Friday, January 27

Ziqrie darjah 1

Selamat tahun baru 2017 adakah post ini akan menjadi pembakar semangat untuk menjadi rajin berkobar-kobar untuk update blog selalu...... Ha ha harap harap lah iyer, banyak cerita nak tulis dalam ini tapi tu lah bukan nya malas tapi tak berapa nak rajin sangat tapi niat dah ada dah..

Entry pembuka tuk tahun 2017, yang ni harus di cerita dulu sebab nak ziqrie tau perjalanan dia mula sekolah. Memori terindah ini, first time anak masuk sekolah. Masa pergi beli baju sekolah pon hati gembira bercampur sedih terharu macam macam perasaan lah ada. Tak percaya anak nak sekolah pon iya juga, tak percaya hoi anak dah besar diri dah memakin dewasa. Huhu.


Ini masa pergi beli baju sekolah, beli dekat kedai canggih wangsawalk, try baju aku rasa macam tak kena jer, masih tak percaya anak nak masuk sekolah. Haha saiko.


Ini masa hari orentasi, awal sungguh sekolah ini buat orentasi, next day lepas cuti sekolah.



Masa bila kene beratur ini pon aku tak tau, Mrz settel kan anak aku beratur panjang nak pergi bayar duit file sekolah. Tau tau jer mrz kata ziqrie dah naik kelas tengah colour colour.


Uis gamba ni I cannot, Jangan lambai lambai mama sangat abang. 

Orentasi habis lebih kurang pukul 11 pagi, cikgu bercerita pasal sekolah pasal peraturan sekolah bagai bagai,

Habis dah cerita hari orentasi, Ziqrie masuk sekolah 3 Jan 2017 (Selasa). Aku ambil cuti 4 hari
Hati kuat kata anak aku insyallah ok, tapi nak jugak tunggu.


Opah pon semangat nak ikut menghantar cucu masuk sekolah.


Mrz amik cuti sehari jer. Melampau lah air kat kantin sekolah RM1 tuk air sirap cam tu. Budak sekolah kot.


Sebelum locing bunyi kena beratur dulu dekat sini. 


Masa ini mak bapak punya lah ramai, walaupon cikgu mintak banyak kali suruh mak bapak bersurai, tinggalkan anak tapi mak bapak buat tak reti jer. Seolah olah mak bapak ini nak cakap dekat cikgu, jangan pisah kan saya dengan anak saya.


Ini pon sibuk nak pergi sekolah, tahun depan dah masuk sekolah susah nak bangun pagi siap yer adik.


Nak berjalan dah masuk sekolah masa ini muka die sayu sikit, macam nak nangis pon ada, bila tanya kenapa dia jawab, dia sibuk nak butang baju dia sampai atas sebab tengok kawan yang duduk sebelah tu butang baju sampai atas, toleh sebelah lagi kawan pakai Tie, dia tak ada Tie. Sorry lah anak mama lupa nak beli :)



Alhamdulillah so far ziqrie ok jer, sebab dalam kelas ini pon ramai kawan masa sekolah tadika dulu. 


Ziqrie ini dia lambat sikit nak mesra, kalau orang tak kenal dia lebih diam.


Masa amik gamba ini, mrz ajak aku turun dah, ajak pergi makan.

Dia kata biarkan anak tu, dia nak belajar, tinggal kan dia biar dia belajar berdikari...

Ehhhhh.... tulah orang lelaki dorang mana tau sedihnya hati mak ni tengok anak masuk sekolah. Sayu ok tengok anak ko lepas ini kene buat semua sendiri. 


Saiko aku siap berdiri depan pintu kelas sebab nak amik gamba anak dari jarak jauh pulak,


Ini time rehat, Baguslah cikgu sekolah ini hantar budak sampai ke kantin. 

Ziqrie makan nasi ayam aku tapau dari kedai.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini cerita hari ke 2 sekolah, hari ini aku hantar sendiri adik aku pos kat rumah opah, tabah sungguh aku hari ke 2 ini aku duduk dekat sekolah sampai ziqrie balik. Sakit jugak lah pinggang aku tapi ok jer sebab aku layan cerita korea, Mrz dah siap-siap downloadkan untuk aku.


Ziqrie bawak bekal nasi goreng, hari ini aku suruh dia pergi beli sendiri apa yang dia nak. Saja aku perhatiakan aja.



Hari ke 2 dah tak sedih dah, sebab dah ada Tie. Beli air sampai senget-senget Tie anak aku.


