Tuesday, March 5

KidZania Kuala Lumpur - Zaffriel 6th Birthday

Syukur Alhamdulillah Zaffiel anak mama dah 6 tahun.

Sejak menjak setahun dua ini, aku dengan mrz buar konsep bila birthday anak nak cuba buat perkara lain selain belikan hadiah. Sebabnya aku tengok anak anak aku ini agak mewah dengan permainan mahal  dari atok dengan opah. Jadi dorang dah tau asal nak birthday je dorang dah plan nak beli toys apa dan akhirnya mainan ilang kepala lori hilang tayar binatang hilang mata lego hilang kaki.

Jadi konsepnya sekarang no toys masa birthday, mama dan babah akan fikir ikut kesesuaian masa dan fulus yer anak anak. Jadi kalau rezeki korang birthday tahun tu hanya sepotong cake dan lilin terima lah.

Jadi ceritanya masa CNY hari tu jiran depan rumah bagi angpow 4 tuk aku 1 family lah. Dapat lah RM40 ziqrie sibuk nak pergi tengok Lego Movie 2 guna duit RM40 tulah, tapi baru sangat pergi tengok wayang masa cuti hari wilayah cerita dragon. Jadi aku cakap kita simpan dulu duit tu untuk sambut birthday adik, dan dalam masa yang sama mama offer tanya adik nak kemana masa birthday? Bukan nak apa yer. Ziqrie sibuk suruh adik dia cakap nak tengok lego movie tapi adik tak layan.

Jadi adik cakap boleh tak guna duit auntie bagi tu kita pergi Kidzania, kawan dekat school cakap dia pergi kidzania best. Mama kata nanti mama tanya babah dulu.

Krik...Krik..Krik.... Mama buka web kidzania harga boleh tahan juga. Tapi nasib ada promo 30% guna resit Mcd.

Jadi mama cakap pada banker kat rumah tu nak request pengeluaran cash.
TQ babah.


Kaunter tiket ke Kidzania. Aku sampai pukul 9.40pagi camtu, baratur lebih kurang 15 minit. Gambar ini aku ambil masa nak balik sebab tu lengang tak ada orang.


Masa beratur tu jugak nanti akan di pakaikan security wrisband macam ini, tuk keluar masuk. 


Masa beli tiket tu jugak akan di beri duit Kidzos (Z) tapi berapa aku tak kira pulak. 

Tanya dekat counter tiket hari tu, katanya ibu bapa sahaja yang boleh keluar tapi jika anak umur bawah 8 tahun anak perlu ada penjaga, jadi bapak yang merokok boleh lah kalau nak keluar sekejap. Dalam Kidzania ini jugak ada tuk parents lounge di tingkat atas tapi anak tak dibenarkan masuk. Lupa pulak nak ambil gambar dalam tu boleh jugak kalu kalau nak kopi. Lepas tu boleh terus ke tingkat 5. Dekat depan pintu nak masuk tu ada counter check bag. Makanan tak boleh bawak masuk tapi botol air boleh, dekat dalam kidzania ini ada 1 water dispenser bersebelahan dengan Z*Mart, boleh lah isi air dekat sini (dalam bulatan) sebab kalau nak beli 1 botol mineral yang kecik tu pon dan RM4 - 5





Tulis nama tuk zaffriel tu dapatkan badge birthday. Ada promo sekarang kalau pergi dalam bulan birthday ada less 50% tapi dengan syarat anak korang dah pernah ada Passport Kidzania tu. 


Birthday boy mama



Welcome to Kidzania






First time datang tak tau mana arah nak di tuju, jadi caranya kita tengok-tengok dulu lepas tu barulah anak pilih apa yang dorang minat.








Bekerja di bahagian kecemasan hospital, dapat naik ambulance. 


Yeh habis kerja dapat jadi, gaji mengikut jenis pekerjaan, ada jugak permainan kita yang kena keluar duit.  Dengan duit ini anak boleh kumpul lepas tu ada kedai hadiah dan boleh tukarkan duit gaji tu dengan hadiah tapi, kaedahnya kidzania nak suruh korang simpan duit yang dapat ini dan datang lagi kumpul duit. Nilai duit dengan barang mainan rasa tak berbaloi sungguh, mainan yang best semua beratus-ratus sekali kerja dapat 6 - 10 Kidzo kenyataannya memang tak akan dapat main semua permainan dalam masa 1 hari tu. tapi tak pasti pulak kalau datang masa weekday.



