Friday, February 6

Anak Tidur Berdengkur

Nampak tajuk, bab tidur berdengkur kene letak perkataan anak kat depan takut nanti korang ingat aku yang tidur berdengkurkan...

Cerita nie sebulan yang lepas, sebelum ziqrie start pergi school  lebih kurang seminggu sebelum tu nak tidur hidung tersubat, bangun pagi bersin-bersin berhingus tiap-tiap pagi jugaklah kene bawa handkerchief, kecian sangat masa tidur bernafas berbunyi-bunyi iyerlah sebab susah nak bernafas, tidur mulut ternganga sebab kena bernafas guna mulut.  Mulanya aku bawak pergi klinik bagi lah ubat selsema, dah makan 3..4 hari sama jugak selsema tak jugak ok, aku cakap dekat mrz kene bawak jugak pergi hospital sebab aku rasa macam lain macam yang aku pikir mungkin kot anak aku ada resdung, jagi untuk kepastian kena lah bawak jumpa doctor kan. Call hospital dorang kata kene pergi jumpa dengan doctor ENT. 


Sementara tunggu nama dipanggil tuk jumpa doctor


seronok nie main sorang-sorang kalau adik ada nie tak mesti dah berebut.



Mama pon bzy jugak :p


Ok doctor dah panggil pagi tu jumpa dengan Dr. Aminuddin Saim pakar ENT / Otorhinolaryngology


Cek mata


Cek Tekak



Cek Telinga..
 Dr Amin nie sangat bagus pandai die layan budak, tu tengoklah hilang takut ziqrie siap boleh lambai-lambai lagi nak ambil gamba.. sebab dapat dr best.

Sepatutnya kena x-ray tapi dr kata mesin rosak pulak. kesimpulan nya dr kata mungkin tonsil ziqrie bengkak jadi bila membengkak saluran penafasan jadi sempit dan buat ziqrie susah nak bernafas, dan tu mungkin punca ziqrie tidur berdengkur...  dan bukan resdung.



sepatunya bila buat x-ray doctor boleh tengok untuk pastikan bengkak atau tak, dan kalau masalah macam ini mungkin jugak boleh menyebabkan masalah pendengaran, maksudnya bukan pekak tapi pendengaran jadi berdengung bunyi macam kita menyelam..

Jadi esok kene datang semula jumpa dengan dr mungkin nak x-try kot, tapi tuk sebulan ini dr kasi ubat nie




Dua2 ubat ni kena makan dan spray sebelum tidur, malam ke 2 ziqrie tidur dah tak berdengkur dah, sekarang alhamdulillah bangun pagi pon tak de dah selsema... Syukur ya allah, nanti cerita lagi yer perkembangan ziqrie untuk followup checkup nanti.





Monday, January 26

Little Caliphs 2015

Alhamdulillah... rezeki ziqrie untuk ke little caliphs, sekolah pertama untuk ziqrie tahun 2015, Lepas pikir masak-masak dan dah bayar duit booking, ada jer cite dalam entry lepas click sini kalau nak baca macam mana pening kepala pikir tak tau mana nak masukkan ziqrie. 1st time kan excited die lain macam.

sebelum cerita pasal 1st day ziqrie ke sekolah nak kongsi sikit bayaran yuran persekolah untuk tahun 2015.

Student Registration - RM1200.00


Payment  1st semester - RM1600.00


Payment untuk uniform dan buku - RM483.50



Student Registration   RM1200.00
 1st semester              RM1600.00
 2nd semester             RM1600.00
Uniform dan buku          RM483.50

TOTAL RM          4883.50

Lepas dah try baju dan bayar segala yuran, Jangan ingat aku listdown kan harga nie semua cakap aku poyo tau, saja nak share jer, sebab aku pon masa mencari sekolah tuk ziqrie hari tu benda yang paling aku nak tengok berapa yuran tahunan yang kena bayar..

Jadi bermula lah cerita ziqrie ke sekolah, aku memang siap-siap amik cuti nak hantar anak pergi sekolah.

Anak yang nak sekolah aku yang berdebar, aku yang excited nak buat persiapan untuk anak, nak berikan yang terbaik untuk anak..memang semua mak cam aku eh?


Bag sekolah ziqrie Avengers Assemble, die yang pilih sendiri aku layan kan aje, janji anak happy..


Adik dah try abang punya kupiyah..


Kasut sekolah abang pon adik yang rasmikan dulu..



