Thursday, January 17

Holiday ke Kuala Terengganu - Day 2 - 3

Lama betul nak sambung cuti ke Terengganu, Maaflah kekangan masa.

Hari kedua di terengganu antara hari yang santai santai aja, kita orang tak ada terikat dengan jadual ke apa, tujuan hanya nak tengok laut dan nak cuci mata dapat spend time bersama dan tengok-tengok apa yang ada dekat terengganu.

Pagi ini plan nak drive ke Pantai Penarik saja jalan jalan sambil nak makan udang celup. Dekat Terengganu ini selain keropok lekor seafood celup celup tepung memang popular.

Drive dari kuala terengganu ke sini lebih kurang 1 Jam. Drive relax relax sambil tengok laut. Sepanjang jalan nak kesini banyak orang jual keropok lekor tapi aku tak beli pon sebab plan nak balik nanti baru beli.





Tak rugilah drive 1 jam nak ke sini, pemandangan laut memang lah teramat cantik. Duduk sini dengan angin laut ish tak mampu nak ucaplah. Ini baru betul cuci mata. Ungkapan yang lebih tepat Saujana mata menandang.

Sepatutnya dari sini boleh nampak pulau pulau si sinun pulau redang kapas gemia tapi nampak macam gelap mungkin belah pulau tu hujan.



Sotong harga sekor RM18, Udang 8 ekor RM10




Sotong aku makan sorang je, Udang Mrz makan pon dalam 3 ekor jer anak anak dorang memang tak makan seafood. Syurga :)





Pakcik ini garang tapi so far tak perah say No dengan aku. Mak aku selalu cakap seronok pergi jalan dengan Zack, bawak jer mana nak pergi. 


Duduk lepak dekat sini lebih kurang 1 Jam sebab hujan dari pulau tu dah menghala ke sini. 
Sepanjang jalan nak ke sini memang semua jual seafood celup ini. Masing masing berlumba letak banner harga murah udang 64 ekor RM10 80 ekor RM10 jangan percaya sangat lah drama je tu nak tarik orang datang makan. Berhati hati jangan korang terkena pulak. 


Anak anak beli roti sebuk nak bagi makan ikan. Singgah ke sini jeti orang nak ke pulau redang kot. Aku pon dah lupa lama sangat nak update. Haha


Family portrait


Dekat sini sedikit kurang senang nak menikmati permandangan alam. Dua orang ini bergaduh, berlari lari, Aku risau masuk dalam air tu jer. Kerja aku asyik menjerit suruh duduk diam. Tapi biasalah bukan nya takut pon dengan aku.



Jauh termenung kanda.


Bagi ikan makan pon bergaduh, habis lari semua ikan.


Bila pergi jalan cam ni seronok bila dengan anak anak. Adik ini ringan mulut pandai amik hati orang. Sedih jer bila dia cakap terima kasih mama bawa adik pergi jalan jalan. Terus rasa nak nangis. Hati tisu betul. Abg pulak tak pandai sangat bercakap tapi ringan tulang. Ada sekali aku nak sangkut baju 2..3 kali jugak cuba tak sampai kau, maklum lah tak berapa nak tinggi, rupanya ziqrie perhatikan aku nak sangkut tu dia bangun amik kerusi ''meh baju tu mama, iqie tolong mama sangkut kan''  double nak nangis.


Lagi.....


Dan lagi.... Aku suka amik gambar cam ini. Sekeping gambar punya banyak cerita. Usia anak anak membesar hanya sekali. 


Otw nak balik tu singgah gerai tepi jalan, cempedak goreng 5 ketul RM1 gila murah kot isi tebal pulak tu. Selalu beli seketul 50 sen kan.


Uish telan air liur pulak tengok ini.




Ambil gambar dari dalam kereta je, tak mampu nak turun panas melampau ooiii. Ini jer yang akak mampu. Mrz bising cakap dah sampai tak nak turun lepas tu menyesal tak amik gambar. Eh akak puteri lilin ok mana pon kena panas. 


Lepas makan cempedak tu perut dah kenyang aktiviti wajib bila kena aircond tidur, celik jer mata daha ada dekat Nor Arfa batik. Ha ha pecinta batik rupanya laki aku ini. 


Meh lah amik gambar anak anak karang babah korang bising lagi.






Ini pon Mrz ajak jalan dekat sini, kalau korang google tempat best dekat terengganu mesti akan keluar KT Water front mungkin dulu kerajaan nak buat tempat riadah kot tapi sayang tempat ini mati, ada kedai makan tapi sunyi sepi je. 



Ish teruk benar dah rupa aku lemau betul waktu ini balik bilik kejap tuk solat pastu keluar balik, Mrz ini kalau pergi jalan dengan dia memang tak nak lepak dekat bilik dia cakap kalau pergi jalan kena buang rasa malas kena korban masa tidur. Baik boss ku




Sebab dekat WF tu tak best nak makan kita orang pon pusing lah bandar Kuala Terengganu cari tempat nak makan malam. Pusing banyak kali tempat yang sama. Aku cakap kat Mrz carilah tempat makan tepi laut. Jumpa tempat ini Medan Selera Tanjung. Deret ini semua kedai makan. Best makan sambil hirup angin laut tengok sampan kecik walaupon tak berapa nak nampak sebab gelap tak ada lampu. 


Lama jugak duduk sini lepas habis makan balik lah ke hotel. 

Sambung hari ke 3 sebab ini memang dah tak ada aktiviti dah nak balik dah hari ini.


Lepas sarapan ke Pasar Payang saja tengok apa ada dalam tu. Baru sekejap anak dah bising panas. 
Harga baju dekat sini pon sekali ganda mahal bila dah tawar pon dapat kurang sikit je. Mungkin tau kita ini orang luar. 


Beli keropok keping untuk kawan office.


Makan ais krim tak boleh masuk kereta.




Singgah muzium Terengganu tapi tak masuk pon tengok dari luar je, terpegun dengan seni bina cantik sungguh.





Singgah beli kerpok di Kg Losong, deret ini semua jual keropok lekor.


Happy me dapat jalan. Sila bawak jalan lagi yer Mrz.

Sekian bercuti 3 hari di terengganu. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi.


Love,
Izzan








No comments:

Popular Posts