Dalam banyak banyak permainan dekat Kidzania ini hanya ada 1 part ini yang agak confuse. Untuk anak bermain di Motor Industry ini anak perlu mengikut had ketinggian yang sudah di tetapkan jadi zaffriel tak lepas, untuk bermain di NO 28 - Driving Street anak perlu membeli insuran kenderaan dulu di NO 35


Untuk ambil Insurance kena keluar duit -Z9



Kelakar semua tempat dekat sini memang semua ibubapa tak boleh masuk jadi boleh lah intai anak dari luar cermin. Masa sampai dekat depan insurance ini aku intai dalam ini kosong. Aku pon ajak anak anak masuk dengan babah dorang pon follow belakang. Aku siap duduk minta mrz ambilkan gambar.


Lepas tu datang staff dia aku keluar  dengan niat nak tengok apa kedai depan tu jual. Lepas tu mrz keluar aku tanya kenapa tak tunggu anak? Mrz kata staff tu suruh keluar, anak sahaja yang boleh masuk. Ha ha. Ko tak tau tadi akak dah siap duduk dekat kerusi ko tadi. Tulah siapa suruh tak ada dekat tempat.




Lepas dah beli insurance kena ke Volvo No 23 untuk ambil driving license.


Car semulater


Disebabkan anak main ikut hat umur jadi mana mainan yang zaffriel tak boleh main aku akan berpcah dua dengan mrz.




Ok dah ada insurance dengan license dah boleh bawa kereta.  Tunggu kereta ini lama 1 session 20 minit. Aku tengok budak budak pon dah naik bosan pusing situ je



Sebab tunggu abg lama sangat adik pergi ke tempat lain dulu ala dekat je NO 30 - Culinary School Mission chicken Wrap



Dekat sini kena keluar duit  -Z15 dapat 




Dapat chicken wrap yang dorang buat dan 1 bekas. Bangga betul dia suruh rasa wrap dia. siap cakap dengan abang ini adik masak.


Sini ada 4 tali kena tengok betul betul gama apa yang nak korang nak main jangan salah beratur.




Sorry gambar tak clear pulak dekat sini semua dapat gaji kecuali Driving street kena bayar -Z10



NO 22 - Department of Motor Vehicles





NO 24 - BHP Petrol Station


Ziqrie bila dia tau adik dia kerja isi minyak beriaya dia nak isi minyak, staff tu cakap nanti belum buka lagi pusing dulu.



Dia pusing lagi lepas tu dai datang balik. ok dah boleh isi dah.




Apa da isi minyak duduk!


Habis kereta ziqrie beratur lagi untuk Kerja Plus Highway


Jadi penjaga tol pulak.


Adik ke pusat kitar semula. Dia akan bagi nama tempat untuk anak pergi kutip barang untuk di kitar semula. 




Bila dah kutip hantar balik ke pusat kitar semula dan tiap kena masuk kan barang dalam tong. Dapat gaji. yehh



NO 21 - Window Washing











Rajin eh lepas ini boleh lah mama minta tolong cuci tingkap kat rumah.



NO 20 - Kolorize Brush & Paint Co.




Kerja lah nak susun batu.


Z Mart. Kalau kerja dapat gaji tapi kalau jadi coustmer kena bayar. Jadi anak anak mama nak kerja, pandai cari duit ini.



Seronok pulak lah bila tengok budak budak dapat main macam ini, kita dulu main daun kering konon konon tu keropok lekor.  Ha ha




Tadi ziqrie jaga mesin, ini turn zaffriel pulak. Bila dah bayar barang yang dah di beli tadi kena pergi susun semula. Acah acah aja dalam ini tak jual betul betul.



Selesai kat kedai ini, ingat nak ke balai bomba pulak betul betul berdepan dengan Z Mart ini.

Tapi dah penuh. Kan 1st time datang sini, rupanya dekat sini akan ada time untuk 
1. Hiring time - Go to the relevent establishment to check the hiring time so you know when tp place your reservation. 

- Burger Shop (Mcd)
- Fire Station
- Flight Simulator
- Pharmaniaga Vitamin
- Police Station
- Vitagen Milk Factory

Macam hari yang aku pergi tu hiring time slot pukul 1.30pm, 3.20pm dan 5.10pm. 
Ingat nak pergi beatur ambil no tuk Fire Truck tapi barisan tu dah beratur panjang, setiap 1 sesi jumlah orang tak sama, jadi masa nak baratur untuk ambil num dekat fire truck tu job time slot dah penuh, jadi counter tu akan buka balik untuk daptkan hiring time slot kena cuba luck korang pada pukul 2.15 tu.

