Thursday, March 6

Lepak Dataran Putrajaya

Lepak-lepak dimalam hari dekat dataran putrajaya, Mrz ajak sajer nak bawak anak2 lagi pon saja nk bagi ziqrie try hadiah harijadi die.. Hari sebelum tu kita orang pergi Toyrus suruh ziqrie pilih sendiri mainan ape yang die nak untuk hadiah birthday die..



Mana cars n planes ini,tak nampak pon...????

Ha..... ada pon!!


Ziqrie nie aku dah boleh agak asal masuk jer tampat ini. Mesti die akan cari rak cars dan planes walaupon dah ada banyak cars dan planes dekat rumah..

Boring lah asyik nak beli mainan yang sama jer kan, haha mama yang boring nie..
jadi mari pilih benda lain..



Aku pon tak tau ape nama benda ini.. ok dah bagi try, ziqrie kata die suka.. ok jom bayar..


Walaupon dah beli hadiah tapi tetap nak beli barang planes (Chug)
bila aku tanya nak buat ape beli.. ziqrie jawab dekat rumah banyak Dusty (planes) 
tapi tak de lori isi minyak(Chug) tak boleh isi minyak cam ner Dusty nak fly... 
Ok alasan boleh diterima.. jadi kene beli jugak lah..



Wah jauh melencong dari putrajaya ke UO...
Jadi berbalik cerita lepak diputrajaya... Aku dah lama tak datang sini, dulu last aku datang sini waktu malam biasa-biasa jer, tapi ari tu masa datang sini waktu malam kemain hidup lagi tempat ini... Ramai orang berniaga buat sewa permainan untuk budak.. Nasib baik aku dah bawak siap-siap mainan ziqrie kalau tak mesti melayang duit..

Mula-mula sampai aku duduk melepak sambil suap zaffriel makan bubur nasi.. Seronok tengok ramai budak-budak dekat sini..

Ziqrie tengah seronok masa ini.. aku perhatikan dari jauh, mrz yang ikut die pusing-pusing..


Haha.. orang kecik ini boleh duduk diam kejap jer... Lepas habis jer makanan die, die pon sibuk nak keluar merangkak...Disebabkan dah tak boleh duduk diam nak keluar dari stroller aku pon terpaksa lah tolak stroller pusing sama-sama dengan ziqrie n mrz..

Pusing-pusing ziqrie terpandang pulang super bike ini, memang cantik dah macam real punya super bike..



Jalan-jalan pusing-pusing tak perasan dah berapa kali kita orang pusing tempat nie.. Leka sambil jalan sambil tengok keletah budak-budak



Tapi dekat sini kalau yang bawa anak-anak kecil kene perhati betul-betul
laju betul dorang main basikal dekat sini...





ok kita take 5 jap..masa ini lah baru terpikir dah berapa kali pusing ek?

Lepas pergi tu pergi lepak minum lah tapi mrz lapa, die nak makan kari mamak.

Nampak dah mula dah aksi nak panjat memanjat..

Nasi mrz.. Telan air liur aku tengok nasi die ni...

Budak yang tak duduk diam, nak bagi die diam.... mainlah timun tu..

Abang bukan boleh tengok adik die diam.. mulalah nak menyakat..

Nangis... Abg ambik timun...

Ziqrie makan honeystar + susu dan nasi goreng cina.. Kongsi dengan adik..
Sekarang ini agak senang sikit lah sebab zaffriel dah mula makan nasi.. sebab gigi kan dah banyak lagi pon die mana boleh tengok orang makan... die mesti kene makan sekali..

Masa otw balik dua askar kecik nie tido.. sampai jer dekat parking ruma aku kejut kan dorang, iyerkah kene lah lap badan dulu tadi main dah berpeluh-peluhkan..

Lepas lap badan aku suruh tido dorang tengok cartoon pulak...
Ok mama dah mengantuk, tengok tv dengan babah yer... :)










Thursday, February 27

Ziqrie Birthday 4 Tahun

29 January 2014

Kejap jer masa berlalu ziqrie dah 4 tahun, pengalaman 1st time rasa sakit nak bersalinkan ziqrie
masih segar bugar lagi dalam ingatan. Plan tahun ini sambut birthday ziqrie dan zaffriel sekali nak buat makan-makan sikit nak panggil mereka yang rapat-rapat..

Tapi birthday tu bulan 2, kene tunggu birthday zaffriel dulu lah, dan rasa tak syok pulak kalau tak ada cake untuk ziqrie. Mula-mula ingat nak makan dekat rumah jer tapi ayah ajak pergi makan dekat luar, kami sambut birthday ziqrie sehari selepas tu sebab nak tunggu bob balik dari shah alam, rasa tak lengkap 
keluar bila bob tak ada sama..

Bila ayah tanya nak makan apa? dan dekat mana? Aku terus cakap kedai yang buloh tu... 
Jadi malam tu terus lah kami tuju ke kedai buloh tu aka Istana Bambu..






