Tuesday, January 22

Ziqrie's 'Cars' Birthday Bash Pool Party

Alhamdulillah selesai sudah sambutan majlis hari lahir Ziqrie... Sambutannya pada 13 Jan 2013 walaupon sebenarnya hari lahir ziqrie pada 29 Jan 2013 memandangkan perut semakin membesar jadi haruslah sambut
awal...

Barang-barang utuk dimasak dah siap beli pada hari sebelum tu.. Jadi masa pagi ahad tu aku fatin tolong aku untuk sediakan semuanya.. aku hanya main potong-potong jer, tapi sayangnya sebab kami nak kejar masa 1 gamba pon aku tak sempat nak ambil..... Food yang ada pada hari tu Ayam bakar,Whipped Potato, Coslow, Tosey, Mee hoon singapore, Satey, Bubur chacha, Otak-Otak, nagget,fishball, hotdog dll....
 Tq so much fatin semua orang cakap sedap :)

Sambil fatin memasak di dapur aku turun ke pool side nak tengok orang pasang khemah dan pasang banner dekat tingkat 2...



Banner nie aku mintak tolong ayah tempahkan.... Harganya aku tak tau... untuk bingkai banner tu mrz buat sendiri sehari sebelum tu... aku dengan perut boyot-boyot nie aku bawak aku pergi hardware pergi beli kayu.. Baru aku tau mahal gujak harga kayu...




 Ini adalah usaha sama buah pikiran aku ngan fatin untuk nampak kelainan... kononny.. haha iyerlah kan takkan nak pakai scallop dah macam orang kawin pulakkan.... kerja gunting mengunting ini pon kene buat awal boleh tahan jugak nak gunting semua ini... jadi macam biasa kerja menggantung kenalah bagi pada yang pakar.. untung bawak perut cam aku ini semua mintak orang buatkan...





Lepas habis mengantung-gantung susun meja pulak.. lepas tu ada ada lebih gamba cars tu aku mintak tolong anak saudara aku lekatkan dekat belakang kerusi... hahaa senang tak hidup??





Masa ini dah nak dekat pukul 1.00ptg  kelam kabut aku dengan kek tak ambil lagi arang tak beli lagi.. sampai kan ziqrie pon tak sempat nak mandi.....

Bila kerja dekat bawah dah siap aku naik semula ke rumah nak tengok fatin masak... keluar jer dari lif wah dah boleh bau harum jer masakan fatin.... masuk rumah amik handbag just say hihi byebye pada fatin aku turun nak pergi amik kek dan beli lagi sikit barang-barang yang tak cukup...


Kek nie aku tempah dekat Secret Recipe kek sedap sangat puas hati......


 Aku balik bawak arang terus bob idupkan api.. masa ini dah dekat pukul 2 lebih fatin dan wani dah bawak turun semua barang dan makanan... terima kasih banyak-banyak korang....

Dalam pukul 2.30 cam tu nisa dan pogie dah sampai..alamak tetamu dah sampai beday boy tak mandi lagi...
belon tak gantung lagi.... Arang tak nyala lagi dari tadi nasib baik ada pogie, die tolong abob untuk idupkan arang... Rasa cepat betul masa berlalu.... dan mintak tolong nisa ikatkan belon...





Aku terus naik mandikan beday boy.... lebih kurang pukul 3.45 macam tu Yaya Theclown call kata
dia dah sampai... dan aku masih belum siap..hahaha

Aku turun dalam pukul 4.00 makan baru sampai dari rumah mak mertua aku.... mintak tolong masak aku tak larat lah....




Untuk Clown kali ini aku guna khidmat Yaya The Clown... Senang kan die run the event.... 
aku cukup puas hati dengan kerja yaya die dah tau apa yang nak buat dan die tau budget time... dan yang penting anak-anak happy..... (wah sekarang kene guna istilah anak-anak ok, dah jadi emak orang kan )

Untuk Clown aku gunakan Mr Yaya senangkan dia yang run the event..... dan aku sangat berpuas hati d




















Lebih kurang dalam pukul 5.00 ujan rintik-rintik adooiii jadi sebab takut hujan lebat teruslah cutting cake









 Smile :)

Peace!

 Yeeeeeaahhhh!!!!!


Hari sebelumnya birthday opah, jadi mari kita nyanyi lagu selamat untuk opah pulak.....


Lepas upacara potong cake Yaya teruskan acara dengan 'games' macam-macam games ada.....
dan Yaya jugak ada sediakan hadiah untuk setiap game tapi untuk happykan lagi anak-anak aku ada jugak sediakan hadiah... Hadiah pon mengikut tema 'CARS' tapi hadiah biasa-biasa jer... saja nak happykan anak-anak....
  















Lepas habis game clown pon balik... Tukarkan baju ziqrie... baju yang uncle ikmal & auntie fatin bagi...
sut ala-ala pelumba kereta.... Smart giler sut die....








Lebih kurang pukul 7.00 malam tetamu semua berangsur balik... Jadi bermulalah sesi mengemas......
Settle kemas dalm pukul 7.45 malam.... Terima kasih pada semua yang bertungkus lumus memeriahkan majlis ziqrie ini.. Ayah,Emak,bob,mak mertua,fatin,wani,dan mrz yang bertungkus lumus buat persiapan dari sebelum semasa dan selepas majlis.. Terima kasih banyak-banyak yer....

Untuk anakda ziqrie........

