nie kuat betul bau pisang, bila baca susu nie dari rumusan pisang dan apple.. Maknanya bila cirit birit  makan pisang.. pisang bagus untuk memberhentikan cirit birit.




Warna dia agak lain sikit dari susu biasa, warna die nak cholat cair dan bila dah bancuh lagi pekat warna dia.. Alhamdulillah dalam 2 hari minum susu ini, zaffriel dah tak cirit birit dah..dah back to normal dan susu ini digunakan untuk sementara sahaja bila dah ok boleh tukar semula susu biasa...



17 comments:

LydSunshine said...

kalau yang cirit birit boleh berhenti cirit birit, jadi kalau yang tak cirit birit boleh jadi sembelit ke minum susu ni? Erm, mgkn tak kot sbb pisal kan.

Izzan Yong Rosdin said...

LydSunshine : maaf tu say kurang pasti tp susu nie doctor kata guna untuk sementara saja masa tgh cirit birit lps tu tukar semula ke susu asal..

A.I said...

zaman tukar2 susu time baby cirits akak dah lama berlalu. hehe..

salam kenal izzan :)

Irfa said...

dear izzan
sy dah klik utk follow tapi ada mslh, nanti sy cuba lagi ye
tp sy dah letak link izzan kat blog saya...

anak2 minum susu dutch lady je :)

Chooyaya! said...

Kalau kena sembelit pulak doktor suggest guna susu Novalec IT. Bagus eh susu susu novalec ni? Kata Doktor Sheonm 'Ni susu biasa-biasa jer'. Kemain dia describe susu novalec as biasa2 sajer. Haha.

Izzan Yong Rosdin said...

A.I : salam kenal, izzan walaupon anak dah msk 2 org tp nie 1st time sbb anak yg sulong tak pernah kene cm ini.. pengalaman...

Izzan Yong Rosdin said...

Irfa : Terima kasih :)

Izzan Yong Rosdin said...

kak sue : buat masa ni pernah try alhamdulillah bagus.. oh ada jugak yer susu tuk sembelit.. macam2 ek..

Azian Elias said...

salam dear..

thanks sebab singgah blog akak..

for the time being i cant click kat followers tu.. tak tau kenapa.. tapi insyallah i will do later once everything's ok.. we keep in touch ok..

Unknown said...

Anak sy kene cirit birit.. sy bg susu ni tros sembuh.. pastu tukar kpd susu die yg lama tp cirit birit smula.. boleh sugest x susu formula ape ye yg ok.. susu sebelum ni s26gold

Unknown said...

novalac bgs..ms ank sulung dl sembelit..dok tukar susu dr yg murah smpi ke mhl..sume xserasi..novalac IT penyelesaian akhirnya..bila dh ok..guna la balik susu asal..skrg ank dh 8 tahun..dh xde mslh sembelit..alhamdulilah..

Unknown said...

Ank skrg ni tgh cirit birit.. Blh la cuba susu ni

Unknown said...

Sis...mana nk dapatkan susu ni ye?.. Anak sy tgh cirit birit skang ni... Susah hati betul laa... Alahaiii....

saallalunaaa said...

salam sis. kalau untuk 1thn 4 bulan ade ke bran novalec ni?ank sy blm sampai sebulan ajar mnum susu formula. sblm ni susu badan. starat 15 yg lalu start batuk kahak byk demam on of. ni da simggu berak cair. da 4 kali p klinik. tp sy decide nk tukar susu.

Sakura marissa said...

Tq info

Unknown said...

Anak sy skrg dah 4 hari cirit birit...g farmasi di orang suggest susu ni...arini baru start mnm...
Mula2 anak x brp nak mnm mgkn sbb perisa pisang...tp dah dahaga sgt terpaksa mnm...tgk hasilnya nnt...hrl ok la

Faizah's Blogspot said...

Terima kasih berkongsi. Anak saya setahun . Tgh cerry berry ni. Boleh la try

Popular Posts