Showing posts with label Ziqrie. Show all posts
Showing posts with label Ziqrie. Show all posts

Monday, January 26

Little Caliphs 2015

Alhamdulillah... rezeki ziqrie untuk ke little caliphs, sekolah pertama untuk ziqrie tahun 2015, Lepas pikir masak-masak dan dah bayar duit booking, ada jer cite dalam entry lepas click sini kalau nak baca macam mana pening kepala pikir tak tau mana nak masukkan ziqrie. 1st time kan excited die lain macam.

sebelum cerita pasal 1st day ziqrie ke sekolah nak kongsi sikit bayaran yuran persekolah untuk tahun 2015.

Student Registration - RM1200.00


Payment  1st semester - RM1600.00


Payment untuk uniform dan buku - RM483.50



Student Registration   RM1200.00
 1st semester              RM1600.00
 2nd semester             RM1600.00
Uniform dan buku          RM483.50

TOTAL RM          4883.50

Lepas dah try baju dan bayar segala yuran, Jangan ingat aku listdown kan harga nie semua cakap aku poyo tau, saja nak share jer, sebab aku pon masa mencari sekolah tuk ziqrie hari tu benda yang paling aku nak tengok berapa yuran tahunan yang kena bayar..

Jadi bermula lah cerita ziqrie ke sekolah, aku memang siap-siap amik cuti nak hantar anak pergi sekolah.

Anak yang nak sekolah aku yang berdebar, aku yang excited nak buat persiapan untuk anak, nak berikan yang terbaik untuk anak..memang semua mak cam aku eh?


Bag sekolah ziqrie Avengers Assemble, die yang pilih sendiri aku layan kan aje, janji anak happy..


Adik dah try abang punya kupiyah..


Kasut sekolah abang pon adik yang rasmikan dulu..



Muka senyum paksa bila mama nak amik gamba, masa aku kejut ziqrie bangun, die cakap tak nak pergi school hari ini, boleh tak pergi esok?


Masa sampai orang memang dah ramai.. macam-macam perangai ada yang berlari yang menangis pon ramai. Aku risau gak sebenarnya dengan ziqrie takut jugak kalau die menangis.

Bila masuk jer cikgu tanya nama terus dapat tag, Lupa pulak nak amik gamba tag tu.. Ada nama dengan kelas. Ziqrie kelas 5 Al-Buruj aku siap google nak tau buruj tu ape, Al-Buruj tu nama suruh :)


Kelas dekat sini dibahagikan ikut umur, untuk umur 5 tahun macam ziqrie ada 3 kelas.




Syukur alhamdulillah anak mama good boy, pandai berkawan. ok ziqrie kata mama boleh balik.


Pukul 12 semua dah keluar dari kelas, aku tunggu mana ziqrie ini, tak nampak hati dah berdebar-debar dah ini, rupanye elok jer die dalam kelas sebelah sibuk main cehhh....


Kupiyah ziqrie selepas 4 jam, teruk sangat dah rupa anak aku ini..hahaaa


Bila aku ajak balik, ziqrie kata tak nak balik nak main...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ke 2 sekolah, bangun pagi senang, muka ada senyum..



Tuk hari ke 2 ni aku saja biarkan die sendiri, perhati dari jauh nak tengok boleh tak ziqrie berdikari.. Alhamdulillah teacher-teacher dekat sini  semuanya baik-baik.


Bila perhatikan ziqrie dari jauh sayu benar rasa hati ini, Cepat betul masa berlalu, rasa macam tak puas lagi manjakan ziqrie, dah besar anak mama ...hhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu




Cikgu kelas ziqie, teacher Nabila



Aku perhatikan dari jauh nak tengok ziqrie ingat tak kelas die yang mana 1..



Lepas 5 minit cam tu aku naik ke kelas ziqrie, bzy tengah main dengan kawan-kawan...


Belajar pandai-pandai yer ziqrie.  Moga ziqrie menjadi anak yang baik, anak yang taat untuk mama dan babah, anak yang berjasa untuk agama dan negara. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ziqrie, mama dan babah dah cuba untuk  berikan yang terbaik untuk ziqrie, Ziqrie anak mama, Insyallah doa mama akan sentiasa mengiringi setiap langkah ziqrie..

Love u so much abg ziqrie...












Wednesday, October 29

Little Caliphs Taman Kosas

Alhamdulillah selesai daftarkan tadika untuk ziqrie, post lepas bingung sangat tak tau mana 1 sekolah nak masukkan ziqrie. clik sini 

Lepas dah pikir, habis semua orang aku tanya minta pendapat... Buka you tube, review blog 
akhirnyasetelah bincang suami isteri.. gitu, oklah kita pilih Little Caliphs (LC) untuk sesi tahun 2015. 

Kenapa daftar dekat  LC sebab sekolah nie die Islamic Inggeris program jadi 18/10/2014 LC buat open day aku terus pergi nak daftar kan ziqrie. 


Gamba Google


Sebelum ini kan dah ada beberapa sekolah aku dah pergi melihat-lihat kawasan jadi lepas puas berpikir-pikir masa open day ari tu aku memang niat terus nak bayar duit registration.


Balance untuk sem 1 tu bayar masa bukak sekolah nanti, baju dengan buku tak beli lagi sebabnya mungkin harga baju anak naik lagi dan buku nak tukar yang lain pulak bukan buku yang sedia ada nie..



Bila sampai jer ziqrie dah tanya, ini school ziqrie ker mama? Wah ziqrie suka...


Zaffriel nie kan terlebih peramah, dekat semua orang die pergi.


