Tuesday, December 9

Resipi Pizza

Ok blog emak-emak sangat asyik cerita pasal resipi jer.. Kali ini nak kongsi resipi pizza..
Ziqrie suka sangat makan pizza seminggu dua 3 pon tak per makan pizza, tapi selalu beli yang
 kecik jerlah tapi yang kecik pon kalau dekat pizza hut pon dah RM11 kali seminggu dah
dua 3 kali boleh kering jugak poketkan..


Sampai kecik-kecik mata bila pizza depan mata


Kurusnya ziqrie masa ini..


Fatin pon dah tau feberet ziqrie, pizza tu fatin bawak masa melawat ziqrie kat hospital hari tu.

 Jom buat pizza.


Bahan-Bahan

1. 250gm tepung gandum
2. 1/2 paket yis mauripan
3. 1 sudu gula
4. 1 sudu teh garam
5. 1 cawan air suam
6. suku cawan olive oil
7. Cheese Mozzarella
8. Hirisan Capsicum
9. Isi Ayam
10 . Sosej
11. Sos prego

Cara-cara
1. Satukan gula bersama yis bancuh sedikit dengan air suam biar sampai yis berbuih
2. Ayakkan tepung dan masukkan olive oil, yis, garam dan air (masukkan sikit demi sedikit)


3. Uli tepung hingga semua sebati.


5. Tutup adunan selama 30 minit dengan kain basah sehingga adunan naik 2 kali ganda.


6. Bila aduanan dah naik 2 kali ganda, tumbuk kan adunan untuk mengeluarkan angin.


7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (boleh buat 2 biji pizza). dan uli adunan pada ketebalan yang     korang nak dan boleh  letak atas tempat pembakar. Aku guna loyang aje. Sapu sedikit butter pada       loyang.


8. Bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit. Selepas 20 minit seluarkan doh dari tempat pembakar 
   dan boleh sapukan sos prego, aku beli yang dah siap dekat kedai. Senang..


9. Lepas sapu sos boleh lah letak bahan-bahan untuk topping.


10. Taburkan cheese mozzarella


11. Bakar lagi lebih kurang 10 minit.


12. Dah siap untuk dimakan



Selamat mencuba!






























1 comment:

Anonymous said...

Nk lebih senang, beli je doh pisza yang dah siap. byk terdapat kat kedai2 jual peralatan bakery.. saya selalu buat pizza untuk keluarga.. almaklum la kalau nak makan kat pizza hut... keluarga besar.. tentu belanja pn besar kan..

Popular Posts