2. Job Time Slot - Choose your time slot according to the schedule provided at the establishment's entrance.

3.  Reservation -  Place your reservation by giving us your name, chosen job time slot & also your password.

4.  Booking Sticker -  Receive a booking sticker with your reservation detail printed including name of activity booking number & job time. Palce your sticker on your shirt & you're good to go.

Bila dah pukul 1 ada tempat yang tutup dan akan sambung semula pukul 2pm jadi kita pergi makan dulu lah plannya. Sampai kat tempat makan betul betul  sebelah dengan banana  anak aku sibuk dari sebelum pergi tu nak  jadi Agen Ali. Jadi memang cun sangatlah depan banana ada tempat makan.  Masa tu pukul 1 lebih class untuk banana akan bukak pukul 2.15pm jadi staff kasi tag untuk reservation time pukul 2.15. Sambil nak tunggu 2.15pm kami semua makan dulu. Staff tu kata semua 2.15 nanti pukul 2.30 ada show. Aku pon iyakan aja tak tau pon show apa.


Yang aku intai dalam kelas ini, dorang ajar menari. Tu jer aku nampak sebab aku tengah makan. Ha ha. Untung siap ada orang sarungkan seluar. 








Budak bertuah ini dia kuluar aku ingat memang dah settle rupanya dia keluar sebab nak minum. Brother belakang dia ikut je dia rupanya nak pakaikan bag. Nampak staff dekat sini memang suka budak.


Bila dorang keluar je dari bilik aku pon tunggu dekat depan stage, tak ada apa rupanya kena masuk ke dalam. 


Ini hajat tertunai nak jadi Agen Ali



Agen Bakar




Mereka yang dekat belakang tu akan bisik dialog dan anak anak akan ulang semula. 


Yeh tak sangka lah anak mama pandai berlakon.


So far anak happy sangat,  zaffriel kata jom pergi kidzania lagi nak jadi Agen Ali lagi.



Pukul 3.20 anak beratur depan mcd untuk dapatkan time slot. Ini pon beratur panjang. Dapat slot pukul 4.00pm lepas tu terus ke polis station tuk booking time slot dapat pukul 4.30pm


Terus naik ke atas untuk booking time slot Air asia tapi dah penuh. Jadi nanti kena datang lah semula pukul 5.10pm. Sementara tu pergi ke surgery room tapi dah penuh jugak, kalau nak tunggu lagi 20 minit jadi dah tak sempat sebab dah ada slot mcd pukul 4.00pm masa tu ada Endoscopy room saja yang kosong. Jadi join yang itu.



Habis Endoscopy room terus turun ke bawah untuk mcd 





Mcd kena bayar -Z15 seorang tapi dapat 1 set happy meal


4.30 petang join polis






Settle polis terus naik semula ke atas untuk booking time slot Air Asia, masa sampai tu orang dah beratur tapi ahamdulillah dapat slot pukul 6.00pm


Sambil tunggu pukul 6 makan dulu.




Masa anak kecik macam ini kita dah rasa seronok bila tengok anak pakai baju macam ini. Insyallah mudah mudahan 1 day. Amin.


Wow labuhnya baju pilot tu.


Air Asia Flight Simulator agak susah nak ambil gamba, tapi boleh tengok anak dari screen dekat luar. tapi tak nampak sangat pon screen nya kecik je.



Ini aktiviti yang terkahir jam 6.30pm. Tempat ini tutup pukul 7.00pm


Masuk dalam ini kena bayar jugak tapi tak ingat lah. Rasanya -Z10 kot.


Dia bagi sticker kosong lukis sendiri.


Bila lukis sendiri ini lah jadinya, kalau aku bagi kosong macam ini aku pon tak reti nak lukis.
Nanti sticker tu akan di lekatkan atas box colour ini. Yeh cam ini best masuk belajar dan dapat barang.



Sekian lah seharian enjoy, happy dan belajar di kidzania. Moga ini bermanafaat untuk anak anak mama. Nanti ada rezeki kita pergi lagi yer, cuba apa yang tidak sempat untuk di cuba :)

Love,
Izzan







No comments:

Popular Posts