Monday, June 30

Makeover Lantai Tangga Rumah

Masih bercerita pasal rumah lagi. Kali nie pasal tangga rumah sebelum dan selepas makeover. Memang masa plan nak beli rumah ini nak tukar lantai tangga memang dah ada dalam list aku. Sangat tak berkenan aku dengan tangga ini..




Tapi plan aku pon bukan nak tukar tangga yang mahal-mahal pon cuma aku tak berkenan dengan tempat pemegang kayu tu.. Jadi plan nak tukar kepada yang lebih simple. Lagipon aku risau kalau-kalau ada masalah anai-anai maklumlah rumah lama.

Jadi kerja-kerja tukar lantai tangga dimulakan.




Kejap jer kerja tukar lantai tangga ini lebih kurang dalam masa 3 hari dah siap.

Inilah hasilnya....









No comments:

Popular Posts