 Walaupon sepatutnya tarilh sebenar birthday Ziqrie pada 29 Jan, mama terpaksa sambut awal memandangkan keadaan mama yang semakin sarat.. Jadi kenalah sambut awal sebelum adik Ziqrie keluar :) walaupon perancangan babah nak sambut birthday ziqrie lepas mama habis pantang, tapi mama rasa mama perlu sambut birthday ziqrie awal, tak syok kalau nak tunggu mama habis pantang.... Mama sebenarnya dah tak larat tapi demi anak mama, mama cuba jugak gagahkan diri, mama paksa diri mama untuk buat apa saja demi ziqrie... mama wish you happy 3rd Birthday sayang, kejap benar rasanya masa berlalu dalam mama tak sedar anak mama dah besar, mama selalu nak cakap nie pada ziqrie tapi ziqrie masih belum paham mungkin 1 hari nanti ziqrie akan baca blog mama ini.... Remember this u a always in my heart & u always be my superhero.... Mama doakan ziqrie akan jadi anak yang soleh, ziqrie akan berjaya dalam hidup, sentiasa dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan akan menjadi anak yang berjasa pada keluarga bangsa dan agama..Sentiasa ingat ini sayang doa restu mama insyallah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan perjalanan hidup ziqrie... Amin





Thursday, January 17

Ziqrie's 'Cars' Birthday Bash Pool Party Preparation

Lega...Lega...Lega...... Puas hati sangat-sangat rasa macam dah lepas sebijik batu yang sangat besar..
hahahaaaa..... minggu lepas selesai sudah sambutan majlis hari jadi ziqrie....
Tapi tulah majlisnya hanya beberapa jam tapi nak buat preparationya ambil masa ok....

Mula-mula tak tau dari mana nak mula.. tapi temanya memang dah ada memandangkan anak bujang
aku ini minat sangat dengan cars..... jadi tanpa berbincang kita pilih theme cars....

Mulakan dengan mengadap depan pc setiap hari mencari idea @ ilham dan mencilok sikit-sikit birthday idea orang lain... kalau aku tengok yang sebelah oversea idea dorang semua gempak-gempak mungkin
dekat oversea barang-barang untuk majlis hari jadi lebih senang nak beli dan jauh lebih murah tapi dekat KL pon ada tapi harganya menjadi berganda-ganda dan agak terhad...

Untuk birthday ini semua nya aku buat sendiri bermula dari invitation tukar tambah apa yang patut dan tanya pendapat orang..


Konsep untuk invitation nie ala-ala tiket @ Vip pass untuk tengok F1.... tu imiginasi aku lah tapi aku sendiri tak pernah tengok pon tiket F1.. hahahaaa


Barang-barang untuk goodies aku beli dekat sini... Pergi dengan fatin dan kak niza... 
Barang-barang dekat sini harganya murah sikit dari pemborong-pemborong lain.. kurang lah 2...3 ringgit..
Meeting bersama Mr z tentang tetamu dan berapa orang yang hendak dijemput dan siapa...
kemudian tentang makanan pulak cari idea bersama fatin.. dapat idea food masa otw balik dari kerja masa dalam kereta.. konsepnya yang senang dan tak perlu nak masak-masak sangat iyerlh aku bukan larat sangat
nak masak potong cili potong bawang bagai... Jadi ala-ala western ayam panggang dan dan rakan-rakan..hehee

Jadi bermula pada ada barang-barang tuk goodies kerja aku lepas balik dari kerja mengadap semua jajan-jajan nie... aku potong tampal... sampailah smuanya siap..









Jadi ini lah barang-barang yang dimasuukan dalam goodies bag.. (aku cuba utk rotate gamba ini tapi tak boleh..iissshhh)




Yang nie aku buat sign board.. tapi gamba yang dah siap nie jer yang ada..lagi 2 tak sempat nak amik gamba
susah nak bergerak pantas dengan perut yang memboyot..



Sebenarnya ada lagi yang aku buat tapi aku lupa mana aku simpan semua gamba-gamba tu..
yang nie  dapat idea masa dekat opiz tengah duduk-duduk dengan fatin.. Puas jugakalh aku dengan fatin potong gamba Cars nie... 




Baju ini aku mintak tolong Cinta hati fatin belikan dekat UK.. Dari mintak tolong belikan bertukar menjadi hadiah... Tq Fatin dan ikmal :) kalau mintak tolong beli handbag boleh bertukar jadi hadiah gak tak :p


Birthday cake aku tempah seminggu sebelum dekat Secret Recipe sangat puas hati dan sedap..
aku dah tak nak beli-beli kek online nie.. kadang-kadang rupa jer cantik tapi rasa eemmmmmm........


Banner yang besar ini aku mintak tolong ayah aku tempahkan harganya aku tak tau..hahaaaaaa


Guest book nie fatin yang buatkan.... Diakan extra rajin.. tq fatin


Ha nie keadaan rumah aku pada malam sebelum tu aku ngan Mr Z tiup belon sampai pukul 4 pagi... Rumah yang dah tak rupa macam rumah.... penuh dengan belon dan sampah sarap...

oklah nanti sambung entry masa birthday yer....







Tuesday, January 15

Tanamera Postnatal

Dalam masa beberapa bulan nak dekat bersalin nie asyik berpikir-pikir nak beli set bersalin yang mana
satu.... Dalam entry lepas pon ada cerita pasal set bersalin nie click sini...

Akhirnya dah buat keputusan dan dah beli senang hati :)




Ada 2..3 orang member kata set nie bagus jadi hati meronta-rontalah nak mencuba tapi bukan sekarang
insyallah bulan depan baru boleh cuba yer.. nanti lepas cuba aku cerita yer.. betul ker tak set nie bagus @
hanya cerita rekaan..hehee

Popular Posts