Tuesday, September 19

Majlis Perkahwinan Shazzie & Azwani . Nikah / sanding perempuan

Halluuuuu... Salam...
Wow lama sangat ini tak menulis, last cerita pasal legoland. Sayang jugak sebenarnya bila tak menulis, sebab kalau tak menulis nanti semua lupa. 

Ok nak cerita pasal wedding my one and only brother. Aku ni dua beradik jer, aku yang sulong dan adik lelaki sorang, jarak aku dengan Bob 6 tahun cam tu.

Cite pasal bob dengan wani, yang aku tahu lah dorang ni satu sekolah tapi tak kenal sangat umur sebaya. Bob rapat dengan wani masa sama-sama sambung belajar dekat Shah Alam.

Merisik sebelum bulan puasa 2016, bertunang masa raya 2017 bertunang lebih kurang setahun. 
Untuk majlis kahwin ini aku tak de lah sibuk mana pon.Biasa biasa ja. Cuma masa bulan 4 tu dah ke nilai 3 cari barang untuk door gift, dan pergi mencari kain songket untuk baju pengantin.


Beli 2 jenis. 1 untuk tetamu. 1 untuk family perempuan. Tempah 700 cost lebih kurang 5 ribu. Boleh tahan mahal benda benda macam ini.





Photo credit : Lina Bahari


Hantaran ada 5 dulang tapi 1 lagi tak ada gambar, 1 lagi tu cheque duit hantaran + duit mas kawin +  Gelang tangan batal Air sembahyang. Hantaran tu aku yang request nak bunga warna putih sebab bila tanya pengantin, die cakap ikut akak lah orang ok ikut aja. Hantaran tempah jer, sebab dah tau macam mana serabut nak buat hantaran, sebab semua benda nak kena beli pastu dh tak guna. Lagi pon fatin sibuk dengan anak kecil lagi pon die baru habis pantang.





Minta pakcik baca doa sebelum ke rumah pengantin perempuan, 
semoga majlis berjalan lancar.



Majlis akad nikah lepas solat asar. 


Rumah wani dekat sangat dengan masjid, kita orang pon sampai awal jadi tunggu di masjid dulu, 
majlis akad nikah di rumah.



Dulang boy, ini semua adik adik sepupu aku. Ada sorang yang dah kawin yang lain ramai yang masih belajar, yang sekolah rendah pon ramai.







Uish sedah nau muka mak, aku pon sedih sebenarnya. Aku nangis jugak, ha ha


Masa ini dalam rumah penuh, duduk pon kena senget2, kaki dangan bontot boleh tahan kebas lah. Haha



 Gembira dan sedih adik nak kawin.


Alhamdulillah sekali lafaz sah jadi suami isteri.





Selamat Pengantin Baru. Selamat menempuh alam rumahtangga. 





--------------------------------------------------------------------------------

Habis dah cerita hari nikah, esoknya hari bersanding, malam lepas nikah tu dekat rumah wani ada majlis berinai untuk family dia, kita orang di jemput tapi tak pergi sebab segan.



Hari Sanding, Pagi anak anak dah bangun nak siap pergi rumah mak. Malam sebelum tu aku tolong buatkan hand bouquet untuk wani, tak delah pandai tapi boleh lah. Sebab nak tempah mahal nau tapi masalah nya nak buat tu jenuh, berapa kali buat malam tu asyik tak jadi jer, sampai aku cakap kat Mrz ni last kalau tak jadi jawabnya wani pakai jelah bunga plastik yang die pakai masa nikah tu, cuba buat lagi pon tak jadi jugak, tapi bukak balik buat lagi. Dekat 3 kali jugak lah aku cuba buat.


Gambar amik dari FB wani.



Ayah mak pengantin bersama boboiboy dan power rangers Red



Majlis berarak lebih kurang pukul 1, Meriah ramai orang, makanan pon ada macam macam
special ada roti canai. Best jugak orang ada pilihan lain kalau tak nak makan nasi. Ada laksa jugak.




Ini pengantin jugak. Sembilan tahun lepas jadi pengantin. 
Moga berkekalan hingga ke syurga. Amin. Ayat Mrz iya ker kita dah kawin 9 tahun. Sebab b rasa kita macam sweet jer kan.. macam baru kawin.. puuiiitttt


Nampak terpancar kegembiraan tengok adik bersanding. Cuaca masa ini memang panas lit lit. 
Aku tengok pengantin lelaki dah berpeluh habis dah. Siap panggil aku suruh bukak Tanjak die suruh aku lap, die kata dalam tanjak die dah penuh peluh, ayat abob tolong lap kaw2.. haha



Family kecik kami. Insyallah tahun depan ada rezeki akan bertambahlah ahli keluarga. 


Ini adik beradik sebelah mak. Tinggal 6 orang. Pak ngah dah pergi mendahului.



Settle sebelah perempuan. Kami balik lebih kurang puku 3 petang. 

Terima kasih buat keluarga sebelah perempuan kerana sudi terima kedatangan kami sekeluarga.

Majlis sambut menantu di adakan selepas 3 minggu.

Nanti cerita kat next entry ya.

Bye










No comments:

Popular Posts