Tuesday, September 26

Majlis Perkahwinan Shazzie & Azwani - Dewan Tun Hussien Onn Putra World Trade Centre

Entry dieteruskan lagi dengan cerita majlis sambut menantu di Dewan Tun Hussien Onn PWTC, 23 Julai 2017


Tuk majlis sebelah kita orang ini, tak de lah sibuk mana pon sebab tak banyak benda yang buat pon sebab semua dah di sediakan oleh PWTC. Dari pelamin, makan dan semua lah.



Tag untuk door gift, gigih aku gunting 800 keping termasuk tag untuk door gift budak.


Door gift aku pergi amik dengan Mrz sebelum bulan puasa.


Ini lah cenderahati untuk tetamu


Terima kasih anak mama tolong mama, boleh tahan sakit pinggang buat kerja ini.



Yang ni pulak untuk budak budak tapi ramai budak yang tak dapat, sebab mak cik aku cakap mak bapak budak pon amik jugak.




Hari sabtu sampai pwtc lebih kurang pukul 2 petang, masa ini pelamin semua tak buat lagi. 
Pekerja semua tengah sibuk pasang lampu. pasang pelamin, tarik wayer. Semua tengah sibuk lah. 
Aku buat buat sibuk.



Lebih kurang pukul 4 petang aku ke petaling Street beli bunga nampaknya wani masih meletak kan kepercayaan pada kaka ipar untuk hand bouquet. ha ha

Untuk sebelah malam ada rehearsel jadi ada order makanan dari food court bursa tapi kena pergi amik. Lepas beli bunga terus pergi amik makanan. Settel balik semula ke pwtc amik anak terus ke Sri Pacific mandi solat sebab pukul 8 malam nanti akan ada reasal / dry run tuk hari sanding esok.


Ayam goreng kunyi Kamal Kitchen Bursa 120 bungkus.




Kalau ada yang nak cuba mailah food court Bursa tapi kalau time lunch kena beratur panjang lah.


Sebelum mula reasal kita makan dulu. Malam tu cuma ajak family terdekat saja.




Terima kasih family semua sudi datang, kalau tak mesti malam ini tak meriah.

Malam tu jugak combo D'aswa setup equipment dorang, gamba 1 pon tak ada. Cehhhh

Terima kasih pada staff pwtc. 



Ziqrie & Zaffriel jadi pengiring tuk mempelai :)


Risau tengok dua beradik tu, masa reasal ini dorang kejap daring lah, berenang lah. Nasib masa hari sanding tu ok.


Ini semua pangkat adik sepupu semua masih sekolah, sepupu yang plaing kecing umur 1 tahun. Tapi kecian masa ini die demam, tidur jer. Yang pakai tudung hitam tu makcik. 



Ini makcik aku panggil umi, the only adik perempuan mak. Dulu dengan umi lah aku selalu pau kalau time shopping walau pon beza umur tapi kita orang rapat. Tapi sekarang ini nampak macam dah sebaya.






Lepas reasal aku dengan penangtin siap kan hand bouquet. 


Malam tu settel lebih kurang puku 12 tengah malam lepas tu kami balik ke hotel berehat. Esok ada hari yang panjang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

23 July 2017


Gambar pembukaan hari sanding, Ayah dan ibu pengantin.

Hari tu bangun awal tuk tuk pergi sarapan, pagi tu jugak orang hantar kuih yang di tempah, orang apam balik setup meja.











Ikut pergi amik kuih dan mama pergi tukar tudung dekat ariani, boleh pulak baru perasan pagi tu masa gosok tudung tu macam terdouble jahit, nampak tak cantik. yang tak cantik tu dekat belah atas pulak tu. Kalau tak nampak tak per jugak. Nasib pukul 9.30 pagi dah bukak tapi tu lah warna tuding yang sama dah tak ada sebab aku beli awal masa bulan puasa. Mencari tudung nak padan kan dengan warna baju pon dah dekat 1/2 Jam. Matilah lambat.