Muka senyum paksa bila mama nak amik gamba, masa aku kejut ziqrie bangun, die cakap tak nak pergi school hari ini, boleh tak pergi esok?


Masa sampai orang memang dah ramai.. macam-macam perangai ada yang berlari yang menangis pon ramai. Aku risau gak sebenarnya dengan ziqrie takut jugak kalau die menangis.

Bila masuk jer cikgu tanya nama terus dapat tag, Lupa pulak nak amik gamba tag tu.. Ada nama dengan kelas. Ziqrie kelas 5 Al-Buruj aku siap google nak tau buruj tu ape, Al-Buruj tu nama suruh :)


Kelas dekat sini dibahagikan ikut umur, untuk umur 5 tahun macam ziqrie ada 3 kelas.




Syukur alhamdulillah anak mama good boy, pandai berkawan. ok ziqrie kata mama boleh balik.


Pukul 12 semua dah keluar dari kelas, aku tunggu mana ziqrie ini, tak nampak hati dah berdebar-debar dah ini, rupanye elok jer die dalam kelas sebelah sibuk main cehhh....


Kupiyah ziqrie selepas 4 jam, teruk sangat dah rupa anak aku ini..hahaaa


Bila aku ajak balik, ziqrie kata tak nak balik nak main...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ke 2 sekolah, bangun pagi senang, muka ada senyum..



Tuk hari ke 2 ni aku saja biarkan die sendiri, perhati dari jauh nak tengok boleh tak ziqrie berdikari.. Alhamdulillah teacher-teacher dekat sini  semuanya baik-baik.


Bila perhatikan ziqrie dari jauh sayu benar rasa hati ini, Cepat betul masa berlalu, rasa macam tak puas lagi manjakan ziqrie, dah besar anak mama ...hhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu




Cikgu kelas ziqie, teacher Nabila



Aku perhatikan dari jauh nak tengok ziqrie ingat tak kelas die yang mana 1..



Lepas 5 minit cam tu aku naik ke kelas ziqrie, bzy tengah main dengan kawan-kawan...


Belajar pandai-pandai yer ziqrie.  Moga ziqrie menjadi anak yang baik, anak yang taat untuk mama dan babah, anak yang berjasa untuk agama dan negara. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ziqrie, mama dan babah dah cuba untuk  berikan yang terbaik untuk ziqrie, Ziqrie anak mama, Insyallah doa mama akan sentiasa mengiringi setiap langkah ziqrie..

Love u so much abg ziqrie...












Wednesday, January 21

Happy Birthday Mak

Tahun ini bertambah lagi usia mak, Alhamdulillah mak sihat masih sihat, masih  kuat tolong menjaga ziqrie dengan zaffriel. Sebab birthday mak jatuh hari isnin, hari kerja jadi aku plan awal dengan Ayah,bob dan Mrz tuk sambut awal.. Jadi memang dah plan nak pergi karaoke jer.. Hahaa sama jugak cam sambutan tahun lepas.. Cuma yang beza bilik jer, tahun lepas warna bilik hitam putih tapi tahun nie dapat warna hitam merah. Yang lain sama jer.


Sorry mak, amik gamba tak betul badan lain kepala ke lain..

Pada mulanye mak tak tau pon nak sambut birthday mak, tapi mungkin die dah boleh agak sebab aku beriya-iya tak kasi mak pergi kelas mengaji... Tapi bila aku pergi amik mak petang tu, mak masuk jer kereta ziqrie terus jerit, 'Happy Birthday opah' tadi mama pergi amik cake opah, siap tunjuk gamba cake dalam phone aku, ' Nielah cake opah, mama amik dekat kawan mama tadi'


Ini lah cake nye, fatin punya cake memang sedap, mak aku suka sebab tu aku minta fatin buatkan, dan dah rezeki mak fatin sponsor cake ini.. Tq fatin..


Tengok dalam, gabu gebas...


Masa nie baru sampai.. tengah amik mood..


Tak paham kenapa sampai senget couple dekat pintu tu..








Lagu pembukaan dari ziqrie














4 Jam dekat sini, macam nak pecah bilik nie, Sebab tu walau pon ber6 tapi atok sibuk nak amik bilik besar, sebab senang cucu die nak bersilat, berkuntau...



Selamat Ulangtahun kelahiran mak, akk doakan semoga mak akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki, dipanjangkan umur. Terima kasih untuk segalanya, 

We All Love U So Much!








Popular Posts