Friday, March 18

Dc Comics Superheroes Cafe @ Sunway Putra Mall


Suka sangat gamba bertiga ini.

Cerita 3 minggu lepas, dah duduk dekat Sunway putra mall, cari makan pon dalam ini aja lah memang dah lama nak bawa anak anak try makan dekat cafe ini tapi selalu tak jadi jer.

Lepas pergi tengok cerita Zootopia mari lah kita sapedek..




Beriya abang


Adik tak nak amik gamba adik takut. Apa lah tak power rangers lah cam ini.



Mari pilih nak makan apa. Dekat sini nak order kena pergi counter. Tapi nanti dorang hantar ke meja. 



Tapi nak order macam susah sikit lah sebab bukan semua ada gamba, jadi main order aja.


Batsy - Oreo Milkshake RM19.00
Sedap budak budak dengan mak budak pon suka


Wonder Mocha Wallop! RM19.00 
Sedap jugak tak pahit sangat.



Bat Signal Pepperoni Pizza RM33.00
Okey okey aja


Superman Beef Punch Burger RM23.00
Ini pon okey okey aja, tapi burger kena kongsi 2 orang, mungkin sebab daging dia padat jadi cepat kenyang.





So far makanan okey okey aja. Tapi untuk kelainan sesekali apa salah nya kan, janji anak anak happy,











Tuesday, March 15

Wednesday, March 9

Izzan Birthday 2016

23hb sambut birthday anak. 25hb birthday sendiri.. Selalu kalau birthday family aku lah yang sibuk tanya nak makan dekat mana, nak makan apa, dekat mana nak sambut, dan aku siap create grop whatsapp khas untuk cerita pasal nak sambut birthday aja, Tapi orang yang nak di raikan tu tak adalah dalam grop tu. Dan semua cerita dalam grop adalah rahsia, kene buat macam tak ada apa apa. 

Tapi bila birthday aku, tak kan aku yang nak create grop jugak kan, jadi aku hanya diam aja lah, tengok apa yang akan berlaku.

 Hari birthday tu macam biasa, balik kerja amik anak dari rumah mak, mrz terus ajak balik, sebab dia kata nak pergi jumpa kawan lepas maghrib, dia kata aku bawak kereta sebab dia nak bawak moto, senang nanti nak keluar jumpa kawan tak nak bawak kereta. ok fine.

Keluar dari rumah mak sama sama tapi aku dah sampai rumah mrz tak sampai lagi, aku msg tanya dia dekat mana? dia kata tak jadi balik rumah, terus pergi jumpa kawan. Tapi suruh aku siap sebab lepas jumpa kawan nanti dia balik nak ajak aku keluar pergi office dia sekejap lepas tu nak pergi makan, tak payah masak. yezzzzzaaaa....

Mrz balik dalam pukul 8. dia kata nak keluar pukul 8.30malam, aku cakap boleh tak kalau tak nak ikut, aku suruh dia pergi office sendiri, aku penat malas nak keluar, mrz kata tak tak boleh.

Tapi dia drive terus jalan menghala nak pergi rumah mak..

Bila sampai mrz kata jom lah singgah kejap, ayah dah balik.

Bila masuk ziqrie dah jerit, mama cepat ada belon lah... ha ha penuh rumah dia gantung dengan 
belon.




Mak masak mee rebus, satay bob beli.


Kek mak tempah dengan kawan mengaji dia.


Ziqrie ngan zaffriel macam biasalah kek birthday di kongsi tiup bersama.

Lepas tu rumah penuh dengan pak cik ngan mak cik, mak jemput semua datang, rasa malu pon ada umur dah 32 sambut beriya iya, kira macam buat birthday party. 



Hadiah tuk hari tu jam, perfume & Duit raya.



 Ini pulak sambut birthday dengan member office dekat restoran Rebung.

Alhamdulillah, I am so grateful to be surrounded such wonderful & lovely people.

Terima kasih semua......

Sepetang naik Putra LRT

Cerita dah lama, bulan 12 tahun lepas, baru ini nak cerita. Hujung minggu memang dah plan nak naik Putra LRT.  Saja bawak anak-anak, aku sendiri dah lama kot tak naik, masa naik ni teringat time-time belajar dulu, Ayah hantar / naik bas sampai dekat ampang park, pastu naik putra turun dekat wangsamaju, tu kalau aku ada kelas pagi lah, nanti van kolej akan amik tapi kalau kelas tengahari berhenti dekat setiawangsa lepas tu, naik teksi :) kenangan manis tu..


Duduk dulu nak ambik gamba. ha ha


Sebelum tren sampai amik gamba jugak, patut nya gamba dalam tren ada rasanya, tapi tak ada pulak dalam memori phone. 


Turun jer dari tren mrz nak hisap rokok dulu, kalau tak hisap tak boleh eh? Jadi anak anak tunggu dekat tepi ini, mama nak amik gambar yer.


Perut pon dah lapae belum lunch, jadi pergi lah lunch dekat food court, anak makan pizza dengan 
fish n chip. Gambar makana mrz tak amik. lupa.



Jalan sekejap dekat taman, cuaca punya lah panas, plan asal nak jalan jalan dekat taman tapi bila pikir matahari atas kepala terus tak jadi, mrz ajak pargi titiwangsa, lagi pon dekat taman klcc ini ramai sangat warga negara asing, aku sendiri dah terasa asing dibumi sendiri.








Datang titiwangsa ingat nak biar anak anak berlari, rupanya bapak dia pon seronok berlari sama. lepas masing masing dah penat berlari terus balik rumah. 

Walau pon aktiviti yang tak banyak keluarkan duti tapi masa bersama keluarga tu bernilai sangat, bukan selalu pon dapat luang masa macam ini. 

Alhamdulillah...


Wednesday, March 2

Arieff Zaffriel 3 Tahun


Zaffriel request kek power rangers. Ingat nak beli kek yang dah siap jual jer, tapi bila anak minta jadi tak sampai hati. ok lah mama tempah kek power rangers.



Malas nak pikir makan dekat mana best, sebelum ini pernah pergi bawak anak-anak makan pizza dekat wangsamaju, yg atas bukit tu. seronok tengok staff pizza ramai-ramai nynayi lagu birthday, so cakap dekat mrz birthday zaffriel nak sambut dekat situ jerlah, mesti dia seronok.

Good job done Pizza Hut staff.



Best guna magic candle, tiup banyak kali pon tak padam-padam.


Mulut macam anak burung tu mesti sebab dia sendiri yang nak potong kek.




Selamat ulang tahun adik, doa mama untuk adik tetap sama macam tahun-tahun sebelum ini, mama sentiasa doakan semua yang terbaik untuk anak mama dunia akhirat, cuma mama harap perangai adik yang suka siku orang tu akan hilang.. ha ha

Ayat adik yang mama suka... Asih mama.. adik ayang mama...


Popular Posts