Thursday, May 22

Kedai Tiles Murah

Pada korang yang tengah mencari dekat mana nak shopping tiles murah, korang boleh pergi dekat
Jalan ipohberhadapan dengan Balai Polis Sentul... Sederet tu memang jual tiles, singki segala barang-barang kelengkapan rumah semua ada.. Mula-mula ingat nak beli dekat ampang jer, tapi bila tanya kena order dulu lepas 3 hari baru dapat dan tak boleh beli per pieces... Disebabkan rasa seronok sangat dan tak menyaba dan teruja seumur hidup 1st time nak pergi beli tiles... aku goggle lah ramai pulak yang cakap dekat jalan ipoh murah, teruslah menuju ke jalan ipoh..

Aku tak ingat nama kedai tiles ni, kedai nie betul-betul depan bas stop..


Melilau biji mata mencari tiles yang macam aku berkenan yang aku tengok dekat ampang.. Tapi harganye kurang RM1.90 dari ampang.. Kalau korang kira sekeping memanglah rasa '' alah baik beli dekat ampang duit minyak pergi jalan ipoh lagi' tapi tu kalau korang beli sekeping, tile nak buat rumah kena beli berkeping-kepingkan kalau korang beli 1000 keping tak korang save RM1900 kan.....


Pilih jer mana yang berkenan di hati, semuanya ready stock


Semua tiles Peace Yo!


Punyalah ramai orang dalam kedai tiles ini.



Murah kan....

Selamat menyopping tiles!

2 comments:

Norhidayu Zakaria said...

Alamat penuh kedai jubin ni ada tak? Berminat nak bli.. tq

Izzan Yong Rosdin said...

Norhidayu : sorry alamat saya tak ada tp kalau awak waze balai polis sentul awak mesti jumpa kedai jubin ni.. berhdapan jer dengan balai polis.. sepanjang jalan tu semua jual jubin..

Popular Posts