Alhamdulillah Ahad lepas 20 Nov 2016 anak mama Ziqrie dah convo dari Kindergarden Little Caliph Taman Kosas, kejap jer masa 2 tahun berlalu. Aku masih ingat 1st day hantar ziqrie pergi sekolah.
Jadi sebelum aku lupa baik lah tulis dekat sini sebab nanti beranak lupa ha ha. Mrz sibuk dah suruh aku beranak lagi. Sibuk nak anak kecik, sibuk nak baby girl. Nanti lah yer b belum lagi. Tak ready lagi nak bersalin lagi.
Convo tahun ini dekat International Youth Centre Cheras, acara start pukul 8.45pagi, pukul 8.00pagi aku dah tercongok kat sana, best datang awal dapat pilih tempat yang ko suka, haruslah duduk depan sekali kan.
Seronok tenguk muka anak anak fresh jer bangun pagi, happy jer.
Muka sembab gila, aku tak dengan Mrz tak cukup tidur sebenarnya, Hari sabtu ada 2 majlis kahwin balik siap-siap terus pergi dinner office, sampai rumah dekat pukul 1 pagi, terus packing baju sebab lepas majlis convo ziqrie nak fly ker langkawi, pukul 4 tidur bangun pukul 6pg terus ke sini.
Sebab sampai terlalu awal banyak sangat masa. Ha Ha Ha..
Gamba teacher dia hantar masa tengah tunggu turn nak buat persembahan.
Masa persembahan ini, adoi sayu nya hati bila tengok anak anak ini nyanyi. Pelik betul lah persaan mak mak ini, sikit sedih sikit touching sikit nak nangis. Aku tengok mak mak lain pon nangis, sempat toleh kt Mrz dia tak delah nangis tapi sayu jer muka dia.
Sebenarnya anak anak kita ini tak tau apa sebenarnya yang berlaku masa ini, yang dorang tau teacher dah ajar menyanyi, teacher dah suruh buat macam ini buat macam tu, apa yang dorang paham hari ini tak belajar hari ini hari untuk nyanyi happy happy dengan kawan kawan.
Habis persembahan dorang di arak masuk dalam dewan dengan bunga manggah meriah sangat.
Untuk acara penutup ada persembahan ramai ramai. Tuk convo hari ini ada 4 sekolah rasanya dan pagi ini hanya untuk student 6 tahun aje.
Alhamdulillah selesai sudah acara hari ini.
Tahniah ziqrie anak mama. Terima kasih kerana bagi mama peluang merasa pangalaman hantar anak ke sekolah. Banyak perkara dan pengalaman yang mama dapat membesarkan abg. Insyallah we looking forword tuk hantar abg kesekolah rendah pulak yer.
Mama love abg ziqrie so much.
Nak tempek gamba trowback dari awal ziqrie masuk sekolah.
All the best anak mama. We will together explore the new world. Insyallah.
1 comment:
gambar yg tecer amik tue rare
Post a Comment