bob sgt bermurah hari bg RM50 untuk beli novel, tq bob..
Dah lama giler kot tak beli novel baru..
pergi popular dengan En hubby dan hero kecik (ziqrie) dapat rembat 3 buah novel..
Ingat pergi nak beli novel Gemersik kalbu tp dah sold out...
cite tu sekarang tengah tayang sekarang kt TV3 tu yang sibuk semua orang nak beli tu..
Jadi di sebabkan novel yang dicari tak ada.. beli lah novel lain..
1. 7 hari mencintaiku - Novel ini sebenarnya dah baca tapi pinjam kawan punya, dulu penah terpikir nak beli tapi mahal sangat RM32++ tp hari tu popular bagi diskaun untuk member dapat RM24++ so rembatlah sbb nak colection tak mustahil mungin novel nie pulak kelayar perak.. jalan cerita menarik..
2. Kau tetap Di sisi - yang nie belum baca lagi - tp nak kongsi sikit sinopsis novel nie yer..
Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds
Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga
bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya
di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang
berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun
tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan
Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan
kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi
Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh
hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi
Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai
dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya.
Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.
3. Jangan Ganggu Lenaku - Novel nie bari baca half way menarik gak novel nie - JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang
diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah
mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin,
tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.Dia rindukan belaian
suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam
tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan
sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali
terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul
di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya
di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh
siapa?
So En Hubby dah bagi tau td.. esok die bzy dangan kerja2 sendiri... so apabila hero kecik tido kita boleh baca novel lah.. :)
ok bye!
2 comments:
bestnya.. dah bertambah collection..
pas ni kena buat log book, senang nak tau saper pinjam :D
ala kak izan klu kasi pinjam kt akk,kak ayu,makcik & sorang anak buah.. dgn org lain x berani nk kasi pinjam.. takut merayap2..
Post a Comment