Terus balik ke bilik tuk siap


Tadaa.... kakak pengantin dah siap

Makeup punyalah lama dekat 2 jam dah macam pengantin, aku turun lambat tak henti orang call tanya dah siap ker belum, macam aku pengantin. 
Anak dah turun awal dengan babah dorang tapi tak siap lagi. Matilah terkejar kejar. Turun laju2 takut kena marah. Orang call tanya dekat mana? 5 Minit lagi orang lain pulak call kata cepat turun orang dah ramai. Call lagi cepat turun kawan dah sampai. Arrrgghh stress aku. 


Aku call minta tolong naik bilik sebab pandora aku dah tetinggal dalam bilik, kad bilik tak de, sempat ke bilik pengantin bergambar dulu. 


Pengantin pon dah siap.

Aku laju laju turun pergi cari anak nak pakai kan sampin dengan tanjak


Masa ini lebih kurang pukul 12 orang dah mula datang.

Pengantin bersanding 12.45, pukul 12.30 akan bergerak dari lobby hotel.






Geng Motor Bob iring pengantin ke pwtc



Kawan pengantin



Ayah dan Mak wani.

Family wani yang dah sampai dorang duduk dulu dalam bilik ini sementara nak berarak.


Yang ada macam panglima tu kumpulan silat pakcik, nama group lupa


Itu dia pengiring pengantin, untuk tanjak,sampin dan bengkung, aku minta pakcik aku tempahkan dan dia belanja hehe . Kain songket yang sama dengan pengantin pakai. masa beli songket hari tu memang beli lebih tuk buat tanjak untuk 2 beradik ini.


Alah handsome nya anak mama. Matilah puji anak sendiri.



Sama sama dengan pengantin jalan masuk ke dalam dewan, kejap lagi nak salam restu.




Ustaz surau pwtc


Pengantin lama

Salam restu mula dengan keluarga sebelah wani dan dengan family aku


Ayah



Emak 


 Kakak pengantin yang vougue. Masa ini ada benda yang aku cakap semua gelak 


Abg ipar pengantin

Zaffriel masa ini dia jerit ''mama adik lapa lah''


Wan & Ucu man







Settle salam restu kami ke meja utama untuk majlis makan beradap.


Majlis hari tu di serikan dengan Kombo D'Aswa. Dorang ni  kombo tentera Darat.
Kalau tak silap ini kali yang ke 6 wedding gunakan D' aswa mula dari pak cik2 aku kawin dulu. 


Ini semua pakcik dan sedara mara belah Mak. Mula mula lagu ini start aku punya sengal boleh pergi menari sorang sorang. Ha ha aku bukan kisah pon tak ada orang pon aku menari. 






Lepas tu baru lah ramai yang join. Dah macam joget lambak.

Yang penting semua Enjoy.


Majlis hari tu habis jam 4.30 petang

Kita tengok gambar ya...













Ini semua kawan dari zaman bujang sampailah semua dah beranak.










































Terima Kasih pada semua yang hadir dan memeriahkan majlis perkahwinan Shazzie & Azwani.

Menyusun 10 jari ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan dan kurang layanan sepanjang majlis berlangsung.

Sekian dari kami,


** Geng mak ko ijau**


Tengah tunggu lepas ini sepupu mana pulak yang nak kawin, jangan lama lama sangat oii akak dah tua, risau time korang kawin akk dah bertongkat pulak.. Ha ha











Tuesday, September 19

Majlis Perkahwinan Shazzie & Azwani . Nikah / sanding perempuan

Halluuuuu... Salam...
Wow lama sangat ini tak menulis, last cerita pasal legoland. Sayang jugak sebenarnya bila tak menulis, sebab kalau tak menulis nanti semua lupa. 

Ok nak cerita pasal wedding my one and only brother. Aku ni dua beradik jer, aku yang sulong dan adik lelaki sorang, jarak aku dengan Bob 6 tahun cam tu.

Cite pasal bob dengan wani, yang aku tahu lah dorang ni satu sekolah tapi tak kenal sangat umur sebaya. Bob rapat dengan wani masa sama-sama sambung belajar dekat Shah Alam.

Merisik sebelum bulan puasa 2016, bertunang masa raya 2017 bertunang lebih kurang setahun. 
Untuk majlis kahwin ini aku tak de lah sibuk mana pon.Biasa biasa ja. Cuma masa bulan 4 tu dah ke nilai 3 cari barang untuk door gift, dan pergi mencari kain songket untuk baju pengantin.