Disebabkan masa pergi fatin bertunang hari tu ziqrie suka sangat makan kek yang fatin buat, jadi
aku minta tolong fatin buatkan kek untuk ziqrie, tema cake Disney planes..



Kek tu zaffriel dah rasmikan dulu.. die dah rasa crem tu dulu..



Uish muncung..


Tiup lilin siap pejam-pejam mata...hahaa


Happy Birthday abg ziqrie, mama doakan anak mama sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, menjadi anak dan insan yang berguna untuk keluarga, agama bangsa dan negara.. Amin..



Love,
Mama




Wednesday, February 26

Genting Highland

Gila lama dah gamba-gamba pergi genting ini.. Aku tak ingat bulan berapa tapi yang penting ujung minggu, iyerlah ujung minggu jer yang ada masa pon nak bawak anak jalan-jalan + aku pon suka pergi jalan-jalan..

Di sebabkan genting tutup sebab renovation di bahagian outdoor jadi aktiviti hanya indoor lah kan..
walaupon sebenarnya permainan indoor ini tak delah banyak sangat tapi aku rasa ziqrie dah cukup happy..
game untuk mak bapak langsung kita orang tak main sebab sape pulak nak tengok anak kan.. pasrah jerlah
iyerlah tujuan pon nak happykan anak-anak....!


Cantik sungguh deco dalam hotel genting nie


Zaffriel tido..bangun makan.. minum susu...tido die bukan heran dengan semua games + die bukan faham lagi pon.. Ziqrie yang extra seronok datang sini..



Kan tido lagi..





Tido...




Ini permainan yang berulanga kali ziqrie main... lepas die main die baratur balik.. main beratur balik..





Adik yang sedia menanti abang main semua games.. kadang-kadang menangis jugak
boring agaknya..





Seronok bila anak happy, moment ini harus di amati.. peluang ini hanya datang sekali jer..
Love u ziqrie!

 

Monday, January 20

Happy Birthday Mak....

12 Jan 2014 mak berusia 52 tahun, Syukur mak diberikan kesihatan yang baik....
dan pada usia ini juga mak berhenti kerja, setelah hampir 34 tahun berkerja membantu ayah 
untuk membesarkan kami 2 beradik.. Dulu masa aku sekolah rendah aku selalu tertanya-tanya
kenapa mak kerja, kenapa mak tak duduk rumah macam mak kawan-kawan aku yang lain..
bukan apa cuma setiap kali tengok kawan-kawan pergi sekolah mak hantar, dan aku pergi sekolah
jalan kaki bertemankan kawan-kawan aku jadi tertanya-tanya, tapi bila aku semakin besar aku sedar
sungguh besar pengorbanan mak... berkerja untuk keluarga.. 
Dan sekali lagi mak berkorban untuk keluarga... bila mak buat keputusan untuk berhenti kerja untuk 
menjaga cucu-cucunya, mak dan ayah tak kasi bila aku cakap aku nak hantar anak-anak aku ke nursery.. Bila aku dapat tau tak ada siapa yang nak jaga anak-anak aku, kepala aku jadi blank dan apa yang aku mampu buat hanya menangis dan apa yang aku nampak hanya muka anak-anak....

Kenapa anak-anak aku tak ada orang nak jaga???
Biarlah itu menjadi rahsia di hati aku, tamparan paling hebat untuk aku...

********************************************************************************
Aku tak suka bila bercerita kisah keluarga....... Perasaan akan bertukar jadi sedih....

Ok cerita pasal sambutan birthday mak kali ini... cuma aku anak beranak jer + Wani
dan macam biasa kami pergi karaoke, dekat Red Box the curve.....






Tapi yang tak berapa nak syok biasanya kalau dekat red box ada lunch buffet tapi dekat the curve ini tak ada pulak.. 


Yang aku suap zaffriel ini nasi putih + ayam kari masin


Nasi putih + kari daging manis


Nasi goreng tak ada perasaan (tak ada rasa ape2)


Nasi lemak + Ayam sambal (yang nie tak tau rasa cam mana sebab aku tak rasa)


Dan seperti biasa, birthday orang semua birthday die...


Suruh atok nyalakan lilin sekali lagi sebab tadi tak puas tiup sebab opah tiup sekali...


Dah dapat tiup baru puas hati dan boleh senyum..


Ini sebab kurang paham jer, tengok tahun depan birthday opah ada 2 orang
yang nak tolong tiupkan lilin kek opah..




Still tak tau birthday siapa sebenarnya..hahahaa




Btw ini aku print screen dari Fb aku... hadiah yang tak seberapa tu, aku belikan mak handphone...
itu jer yang aku mampu nak beli tuk mak, itu pon tak seberapa jika nak bandingkan apa yang mak dah berkorban untuk kami semua...


HAPPY BIRTHDAY MAK... WE ALL LOVE U SO MUCH..............







Popular Posts