Tengah tunggu turn nak bayar...



Adik tengok ape tu?


Bakal little caliphs insyallah, belajar pandai-pandai yer sayang.. cepat betul masa berlalu macam tak percaya anak dah nak masuk sekolah..

Bye!


Wednesday, August 13

Cerita anak-anak

Lama sangat rasanya tak cerita pasal anak-anak, mood nak bercerita meraban ke laut agaknya.
banyak sebenarnya tapi nanti lah cerita 1 per 1 yer... slow-slow kita cerita..hahaa

Ziqrie.....
Rasanya ziqrie sama aje, dia nie memang tak banyak hal dia buat hal sendiri aje, cuma bab beli toys ada ditahap agak kritikal dan melampau di situ. Pantang keluar balik mesti kena ada toys baru. Cantik muka ingat mama dia ini duit berkoyan-koyan agaknya. Tapi tulah kan perasaan seorang ibu dalam tak beli tapi akhirnya cair beli jugak. Hari tu sibuk dengan Iron man ape aje yang ada logo iron man die nak..


Teruja ini konon-konon macam jumpa idola dia..


Last-last dia minta jugak costume iron man.. nasib baik masa raya hari tu tak mintak pakai costume ini..






Habis demam iron man sekarang ada demam baru.. Transformers. uisshh tapi tahap melampau yang murah tak nak.. nak yang mahal jer.. kalau hari sabtu ahad aku tak kerja, die sibuk tanya kenapa tak pergi kerja, bila aku cakap aku cuti, dia jawab kalau cuti macam mana nak dapat duit nak beli toys.. mama pergilah kerja.. Sampai hati ko wahai anak ku...

Ini bila demam Transformers melula..






Sampai kan zaffriel pon dapat tempias demam ziqrie



Haha die pon teringin jugak rupanya.. Nak jugak merasa jadi super hero kan... 
Tapi yang ni ape cerita? Sapa nak jawab???

scroll down







scroll down









scroll down








scroll down






scroll down













scroll down









scroll down












scroll down



Hehe terdapat sedikit kegilaan disitu.. Aku bukan nak pakai sangat tapi ziqrie sampai guling-guling suruh aku pakai.. Sebab tak nak anak nangis aku TERPAKSA pakai ok.... Nie kalau laki aku baca mesti aku kene kutuk kaw-kaw.. bbuueekk

So far tu jerlah kot cerita pasal ziqrie. For ziqrie doa dan harapan mama dan juga nasihat cukup-cukup lah beli toys, mama nak beli handbag murah pon tak tercapai lagi. nak buat rumah macam mahligai pon tak tercapai lagi. Jadi marilah kita menabung bersama untuk capai impian mama yer abg...


Ok sekarang cerita pasal Zaffriel pulak.. Adoi budak kecik ini sekarang umur 1 tahun 6 bulan tapi punylah macam-macam perangai dasyat dari abang dia. orang lain selalu risau kalau abang buli adik tapi aku dah terbalik adik yang selalu buli abang.. Selalu ziqrie jenis tak balas kalau adik dia pukul ker apa tapi tahap kesabaran ada batasnya sesekali kena jugak lah kan.. Aku peratikan aje perangan zaffriel ini.. Boleh tahan!
Tu yang selalu tukar jadi hijau cam dalam gamba tu.. Tapi haram dia nak takut.. tergelak-gelak dia tengok aku. Agaknye kelaka benau mama dia ini..

Mrz salu cakap anak perangai cam ini sebab ikut awak lah, iyerlah yang buruk dan yang tak comey aku aje yang cantik budiman dia ajer.. hak tuuii



Ini gamba lama tau sekarang dah tak makan dah macdodak..




Sangat suka tengok cerita Elmo.. Cartoon lain dia tengok jugaklah tapi tak setekun tengok elmo.


Bantal busuk kesayangan sangat ini.. kalau balik rumah dia akan cari bantal ini dulu.. cium-cium lepaskan rindu, iyerlah sehari tak jumpa.


Still isap puting lagi tapi aku dah jaring bagi sekarang ini.. Tak encem lah dik..



Dorang tak boleh main sama-sama mesti bergaduh dan mesti ada yang menangis.


Sila abaikan kotak yang bersepah tu masa aku tengah sibuk nak pindah ari tu.. Situasi pada masa tu, adik tengah nganga mulut nak gigit adik.



Boleh lah kongsi tengok tab tapi aku rasa untuk beberapa saat jer kot.


Ini lepas mandi dan pandai nak pakai bedak sendiri.



Dan yang paling tak syok zaffriel akan buat muka setiap kali nak amik gamba



Ambik gamba


Ambik gamba


Ambik gamba lagi


Lagi? siap kembang-kembang idung



Ambik gamba... boring


Lagi boring...


Waaaaa.... ambik gamba lagi..


Lagi......


Ambik gamba... malas nak layan..


Ambilk gamba malas nak masuk campur


Dah tak boleh tahan kena nangis..

semua gamba ziqrie jer yang sporting, yang sanggup layan mama die.. adik tak nak layan kenapa? sebab dia budak duduk tak diam.. amik gamba kena paksa sebab tu tak suka..


Apa pon perangai anak-anak dorang lah penyeri hidup masa sentiasa rasa tak cukup rasa cepat jer belalu sebab layan pernagai dorang macam-macam..

Anak-anak boleh mengubah mood korang, kadang-kadang baik macam semut dan sekelip mata boleh tukar jadi harimau... Oklah nanti kita cite lagi ok..









Popular Posts