Beli 2 jenis. 1 untuk tetamu. 1 untuk family perempuan. Tempah 700 cost lebih kurang 5 ribu. Boleh tahan mahal benda benda macam ini.





Photo credit : Lina Bahari


Hantaran ada 5 dulang tapi 1 lagi tak ada gambar, 1 lagi tu cheque duit hantaran + duit mas kawin +  Gelang tangan batal Air sembahyang. Hantaran tu aku yang request nak bunga warna putih sebab bila tanya pengantin, die cakap ikut akak lah orang ok ikut aja. Hantaran tempah jer, sebab dah tau macam mana serabut nak buat hantaran, sebab semua benda nak kena beli pastu dh tak guna. Lagi pon fatin sibuk dengan anak kecil lagi pon die baru habis pantang.





Minta pakcik baca doa sebelum ke rumah pengantin perempuan, 
semoga majlis berjalan lancar.



Majlis akad nikah lepas solat asar. 


Rumah wani dekat sangat dengan masjid, kita orang pon sampai awal jadi tunggu di masjid dulu, 
majlis akad nikah di rumah.



Dulang boy, ini semua adik adik sepupu aku. Ada sorang yang dah kawin yang lain ramai yang masih belajar, yang sekolah rendah pon ramai.







Uish sedah nau muka mak, aku pon sedih sebenarnya. Aku nangis jugak, ha ha


Masa ini dalam rumah penuh, duduk pon kena senget2, kaki dangan bontot boleh tahan kebas lah. Haha



 Gembira dan sedih adik nak kawin.


Alhamdulillah sekali lafaz sah jadi suami isteri.





Selamat Pengantin Baru. Selamat menempuh alam rumahtangga. 





--------------------------------------------------------------------------------

Habis dah cerita hari nikah, esoknya hari bersanding, malam lepas nikah tu dekat rumah wani ada majlis berinai untuk family dia, kita orang di jemput tapi tak pergi sebab segan.



Hari Sanding, Pagi anak anak dah bangun nak siap pergi rumah mak. Malam sebelum tu aku tolong buatkan hand bouquet untuk wani, tak delah pandai tapi boleh lah. Sebab nak tempah mahal nau tapi masalah nya nak buat tu jenuh, berapa kali buat malam tu asyik tak jadi jer, sampai aku cakap kat Mrz ni last kalau tak jadi jawabnya wani pakai jelah bunga plastik yang die pakai masa nikah tu, cuba buat lagi pon tak jadi jugak, tapi bukak balik buat lagi. Dekat 3 kali jugak lah aku cuba buat.


Gambar amik dari FB wani.



Ayah mak pengantin bersama boboiboy dan power rangers Red



Majlis berarak lebih kurang pukul 1, Meriah ramai orang, makanan pon ada macam macam
special ada roti canai. Best jugak orang ada pilihan lain kalau tak nak makan nasi. Ada laksa jugak.




Ini pengantin jugak. Sembilan tahun lepas jadi pengantin. 
Moga berkekalan hingga ke syurga. Amin. Ayat Mrz iya ker kita dah kawin 9 tahun. Sebab b rasa kita macam sweet jer kan.. macam baru kawin.. puuiiitttt


Nampak terpancar kegembiraan tengok adik bersanding. Cuaca masa ini memang panas lit lit. 
Aku tengok pengantin lelaki dah berpeluh habis dah. Siap panggil aku suruh bukak Tanjak die suruh aku lap, die kata dalam tanjak die dah penuh peluh, ayat abob tolong lap kaw2.. haha



Family kecik kami. Insyallah tahun depan ada rezeki akan bertambahlah ahli keluarga. 


Ini adik beradik sebelah mak. Tinggal 6 orang. Pak ngah dah pergi mendahului.



Settle sebelah perempuan. Kami balik lebih kurang puku 3 petang. 

Terima kasih buat keluarga sebelah perempuan kerana sudi terima kedatangan kami sekeluarga.

Majlis sambut menantu di adakan selepas 3 minggu.

Nanti cerita kat next entry ya.

Bye










Popular Posts