Syukur alhamdulillah anak anak aku membesar dengan sihat...
setiap hari ada jer keletah dorang yang sentiasa buat aku tersenyum dan ketawa..
Zaffriel sekarang dah nak masuk 10bulan perangai dah macam-macam nampak macam
die lagi macam-macam dari abang ziqrie..
Sekarang abg ziqrie dah tak senang nak main toy... zaffriel pon sama sibuk, sekarang semua kene kongsi..
kalau tak zaffriel yang menjerit, ziqrie yang menjerit ...
Ini fashion lepas mandi.. bagi tapis untuk bagi mama mandikan zaffriel dengan tenang.. kalau tak siksanye nak mandi... susah sangat nak duduk diam.. nak sabun pon terpusing-pusing.. nak shampoo pon susah...
Biasanya ini lah aktiviti aku dangan anak-anak bila ujung minggu.. selalu nya hari sabtu lah..Mrz biasanya ada aktiviti sendiri bila hari sabtu.. masak mengemas membasuh dan melayan kerenah anak anak... harus enjoy time macam ini kerana waktu ini tak ada berulang lagi, anak-anak akan terus membesar dan masa dan peluang ini hanya datang sekali...
Macam ini lah gurauan dua beradik nie.. zaffriel pantang bila ziqrie diam tengok tv.. tapi yang pelik nya die tak nak panjat-panjat orang lain tapi hanya ziqrie... dan yang aku perhatikan ziqrie cam diam redho tak pernah nak membalas.. mungkin die pon tau zaffriel kecik lagi.. nanti kalau dah besar sikit tak tau lah macam mana, harap-harap akan berterusan bergini.. inilah nyawa saya dunia akhirat..
Macam-macam kelatah zaffriel.. selagi tak tido memang die tak diam..
Ini aktiviti kalau time aku membasuh, zaffriel ini jenis nak berkepit jer... Lagi pon aku tak boleh tinggalkan die sendiri sebab zaffriel ini jenis suka mengutip,pastu masuk mulut jadi tuk bagi diam dan untuk keselamatan bagi die duduk dalam bekas kain.. Mula-mula duduk seronok lah die.. tapi tak sampai 10minit dah menangis nak keluar..
Sayu rasa hati bila tengok muka anak-anak tengah tido... Terasa banyak sangat kekurangan aku sebagai ibu.. Aku selalu rasakan aku belum cukup sempurna untuk mereka...
MAMA LOVE BOTH OF YOU SO MUCH !!!
No comments:
Post a Comment