Bak kata kawan aku, yang mahal tak semestinya elok, dan yang murah tak semestinya teruk.. Betullah kalau ko anta anak ko dekat sekolah yang beribu ringgit sekali pon tapi kalau anak ko tak nak belajar cikgu pon tak boleh buat ape-ape tapi sekurangnya kita berusaha untuk cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak.. Aku rasa dalam dunia ini semua ibubapa nak berikan yang terbaik untuk anak. Bak kata ayah aku untuk anak-anak kalau boleh jantung pon ayah nak kasi..
Cite pasal tadika ini kan, aku ada lah try menggoogle beberapa sekolah tadika yang ada dekat malaysia ini,..tapi nie secara rawak yer bukan mengikut ranking berbaik..
Pada aku jangan korang percaya sangat pada jenama, Dapatkan maklum balas daripada ibubapa yang pernah hantar anak yang pernah hantar ke tadika tersebut atau pon korang rajin-rajinlah review dari blog-blog... Sekarang ini macam-macam yang pihak tadika ni tawar kan, semua macam nak berlumba-lumba masing-masing nak tunjukkan kelebihan masing-masing...
Macam aku kalau boleh nak lah tadika yang lebih kearah Islamic, ada jugak yang cakap alah kita dulu tak pergi pon sekolah tadika masuk jugak uni... Betul tu mungkin 20 tahun lepas tapi keadaan sekarang ni terlalu ramai anak yang bijak-bijak.. Kecian sebenarnya dengan anak sekarang dorang kena usaha lebih untuk bersaing., Jadi sebagai ibubapa kita lah kene bantu anak-anak kita, mumulakan langgakah pertama untuk mewarnakan masa depan mereka.. Letakkan wang ringgit sebagai perkara kedua asalkan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Pilih dengan hati dan jiwa bukan kerana ikut perasaan, wah tiba-tiba aku rasa aku dh jd macam prof muhaya dah nie,...
Ini pon nasihat untuk diri aku sendiri ini.. selagi aku tak bayar booking selagi tu lah aku dok pikir mana nak hantar ziqrie... #pening
Bye!

1 comment:
tadika swasta memang harganya mahal..lagipun yang dinerai termasuk jagaan hingga ke petangkan. macam ema pagi hantar tadika perpaduan dengan bayaran RM25 sebulan sebab ada kelas agama dua kali seminggu, lepas tu hantar rumah pengasuh.
Post a Comment