Beriya nak oi bawak air, sampai kembang-kembang hidung.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ke 3 budak kecik ni dia dah tau semalam dia ken tinggal kat rumah opah, pagi pagi dia bangun dia dah cakap jangan hantar adik rumah opah, adik nak ikut mama pergi school abang.



Dia sibuk nak teman abang.


Dia yang beriya lebih borak dengan kawan abang, tu ammar kawan ziqrie dari sekolah tadika.

Bila ziqrie dah masuk kelas aku dengan pantas pergi potong rambut, waktu rehat aku datang balik.


Lepas habis waktu rehat aku balik terus, kalau zaffriel tak ada nak jugak aku duduk dekat seolah ini sampai ziqrie balik. Tapi Mrz suruh aku balik sebab dia akan terus amik ziqrie lepas balik kerja nanti.

Hari ke 4 last day aku tunggu tapi tak ada gamba pulak. Alhamdulillah anak mama dah pandai dah rehat sendiri dah pandai nak beli makanan. Ok kan dah ada kawan. 


Ini gamba cikgu dia hantar dalam Group, dari duduk tepi tingkap ziqrie dah pindah duduk tengah-tengah. Dia cerita kawan perempuan yang duduk sebelah dia tu pon kawan masa sekolah tadika dulu.

Macam tulah cerita ziqrie darjah 1, kita akan berjumpa lagi di next entry ''zaffriel darjah 1''


Bye!










































Friday, November 25

Bye Bye Little Caliph



Alhamdulillah Ahad lepas 20 Nov 2016 anak mama Ziqrie dah convo dari Kindergarden Little Caliph Taman Kosas, kejap jer masa 2 tahun berlalu. Aku masih ingat 1st day hantar ziqrie pergi sekolah. 
Jadi sebelum aku lupa baik lah tulis dekat sini sebab nanti beranak lupa ha ha. Mrz sibuk dah suruh aku beranak lagi. Sibuk nak anak kecik, sibuk nak baby girl. Nanti lah yer b belum lagi. Tak ready lagi nak bersalin lagi. 


Convo tahun ini dekat International Youth Centre Cheras, acara start pukul 8.45pagi, pukul 8.00pagi aku dah tercongok kat sana, best datang awal dapat pilih tempat yang ko suka, haruslah duduk depan sekali kan. 


Seronok tenguk muka anak anak fresh jer bangun pagi, happy jer.


Muka sembab gila, aku tak dengan Mrz tak cukup tidur sebenarnya, Hari sabtu ada 2 majlis kahwin balik siap-siap terus pergi dinner office, sampai rumah dekat pukul 1 pagi, terus packing baju sebab lepas majlis convo ziqrie nak fly ker langkawi, pukul 4 tidur bangun pukul 6pg terus ke sini. 



Sebab sampai terlalu awal banyak sangat masa. Ha Ha Ha..


Gamba teacher dia hantar masa tengah tunggu turn nak buat persembahan.


Masa persembahan ini, adoi sayu nya hati bila tengok anak anak ini nyanyi. Pelik betul lah persaan mak mak ini, sikit sedih sikit touching sikit nak nangis. Aku tengok mak mak lain pon nangis, sempat toleh kt Mrz dia tak delah nangis tapi sayu jer muka dia.


Sebenarnya anak anak kita ini tak tau apa sebenarnya yang berlaku masa ini, yang dorang tau teacher dah ajar menyanyi, teacher dah suruh buat macam ini buat macam tu, apa yang dorang paham hari ini tak belajar hari ini hari untuk nyanyi happy happy dengan kawan kawan. 



Habis persembahan dorang di arak masuk dalam dewan dengan bunga manggah meriah sangat.


Untuk acara penutup ada persembahan ramai ramai. Tuk convo hari ini ada 4 sekolah rasanya dan pagi ini hanya untuk student 6 tahun aje.



Alhamdulillah selesai sudah acara hari ini. 


Tahniah ziqrie anak mama. Terima kasih kerana bagi mama peluang merasa pangalaman hantar anak ke sekolah. Banyak perkara dan pengalaman yang mama dapat membesarkan abg. Insyallah we looking forword tuk hantar abg kesekolah rendah pulak yer.


Mama love abg ziqrie so much.


Nak tempek gamba trowback dari awal ziqrie masuk sekolah.















All the best anak mama. We will together explore the new world. Insyallah.












Popular Posts