Tempat wajib bergambar kalau ke Maps, Ipoh
Tiket Maps beli masa MAHA harga RM45, beli 4 jer sebab masa tu mak cakap tak nak pergi tapi mak tukar fikiran mak nak pergi tengok harga online masa tu RM80 cuba google cari tiket murah jumpa beli dari Wonderfly Asia RM46 risau jugak kot kot tipukan, call Maps tanya staff dia cakap boleh je guna tiket dari wonderfly ini tapi risau juga kot tipu ke kan. Berdebar debar masa nak masuk scan tiket ini, nasib lepas.... Lega...
Plan dah lama nak bawa anak ke sini, adik tu minat betul dengan boboiboy tapi bila tanya kawan yang dah pergi dorang cakap baik pergi masa semua Zon bukak, jadi sekarang semua zon dah buka sepenuhnya.
Anak punyalah seronok time ini excited habis dah, iyerlah kan sebab cakap nak pergi rumah orang kawin, bila lalu depan Maps ini adik dah cakap wahhhh mama tu tempat boboiboy lah. boleh tak mama bawa adik pergi sini nanti bila mama ada duit. Ish sayunya hati bila anak cakap macam tu. Mak mak jer yang paham perasaan tu.
Bila babah dia masuk parking jer sikit punya happy dorang, tak henti henti cakap terima kasih mama terima kasih babah. Sedih lagi.
Maps ini sistem beratur dia kurang buguslah. Orang memang ramai cuti christmas masa ini, mak masuk tu kena beratur, lepas dari kaunter tiket tu kana beratur lagi. Pukul 9.45pg dia dah bagi masuk dah beratur lagi nak check bag. Makanan dan minuman luar tidak di benarkan.
Tengah amik gambar tiba tiba boboiboy lalu terus seronok adik, tapi dai cakap muka boboiboy kenapa macam lain jer? ha ha
Beratur lagi.
Akhirnya dapat pon masuk.
Maps ni tempat tak ada lah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan Legoland atau USS tapi cam mak cakap ''mak bangga kat perak ada tempat cam ini'' iyerlah mak kan anak perak :)
Seronok tak terhingga kot time ini amik gambar pon dah macam rupa dah.
Adik ada lah minta aku belikan mainan motor boboiboy kecik nau harga dekat RM30. Memang tak belilah sebab benda kecik cam tu mesti bertahan seminggu je lepas tu mesti tak ada tayar. Masa tak kasi beli tu ada cakap kat dia nanti 1 day mama kasi kat adik tapi yang besar adik boleh naik.
Berebut dengan abang tak kasi naik, walaupon dia dah buat macam macam aksi atas motor tapi biasalah abang mengalah je.
Akhirnya dapat jugak abang naik.
Mama nak bergambar dorang tak sabar nak masuk kedai Tok Abah ni, dari beratur dah cakap dah masuk nanti nak beli air koko Tok Abah.
Dia punya teruja dapat masuk dalam kedai ini, mungkin sebab selalu tengok boboiboy hero pujaan selalu minum dekat sini kan. keterujaan jadi lain macam kira macam impian jadi kenyataan.
Adik ini kalau bergambar memang aksi dia lain dari yang lain.
Aktiviti Maps ini bertukar tukar nanti masuk jer dalam kawasan Maps ni korang akan jumpa jadual tuk hari tu.
Meh lah kita layan gambar ye. Aku tak ingat zon zon ini.
Masa ini panas sangat walaupon baru pukul 10 pagi. Sila lah bawak payung.
Tempat makan more to local food Nasi ayam, Laksa, Kebab
Beratur nak main kereta langgar ini dekat 30 minit jugak beratur walaupon masa ini orang tak ramai sangat, masuk je tengahari orang makin ramai.
Live action zone. 1 Lagi tempat yang sistem beratur out. Dah beriya beratur tengah panas. Barisan panjang ke belakang last last bila dah kasi masuk dia kasi serbu je. Jadi yang beratur ini akan jadi paling lambat lah masuk sebab yang tak beratur dah masuk dulu. Nak tengok show ini jangan duduk bawah sebab tak nampak sangat + korang akan paling dekat dengan asap. Aku lah tu yang kena asap haha.
Beratur untuk Boboiboy 4D Adventure Theatre ini kalau bagi zaffriel naik 10 kali pon dia nak. Ride ini best enjoy kerusi gerak gerak, ada rasa angin, air, kaki pon kena libas masa bertukar jadi boboiboy duri ke apa tah.
Panas pon kita amik gambar ye, tak tau bila dapat datang sini lagi kan.
Dalam ini pon tempat makan western food. Ada 2 tingkat dalam tu.
Harga Nasi Ayam RM15 sepinggan, air mineral RM3 sebotol. Laksa RM15 aku makan Kebab RM13.
Lepas makan nak tengok show The Smurfs. Sebelum tu ada pukul 12.45 aku pergi orang dh beratur panjang dah tutup pon sebab dalam 1 masa ada limit berapa orang yang boleh masuk next ada pukul 3.00 petang jadi pergi makan dulu pukul 2.15petang aku pergi beratur tu pon dah separuh penuh, pukul berapa tah dorang beratur dengan panas nya. Anak anak aku sampai duduk bersila sebab panas dan penat berdiri, yang ada anak kecik dah menangis. Korang kalau datang sini pakai baju biasa biasa sudah. Aku naik rimas tengok orang yang pakai baju macam nak pergi show, tumit tinggi dengan anak t shirt collar panas ok sini, bukan panas sikit ketiak boleh basah lenjun. Haha
Owh cerita tersasar, kan dah beratur kat luar dari 2.15 sampai lah pukul 3petang, lepas beratur lagi kat dalam ini dalam 5 minit cam tu. Aku pon silap terlepas pandang pasal show ini, Aku ingatkan dia punya show yang dekat theater tu rupanya bukan, theater tu tutup sebab minggu tu ada muzikal hantu kak limah. ish memang menyesal lah beratur.
Banyak kali jugak lah kehulur kehilir sebab show ada time, jadi kena lah berpatah patah balik. Sebaiknya kalau time public holiday tak payah kot tiap ride ada time sebab bila buat 2 jam sekali orang akan tertumpu bila dah tunggu tak dapat naik pulak. Kesian orang beratur tunggu.
Coral Kindom dalam ni boleh lah duduk buat sejukkan badan.
Masa ini dah petang dalam pukul 6 lebih pukul 7 ada meet boboiboy tapi yaya je yang ada.
Lepas bergambar dengan Yaya kami pon nak balik dah patutnya ada macam lagi tapi mak dah tak larat orang pon dah makin kurang.
Settle ke Maps, moga anak anak mama happy, doa kita murah rezeki boleh datang lagi.
Korang yang anak suka boboiboy wajib lah datang sini, korang akan tengok anak korang enjoy senyum sampai telinga tanpa mengeluh penat. Betul tak tipu.
Love,
izzan